Tips | Nak beli mana satu ni?? Part 1

4564668218 56afed01e7 o Tips | Nak beli mana satu ni?? Part 1

Tips-tips kat bawah bedasarkan kisah benar semasa aku membeli dslr & semasa tolong kawan2 survey kamera.

1. Ukur ketebalan dompet
Tgk bajet, tapi untuk beginner ckup beli kamera entry level, harga lbh kurang 2000+-

2. Brand kamera
“Beli C atau N sebab yang lain tak bagus”, dialog ni biasa kluar dari mulut para gerhead @ mereka yg merasakan brand yang mereka pakai best sangat. Perlu diingatkan di sini, x penting jenis kamera, kalu beli yg hg 10 juta pun tapi pakai auto mode baik x payah. Pilih brand yang korang rasa serasi dengan tangan korang. Pegang dulu jenis2 kamera yang ada d pasaran sama ada Nikon, canon, sony, Olympus,pentak dsb. Klu rasa sesuai dengan tangan, tak terlalu berat, lepas tu baru tgk function.

3. Nak shoot apa?
Jenis kamera yang korang pilih kadang2 bergantung kpd apa subjek yang korg nak shoot. Contohnya kalau korg suka shoot gambar aksi seperti sukan dan sebagainya, kamera yang 5 fps (frame per second) ke atas patut menjadi pilihan. Klu landkap tak perlu fps yang tinggi. Satu lagi, aku pernah terbaca dalam forum fotografi, forumers ada bgtau yang Nikon is best for landscape & canon is best or portrait. Tak taula sejauh mana kebenaran sbb aku pakai sony, like no others..hehe…

4. Lens
Selain jenis kamera, lens antara perkara yang perlu juga di ambik berat. Biasanya dslr akan dijual beserta pakej lensa yang berlainan. Contoh sony a300 yang aku beli 2 tahun yang lepas disertakan dengan lens 18-70mm & 55-200mm, sesuai untuk pelbagai keadaan. Nikon d90 pulak dengan lensa 18-105mm manakala Canon biasanya dengan pakej 18-55mm.

Jika korang nak beli dslr sekadar suka-suka, 18-55mm dh cukup ok, boleh cover indoor dan outdoor sekali. Bagi yang suka travelling pulak, lens 18-250mm sangatla sesuai, sebab tak perlu nak tukar-tukar lens. Kalau wedding pulak 18-105mm dah cukup bagus dan kalau nak skodeng, bolehla angkat 70-200mm atau terus sambar je 70-400mm.

Kalau nak cerita pasal lens ni 10 muka surat pun tak abis, kalau free nnti aku buat entri pasal lens pulak untuk beginner senang faham, kalau dah expert tak payahla baca.

5. Banding harga & free gift
Sangat penting jika korang sayangkan duit, kalau tak sayang, abaikan tips ini. Jangan lupa bandingkan free gift, ada kedai yang bagi banyak free gift, ada kedai yang kedekut. Biasanya free gift yang korang akan dapat bila beli kamera seperti tripod, kad memori, screen protector, beg & cleaning kit.

6. Tengok kedai

Kalau pekerja atau tokei kedai layan kita macam sampah, sila beredar segera dan sebar2kan nama kedai tu supaya takda customer yang datang kedai tu lagi. Biarla harga mahal sikit asalkan layanan tip top.

Nak beli mana satu ni?? Part 2 >>

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. Akhirnya.. HVL-F58AM menjadi milikku :p
  2. DUN Sarawak Part II

18 Comments to “Tips | Nak beli mana satu ni?? Part 1”

#1 Posted by Tarmizi (2 May, 2010 at 11:24 pm )

hehe..tapi antara tips terpenting 2 :p

[Reply]

#2 Posted by Sayha (9 November, 2010 at 10:32 am )

btl2….sy sokong..huhu

[Reply]

#3 Posted by paihujey (13 November, 2010 at 3:12 am )

part yg skodeng pown ada gak..huhu
Entri Terkini paihujey – cuti datang lagiMy Profile

[Reply]

#4 Posted by TarmiziShukri (14 November, 2010 at 11:00 am )

hehe :p

[Reply]

#5 Posted by Brand DSLR Mana Yang Paling Bagus? | TarmiziShukri's Blog (6 March, 2011 at 11:32 am )

[...] Dah sarapan? Bagi yang belum sarapan tu, tak payah sarapan dulu, baca entri ni dulu..hehe.. Pagi-pagi ni aku just nak cerita tentang satu soalan yang biasa berlegar dalam kepala mereka yang nak beli DSLR. [...]

#6 Posted by Minn (29 July, 2011 at 4:02 am )

tips yang last tu paling best! hehe :) Entri Terkini Minn – Sarapan Bersama Cik Penaja #3.My Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 29th, 2011:

haha, semua ni dari pengalaman :)

#7 Posted by MOHD ZAKRI (4 November, 2011 at 12:56 am )

Asslmkm,

Sy bercadang nak beli camera SONY NEX 5,boleh saudara senaraikan KEKUATAN dan KELEMAHAN kamera jenis ini..adakah ia setanding dengan kamera ALPA DSLR sony yang lain???

[Reply]

#8 Posted by een (4 November, 2011 at 5:23 pm )

ok x sony nex-c3? sy suke pic2 dslr ni tp sy x suke dslr la sbb borat sgt..hee~ lg pn sy klu bli dslr pn mst guna auto mode nye coz xreti n xtaula sape nk ajr nti plus xde mase. tp my frens ramai x bg bli sony nex c3 coz dye kate mhl..n lg berbaloi bli dslr..aiyooo confuse~ hr 2 sony wt promotion tok sony nex c3 tp sbb dh poning x bli pn.. tlg bg suggestion sifu!

[Reply]

#9 Posted by Amirul (26 November, 2011 at 11:38 am )

Salam ,masa shoot utk wedding,guna flash jenis apa tu?

[Reply]

#10 Posted by atiq (8 December, 2011 at 11:24 am )

bro.aku nak tanya sikit pasal lens.kalau pakai 70-300mm bole tk nak tangkap gambar weeding

[Reply]

TarmiziShukri reply on December 8th, 2011:

sila rujuk entri terbaru :)

#11 Posted by eez (22 December, 2011 at 11:51 am )

saya cadang nak beli camera canon cam yuna tu.. dan saya tak tau langsung bab2 camera ni, buta kayu la katakan.. so, ok tak for begginer cam sy ni? thanks.

[Reply]

TarmiziShukri reply on December 22nd, 2011:

beli kamera, pastu baca manual.. :)

#12 Posted by DSLR Untuk Beginner | TarmiziShukri's Blog (21 January, 2012 at 3:31 pm )

[...] boleh baca entri “Nak beli mana satu?” untuk tips-tips yang lebih [...]

#13 Posted by din (26 January, 2012 at 4:52 pm )

Aku suke lah baco blog ko ni… tak memboringkan……….. the best…… terbaik… teruskan bro……

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 27th, 2012:

thanks din, teruskan membaca ;)

#14 Posted by Rose (19 April, 2012 at 7:52 pm )

Good job Mizi…nnt blh minta pndpat mizi utk beli..niat tu ada utk memiliki DSLR…hrp2 tahun ni :) Nway,teruskn usaha mizi n gud luck

[Reply]








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: