TarmiziShukri's Blog

  • Utama
  • Tips Fotografi
  • Bengkel
  • Arkib
You are here: Home / Fotografi / Tips Fotografi Dengan Telefon Pintar

Tips Fotografi Dengan Telefon Pintar

Oleh Tarmizi Shukri 22 Comments

Kongsi:
Facebook187
Twitter0
Pinterest0

Perkembangan dunia telefon pintar sejak keluarnya iPhone menyebabkan kamera/DSLR bukan lagi medium utama untuk mengambil gambar. Pegilah ke mana-mana laman perkongsian gambar, majoriti gambar yang dimuat naik adalah dari smartphone.

Salah satu sebab mengapa telefon pintar menjadi popular ialah lebih mudah untuk berkongsi gambar dengan rakan-rakan. Lepas shot, boleh terus upload ke Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Kualiti imej yang dihasilkan semakin meningkat, walaupun masih tidak dapat menandingi DSLR terutama bila mengambil gambar dalam situasi “low light”.

But still takda masalah nak menghasilkan gambar yang cantik.

1. Bersihkan Lens

Smartphone biasanya takda lens cap seperti kamera/DSLR. Jadi sebelum shot, ada baiknya bersihkan lens dengan kain yang bersih. Kalau tak gambar akan blur disebabkan minyak/kotoran.

2. Jangan Zoom

Elakkan guna digital zoom. Buruk bebenor gambar kalau guna digital zoom, lainlah smartphone korang ada optical zoom yang saya cukup pasti memang tak wujud lagi smartphone dengan optical zoom. Kalau nak besarkan subjek dalam gambar, lebih baik crop menggunakan photoshop atau mana-mana image editing software.

photo-assistant-apps-header

+ tak perlu komputer untuk buat editing

3. No Flash

Jangan seronok beronok-ronok sangat kalau smartphone korang ada flash sebab flash pada smartphone sangat tak boleh di harap. Lebih banyak mencacatkan dari mencantikkan (red eye & muka nampak berminyak).

Melainkan korang tau macam mana nak “diffuse” atau “bounce” cahaya dari flash. Cuba gunakan night mode. Tapi kena berhati-hati sebab night mode berfungsi dengan menurunkan shutter speed dan gambar mudah blur.

Sumber cahaya ada banyak, lampu, matahari, lampu suluh, lilin. Kalau dah takda pilihan, baru gunakan flash.

4. Gegaran

Tidak seperti kamera/DSLR, telefon pintar biasanya tidak mempunyai stabilizer kecuali ย yang high end model. Gambar lebih mudah blur sebab gegaran terutamanya gambar yang diambil pada waktu malam kerana kelajuan shutter secara automatik akan dikurangkan untuk membolehkan banyak cahaya masuk supaya gambar tak underexpose.

5. Setting

Mahirkan dengan setting kamera pada smartphone korang. Sesetengah model membolehkan korang mengawal fungsi tertentu secara manual seperti white balance dan exposure.

600xNx133166_1_600.jpeg.pagespeed.ic.zuurdnkvwZ

+ ada banyak jenis aksesori fotografi untuk telefon pintar

6. Apps

Ada banyak apps yang boleh digunakan untuk menggantikan default apps pada smartphone. Tak perlu install semua, cari yang sesuai ikut gaya fotografi korang.

Contoh Apps: Split Pic, Multi Lens, Big Lens, Manga Camera, Fast Camera & Fish Eye.

7. Aksesori

Aksesori tambahan boleh digunakan untuk mengatasi limitasi yang ada pada telefon pintar. Contohnya korang boleh beli lens tambahan untuk mendapatkan focal length yang berbeza.

8. ย Segalanya Komposisi

Komposisi masih lagi penting walau canggih mana pun smarphone yang korang pakai. Cuba tengok contoh-contoh yang ada di internet dan tiru komposisi yang diorang guna. Yup, cara terbaik untuk mahir komposisi ialah dengan meniru.

9. Editing, Jangan Over!

Sangat mudah nak edit gambar dengan smartphone. Kalau dulu kena transfer gambar dari kamera dan edit dalam komputer, sekarang lepas snap boleh terus apply efek-efek atau filter yang ada.

Kebanyakkan apps seperti Instagram membolehkan pengguna memberikan efek yang diingini dengan hanya satu langkah. Bagi mereka yang mahir, apps seperti Snapseed dan Adobe Touch menjadi pilihan.

Satu je nak pesan bila buat editing kat smartphone, JANGAN OVER. Boleh seksa jiwa melihat. Buat ala kadar, sesedap rasa. Boleh?

tarmizishukri2

+ antara apps fotografi dan editing yang saya gunakan

10. Kongsi & Kritik

Kalau korang serius dalam fotografi, kongsi gambar yang terbaik sahaja. Ingat, mereka yang hebat dalam fotografi pun tak semua gambar yang diambik cantik, ada jugak yang tak menjadi, tapi diorang tak tunjuk kat siapa-siapa. Diorang hanya tunjuk yang terbaik sahaja.

Nak share kat mana? Cari platform yang popular seperti Instagram, Flickr atau 500px. Follow mereka yang korang rasa memang layak dipanggil photographer dan mintak komen. Dari situ boleh belajar banyak dan insyAllah boleh improve lagi.

*****

Sejak jual DSLR tahun lepas, saya banyak ambik gambar guna iphone. Memang banyak limitasi berbanding DSLR. Tapi tak mustahil gambar dari smartphone boleh setanding dengan yang diambil dengan DSLR jika betul caranya.

p/s – kalau nak tengok gambar terkini, boleh follow saya di Instagram. Jangan lupa follow Twitter sekali ๐Ÿ™‚

Sumber Gambar:
www.digitaltrends.com
www.trendhunter.comย 
fiftyfootshadows.netย 

Related

Filed Under: Fotografi19/05/2013

About Tarmizi Shukri

Founder, jurugambar & pereka bentuk grafik separuh masa di bawah label PikselPecah Studio. Separuh masa lagi merupakan pelajar peringkat Sarjana ni UPSI. Sangat suka tempe & kari ayam. ---> Facebook Page | Twitter

Ruang Sembang

  1. pok ucu ( helmi ) says

    14/11/2017 at 6:34 AM

    Info yang sangat berguna dan bermanfaat untuk saya….

    Reply
  2. B.L. Joseph says

    04/02/2017 at 11:54 AM

    Tips yang sangat bagus untuk sesiapa yang minat mengambil gambar menggunakan handphone. Sebagai tambahan maklumat ingin juga saya kongsikan tips fotografi hp ini..

    Reply
  3. NurAlia says

    21/06/2015 at 5:02 PM

    Assalamualaikum hai tarmizi, salam perkenalan. Saya suka tips yang awak bg. Actually sbnrnya saya baru je beli smartphone 3bulan lepas. Saya suka tengok gambar yg cantik2 orang ambil menggunakan smartphone tp tak pandai sangat. Kalau ada tips lagi nanti bagitau okay. Thanks a lot. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • eefef says

      27/10/2016 at 3:17 PM

      he

      Reply
  4. nura says

    23/01/2015 at 1:58 PM

    Thanks for your tips! This weekend nak diy my family outdoor photoshoot guna S3 ๐Ÿ˜€

    Reply
  5. Niesylha Syud says

    01/06/2014 at 7:43 PM

    kalau kita pakai phone lenovo ade x apps macam diatas tu ??

    Reply
    • Tarmizi Shukri says

      01/06/2014 at 11:48 PM

      Hampir semua apps popular mcm vscocam & snapseed ada kat playstore.

      Reply
      • Niesylha Syud says

        02/06/2014 at 9:54 AM

        kalau saya x tahu boleh ajar kan .. sbb sy baru nak belajar ๐Ÿ™‚

        Reply
        • Tarmizi Shukri says

          02/06/2014 at 12:32 PM

          boleh takda masalah ๐Ÿ™‚

          Reply
  6. putrazyero says

    09/06/2013 at 11:54 PM

    Terbaik..bru nak berjinak2 ngan smartphone…first time singgah website nie…bnyk info best2.. ;D

    Reply
  7. hubtips says

    26/05/2013 at 4:42 PM

    wah banyaknya tips…btw, terima kasih atas perkongsian ya tuan ๐Ÿ™‚

    Reply
    • TarmiziShukri says

      09/06/2013 at 7:46 PM

      okeh, sama2 ๐Ÿ™‚

      Reply
  8. Denaihati says

    21/05/2013 at 5:17 PM

    terima kasih bro, banyak ilmu baru dan nak kena try ni….

    Reply
    • TarmiziShukri says

      09/06/2013 at 7:46 PM

      sama-sama bro denaihati! ๐Ÿ™‚

      Reply
  9. Norfanil says

    21/05/2013 at 4:12 PM

    betul tuh. zoom dari kamera buat kan gambar pecah.. so better just shoot without zoom.. tapi edit dari editor untuk zoom..

    susah sikit nak photog lately sejak pakai ninetology.. hahaaha… nak kene s3 jugak

    Reply
    • TarmiziShukri says

      09/06/2013 at 7:45 PM

      ambik s4 teruslah.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  10. Amyruul Luqman says

    21/05/2013 at 12:23 AM

    satu pencerahan yg baru di minda saya ini….ok terima kasih atas tips yg tlah dikongsi

    Reply
    • TarmiziShukri says

      09/06/2013 at 7:44 PM

      sama-sama ๐Ÿ™‚

      Reply
  11. MIZAN says

    20/05/2013 at 10:22 PM

    Entri yang baik ! Abang kena try Nokia punya camera. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • TarmiziShukri says

      09/06/2013 at 7:44 PM

      ada yang nak sponsor tak?.. hehe

      Reply
  12. akubiomed says

    20/05/2013 at 10:21 AM

    Rasanya ada belum lagi tip mengenai mengambil gambar dengan Smartphone. Entri ini terbaik.

    Reply
    • TarmiziShukri says

      09/06/2013 at 7:43 PM

      sama2 bro ๐Ÿ™‚

      Reply

Sepatah Dua Kata Boleh?: Cancel reply

tips fotografi terbaik

# Entri Popular Minggu Ini

Kategori

Media Sosial

4,442 Peminat Setia
4,220
0
222
0

Penulis

Untitled-1

Tukang tangkap gambar & penulis di blog ini. Lagi mengenai penulis.

Instagram

Twitter

Tweets by @tarmizishukri
ยฉ 2009 - 2014 ยท Hakcipta Terpelihara ยท TarmiziShukri's Blog ยท
 

Loading Comments...