Mesti korang rindu update dari aku kan? *perasanΒ π
Entri ni dah lama berada dalam simpanan aku, cuma nak cari masa untuk publish. Nak publish pun malas kan? Teruk betul aku ni.
Baiklah, kali ni aku nak kongsi macam mana kita nak hasilkan header blog yang menarik. Kenapa perlu header blog yang menarik? Dah jadi lumrah manusia suka benda cantik, ini termasuklah header blog. Walaupun “content is a king”, tapi biarlah blog tu berseri-seri dan tak kusam. Dekat sinilah peranan header blog, iaitu memberi seri kepada blog.
Jadi macam mana nak buat header blog yang cantik dan menarik? Perlu ke mempunyai level tahap dewa dalam photoshop? Tak perlu sebenarnya, asalkan tau asas-asas nak menggunakan tool dalam photoshop dah cukup. So kat bawah ni aku kongsikan apa step yang aku lalui untuk hasilkan header blog ini.
Header Menggambarkan Personaliti
Setakat ni dah 4 kali header blog ni bertukar. Dalam 4 design tersebut, semuanya ada kamera sebagai salah satu subjek utama. Kenapa? Rasanya tak perlu dijawab soalan itu, semua pun dah tau kan? Hehe.
Header blog seharusnya menggambarkan personaliti penulis. Letaklah apa saja yang berkaitan dengan diri korang dalam header tu. Dalam kes ini, aku letak kamera, gambar foto, ipad2 dan gitar. Tak perlu letak banyak sangat, takut nanti serabut.
So sebelum memulakan design, catatkan atas kertas apa yang korang nak masukkan dalam header bagi menggambarkan personaliti dan niche blog.
Research
Buat research atau cari contoh header blog yang menarik di internet. Designer paling terer di alam semesta ni pun akan buat research, inikan kita yang masih setahun terung dalam bab-bab design ni. Pinjam idea dari tiap-tiap header tersebut dan olah jadi acuan korang sendiri. Jangan tiru bulat-bulat.
+ dapat inspirasi untuk blog header dari gambar ini
Sketches/Lakaran
Ramai yang terus design atas photoshop atau illustrator termasuk aku sendiri. Bukan apa, sebab leceh sebab nak lukis atas kertas. Tapi untuk header ni, aku buat 2-3 sketches.
Buat design tanpa sketches boleh diumpamakan seorang jurutera membina bangunan tanpa blueprint. Even jurutera paling berpengalaman pun perlu βblueprintβ supaya segala perancangan nampak jelas.
Idea ni cepat hilang, so do your sketches!
Bermain Dengan Warna
Pastikan warna yang digunakan menarik perhatian. Seboleh-bolehnya elakkan menggunakan warna organik. Cuba warna yang terang, tapi biar berpada-pada. Takut nanti sakit mata orang melihatnya.
Photoshop atau Illustrator
Biasanya aku akan gunakan kedua-dua software sekali. Tapi kebanyakkan akan dibuat dalam photoshop. Illustrator aku akan gunakan untuk buat βcustom shapeβ macam jalur-jalur warna pada header di atas.
PNG atau JPEG
Untuk header sebaiknya gunakan PNG. Salah satu sebab PNG lebih ringan dan cepat loading. Cara terbaik ialah menggunakan βSave for Web & Devicesβ berbanding βSave Asβ.
Relax
Buat dalam keadaan relax. Kalau tergesa-gesa memang tak jadi. Take your time.
*****
Sebenarnya apa yang aku kongsi ni boleh korang apply masa design benda lain seperti facebook timeline, twitter background atau apa-apa sahaja. Selamat mencuba π
nice info..menarik
sy tgh bt research nak design header sndr.. poning gak ni.. hiii..
thanks untuk info yg sgt bghuna..tapi sy x taw nak design mcm mane gune photoshop…please help…
bagus betul tuto neyh.
even ayat simple,tapi bergunalah terutama untuk orng yng baru berjinak-jinak dengan blog.
thanks π
bab2 slongkar2 nak menghias blog ni memang pandai.. just umm.. xreti nak bubuh2 lebih2 lagi nak kne aranged lagy la makin semak dibuat lydia.. huhu.. boleh tak jika ade link2 nak desingn2 benda blog ni..
atlest ilham ade la sikit nak susun idea bagai2 ni..
PEACE π π
mmg header tu penting. xreti buat upah je.. i pun ambik upah buat header rm10 -15 je..
Wah..dah lama cari pasal ni..thanks for sharing..
upah la senang boss…. malas gile nak mensketch-sketch ni
tak semua yang suka upah, ramai yang rajin usaha design sendiri…
Terbaik ! Saya sangat suka blog anda ! dah jadi favourite dah! tehee π
blog saya tak ada banner.. huhu..
tringin jga nk buat..tpi xpndai sngt ps/ilustrator ni
kat internet banyak tutorial, belajar dari situ, kalau asyik cakap tak pandai tap taknak belajar, bila nak pandainya ? π
Nice…
tak reti design header >.<
padahal malas nak letak sebab tarak idea. huhuuu
tengok contoh2 design yang ada, lebih senang nak dapat idea π
saya takde photoshop, just guna photoscape je.
photoscape lebih kepada untuk edit gambar, photoshop untuk design.. π
kebetulan aku tgh mencari tutorial mbuat header hihihi..:)
thanks..;)
nice, boleh jadikan panduan. aku bab nak mendesign ni sangatlah lemah.
p/s: amacam header? dah siap? hehe
haha, tgh cari idea bro.. π
Aku memang fail kalau buat header nie…. Grrr
Nie first time dtg cni, cantik blog niem sye plak ske sgt tukar header blog….
thanks Ayuni, jangan lupa singgah selalu π
emm..sesetengah blog..memang kena pasang header. header ni, boleh jadi penarik untuk orang datang ke blog.
yup, btul tu π
Saya memang ada perancangan untuk membuat header baru pada blog cuma perlu ada masa untuk beri tumpuan kepadanya.
yup, kena bagi tumpuan, kalau tak nanti tak jadi seperti yang diharapkan