
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung TarmiziShukri’s Blog.
Kali ini aku nak tunjukkan bagaimana kita boleh menukar mood sesuatu gambar dengan menggunakan Film Effect yang terdapat pada Photoscape. Rasanya ramai yang dah tau dan selalu menggunakan Photoscape. Salah satu sebabnya Photoscape boleh menjimatkan masa korang dalam membuat editing. Contohnya, kalau kita nak edit tone color dalam Photoshop, banyak benda yang kita kena ubah bermula dari level, saturation, curve, color channel dan sebagainya. Tapi dengan Photoscape, korang cuma perlu pilih tone color yang dah disetkan.
Entri permintaan dari adiffa
Apa yang korang perlu buat ialah bukak Photoscape > Editor > Filter > Film Effect. Lepas tu korang pilih sendiri efek yang korang suka. Kalau aku, biasanya guna Cinema, Cross Process dan Agfa.
Klik untuk paparan penuh
Sekarang tengok contoh yang aku beri. Gambar yang sama cuma tone warna yang berbeza menggunakan Film Effect.

Segar dari Kamera

Cinema

Cross Process

Provia

Potra

Velvia

Agfa
******
Dengan adanya Photoscape, kerja yang sepatutnya mengambil masa yang lama boleh dibuat dalam sekelip mata sahaja. Tapi jangan bergantung 100% pada Photoscape. Kalau boleh guna Photoshop sebagai “finishing” untuk gambar yang kita edit menggunakan Photoscape. Barulah hasilnya lebih gempak. Ok?
Seperti biasa, kalau ada soalan, boleh ajukan di ruangan komen.
p/s – ingat tak entri pasal kepompong hari tu. Sehari selepas aku tulis entri tu, kepompong tu hilang, rasanya dah kena makan ayam jiran
Jangan lupa undi Amoi untuk kategori “Picture of The Year”
Related posts:
- Tutorial Photoshop | Repair Gambar Gelap
- Elak Gambar Blur Dengan Tips-Tips Ini
- Perisian Manipulasi Imej Untuk Kaki Tangkap Gambar
- Jom Undi Gambar Amoi Ini
- Cara Membuat Watermark Dengan Adobe Illustrator
- Rotate Gambar Secara Automatik
- Melukis Dengan Cahaya
- Aku, Aidiladha dan Gambar Rosak
- Jom Berkenalan Dengan Amoi Comel Ni
- Tips Ambik Gambar Wedding Untuk Newbie







20 Comments to “Tukar Mood Gambar Dengan Photoscape Film Effect”