Tips Beli Kamera/DSLR Terpakai

tips beli kamera terpakai Tips Beli Kamera/DSLR Terpakai

Bila sebut je barangan terpakai atau second hand, perkara yang pertama akan terlintas dalam fikiran aku dan mungkin fikiran korang jugak ialah, “ok ke kalau barang second hand ni?”. Tak kiralah apa jenis barang pun, tapi kalau ianya terpakai atau second hand, beberapa perkara perlu diambil perhatian semasa nak membelinya. Lagi-lagi zaman IT sekarang, kebanyakkan orang lebih suka membeli barangan secara online. Bila dah online, barang yang dibeli hanya boleh dilihat melalui gambar, bukannya secara fizikal, kemungkinan kena tipu adalah tinggi.

Skema pulak ayat kat atas tu.. hehe..

Dipendekkan cerita, minggu ni aku baru je tempah 2 DSLR terpakai, sebab ada kawan yang nak, bukan aku tau. Deal punya deal, dapatlah 2 bijik sony a300 + kitlens, setiap satu berharga rm950 dan rm960 sekali dengan kos penghantaran ke Kuching. Semasa tengah deal tu, kawan aku tanya berjela-jela soalan dan berjela-jela jawapan jugak aku dah terangkan untuk meyakinkan kawan-kawan aku ni. Jadi entri kali ni, aku nak kongsi dengan korang semua, apa tips-tips nak beli kamera dslr dan aksesori terpakai.

1. Sumber yang dipercayai

Pertama sekali bila nak beli kamera dslr terpakai, cari sumber atau tempat yang boleh dipercayai. Biasanya orang akan cari dslr terpakai secara online. Aku galakkan korang cari kat forum-forum fotografi seperti PhotoMalaysia. Kat situ banyak fotografer jual kamera, lens, flash dan aksesori lain. Kebanyakkannya Nikon dan Canon. Bagi pengguna Sony pulak, boleh pegi ke Alphanatics. Shashinki dan Yamiya pun ada jual, tapi tak banyak orang jual dslr terpakai kat situ.

alphanatics photomalaysia Tips Beli Kamera/DSLR Terpakai

+ Alphanatics & PhotoMalaysia

Elakkan beli kamera atau aksesori terpakai di Mudah dan Lelong. Sebab kemungkinan kena tipu sangat tinggi. Ada baiknya pegi dekat forum-forum yang aku nyatakan tadi.

2. Siapa penjualnya?

Kenal pasti siapa penjual yang deal dengan korang. Kalau kat forum, cari penjual yang aktif dan dikenali dalam forum tersebut. Kalau orang tu masih baru & bilangan post tak sampai 10, baik jangan beli. Ada jenis forumer ni, join forum just nak jual barang je. Masa tengah berunding tu, mintak no telefon dan nombor IC, just in case.

3. Gambar

Biasanya orang yang menjual akan sertakan gambar dslr/lens/aksesori yang nak dijual. Kalau takda gambar, jangan beli, pastikan gambar tu menunjukkan detail dslr/lens/aksesori, manalah tau ada calar ke. Lagi-lagi kalau nak beli lens terpakai, mintak gambar close up terutama kat optik, takut ada fungus atau calar.

sonya300 Tips Beli Kamera/DSLR Terpakai

+ contoh gambar item yang baik, orang pun yakin bila nak beli

4. Maklumat item

Antara maklumat yang perlu korang tau sebelum beli dslr ialah warranty (mintak kad, walaupun warranty dah tamat tempoh), ada scratch ke tidak, tahun beli dan rating. Kebiasaanya, penjual akan bagi rating seperti 9/10, menunjukkan dslr tu dalam keadaan yang baik. Lagi satu ialah shutter count (sc) atau bilangan klik, cari kamera yang sc nya rendah. Shutter count yang tinggi menunjukkan kamera tu selalu digunakan.

Untuk lens pulak, pastikan lens tak calar, fungus dan zoom dalam keadaan baik.

maklumat dslr Tips Beli Kamera/DSLR Terpakai

+ baca secara teliti maklumat mengenai kamera/lens/aksesori yang diberikan

5. Harga

Pastikan harga tak terlalu tinggi, kalau 200-300 nak sama harga yang baru, baik beli dslr baru. Terlalu rendah pun tak boleh jugak, takut-takut barang curi atau rosak. Biasanya untuk dslr terpakai + kitlens, dalam rm900-1300 boleh dapat dah.

5. COD atau postage

COD bermaksud cash on delivery’ atau ‘collect on delivery’. Bermaksud korang kena jumpa dengan seller dah bayar masa korang ambik item yang korang beli sama ada lens, body atau aksesori lain. Kebaikkan COD ialah korang boleh test dulu barang sebelum membelinya, kalau korang tak puas hati, tak perlu beli. Sebaiknya korang deal cara COD, melainkan dah terlalu jauh, macam aku kat Kuching ni, tak kan nak COD di KL semata-mata nak beli filter yang harga rm50..hehe. Lagi satu, mintak seller hantar guna perkhidmatan pos yang boleh dipercayai seperti Skynet & POS Laju.

seller Tips Beli Kamera/DSLR Terpakai

+ banyak post=forumer aktif=boleh dipercayai

6. Ada kawan fotographer?

Kalau korang ada kawan yang memang tau pasal kamera, suruh je kawan tu deal, senang cerita…hehe.

7. Term

Dalam jual beli kat forum, ada beberapa term yang korang kena faham.

WTB- want to buy

WTS- want to sell

SC- Shutter Count

Faulty- barang rosak

Gear Strip- lens tak boleh autofocus sebab gear dalam lens rosak

Nego- boleh runding harga/mintak diskaun

COD-  ‘cash on delivery’ atau ‘collect on delivery’

*****

Itulah serba ringkas panduan bagi yang nak beli dslr atau lens terpakai. Aku sangat galakkan korang yang nak beli dslr pertama untuk beli yang second hand, boleh jimat kos & beli banyak aksesori tambahan macam lens & flash. Kalau nak tolong aku cari, boleh je, kena belanja KFC 20x20 big smile Tips Beli Kamera/DSLR Terpakai

p/s -  Hari ni merupakan hari terakhir untuk submit gambar bagi Projek FotoChantek 2011. Pemenang hadiah bulanan akan mendapat hadiah topup RM 10 manakala pemenang keseluruhan akan memenangi sebuah kamera digital Canon 20x20 big smile Tips Beli Kamera/DSLR Terpakai

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. Tips | Nak beli mana satu ni? Part 2
  2. Tips | Nak beli mana satu ni?? Part 1
  3. 10 Tips Penjagaan Kamera
  4. Upgrade Kamera/Lens, Antara Nafsu dan Keperluan
  5. 10 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Selepas Membeli Kamera
  6. Lensa Kamera Termahal Di Dunia
  7. Elak Gambar Blur Dengan Tips-Tips Ini
  8. Jenis-Jenis Lensa
  9. DSLR terbaru dari Sony Alpha
  10. Tips Ambik Gambar Wedding Untuk Newbie

53 Comments to “Tips Beli Kamera/DSLR Terpakai”

#1 Posted by Aku Skema (28 February, 2011 at 1:16 am )

tenks..nice info..bila la nk dpt dslr sebijik ni..haha
Entri Terkini Aku Skema – Blogger Bermulut LaicikangMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 28th, 2011:

kalau dah keje tu kumpul 2-3 bulan dah boleh beli :)

#2 Posted by Wan Perlis (28 February, 2011 at 2:01 am )

bila la mampu nak ada dslr ni

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 28th, 2011:

takpe, slow2 menabung..hehe..

#3 Posted by Nizar (28 February, 2011 at 8:01 am )

tengah mencari lens tamron..he3

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 28th, 2011:

17-50mm 2.8?

Nizar reply on March 8th, 2011:

ya

#4 Posted by cikNurul (28 February, 2011 at 9:06 am )

like diz entry….tgh m’usha3 dslr….tgu rezeki jatuh dr langit….. ;)
hehe
Entri Terkini cikNurul – believe it OR notMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 28th, 2011:

jgn tunggu rezeki.. pegi cari.. :)

#5 Posted by luthfiah (28 February, 2011 at 3:55 pm )

kalau nak beli dengan u aje boleh tak? nga cari lens tambahan untuk canon.. 18-250 mm.. tak reti la nak gune forum2 ni.. =( =(

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 28th, 2011:

boleh kot, bajet berapa? tinggal area mana? ;)

#6 Posted by luthfiah (28 February, 2011 at 4:53 pm )

area bangi jek.. bajet.. bawah 800 la.. tp lau ade 500.. lg bagus… :love: :cool:

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 28th, 2011:

erk, 18-250 paling2 murah pun 1k rasanya :)

#7 Posted by inanur@TH (28 February, 2011 at 9:12 pm )

TQ for the tips!

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 28th, 2011:

sama2 :)

#8 Posted by Amirez (28 February, 2011 at 10:05 pm )

tips yg sangat2 menarik. elok sesangat jadikan panduan sebelum beli yg 2nd hand punya. selalu juga usha2 kat mudah.my tapi itulah takut kena tipu unless yg cod.

erk..tak sempat join fotochantek kali kedua…kamera kena masuk kilang =( Entri Terkini Amirez – Saya Mahu Women’s Wallet Polo Dari FitrihadicomMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 28th, 2011:

kamera kat kilang? repair?

Amirez reply on March 1st, 2011:

masalah kecik je. besi kabel tercabut melekat kat port gps. tarik2 tapi tak nak keluar huhu
Entri Terkini Amirez – Saya Mahu Women’s Wallet Polo Dari FitrihadicomMy Profile

#9 Posted by akubiomed (1 March, 2011 at 10:23 pm )

Menarik tip yang diberikan oleh bro. Walaupun DSRL terpakai masih mahal lagi harganya.
Entri Terkini akubiomed – Pemakaian tali pinggang keledar kepada kanak-kanak SelamatkahMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 2nd, 2011:

Kalau pandai nego, boleh dapat murah :)

#10 Posted by sutera (2 March, 2011 at 4:48 pm )

leh tolong akak carikan x dslr yg ok dan murah…akak mmg minat.akak x bekerja .tapi sbb minat nak jg cari satu.dpt yg murah2 dulu ok gak…please…

[Reply]

sutera reply on March 2nd, 2011:

contac akak kat facebook eh… 8) ;)

TarmiziShukri reply on March 2nd, 2011:

nak contact macam mana? kenal pun tak :)

#11 Posted by Credit (2 March, 2011 at 6:28 pm )

Menarik.., sesuai ngan under budjet. tq
Entri Terkini Credit – World kite carnival 2011- PGMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 2nd, 2011:

sama2 credit :)

#12 Posted by beewhiteroses (4 March, 2011 at 11:30 pm )

wahh…informasi yg menarik. :) Entri Terkini beewhiteroses – Kisah Cinta Air MataMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 5th, 2011:

glad you like it :)

#13 Posted by ajeeb (6 March, 2011 at 2:52 am )

as salam..bro, cemane nk dptkn bacaan sc tu..?adekah berlainan bg setiap brand/model?

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 6th, 2011:

cara nak check setiap brand tu berlainan, boleh rujuk kat sini http://digs.by/e40uHP

#14 Posted by ustaz jaafar (9 March, 2011 at 9:18 am )

salam mizi..td mizi ada bgtau..antara ciri DSLR yg seken yg baik..SC dia kurang kn?sy penah sembg ngan 1 cina kat low yat, ms beli DSLR sy..dia ada gak sebut, kalo nk trade in kamera nnti, blh..cuma dia akan cek SC..sm la mcm yg mizi ckp..kalo kurg SC, makin tggila hrga kamera kite dia ambik..sy tnya..cmne cara nk tgk SC tu…dia tk gtaw lak..pastu dia siap eksyen lg..SC ni blh reset.. :-|

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 9th, 2011:

tak pasti pulak macam mana nak check sc sbb setiap brand lain caranya. ustaz try google dulu, nnti sy cari caranya.

#15 Posted by Kualiti atau Kuantiti | TarmiziShukri's Blog (16 March, 2011 at 9:19 am )

[...] selepas entri Tips Beli Kamera/DSLR Terpakai, aku rasa bilangan komen semakin konsisten. Mungkin ada benarnya kualiti entri lebih penting [...]

#16 Posted by zeachi (2 April, 2011 at 9:33 pm )

Salam.. Saudara Mizi.. Sy baru beli DSLR 2nd Hand Canon Eos 1000d dgn harga RM999 termasuk kitliens.. selepas bebeapa hari sy baru perasan yg terdapat calar pd Focusing Screen & Reflect mirror… bila lihat di view-finder ada calar 2 dgn jelas tetapi ia tidak terpadat pda image selepas di snap.. Adakah blh Focusing Screen ditukar?? Berapa kos yg terlibat??? Adakah sy blh guna Warrantty yg msh sah lagi d Canon Serv Centre utk itu?? Minta Nasihat.. (n_n)
Entri Terkini zeachi – Mencari IdentitiMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on April 3rd, 2011:

kalau ada warranty, hantar kat service centre canon. Rasanya diorang akan repair free..

#17 Posted by Skim Kamera Pertamaku | TarmiziShukri's Blog (21 April, 2011 at 12:08 pm )

[...] permulaan, perkhidmatan ini  dibuka untuk mereka yang nak cari kamera terpakai sahaja. Bagi yang nak beli kamera baru, lens atau aksesori, korang still boleh request dengan [...]

#18 Posted by Buat projek dalam gelap | AkuBiomed (20 May, 2011 at 12:53 am )

[...] hebat kalau hendak dibanding kamera kompak digital. Kalau teringin mengunakan DSLR boleh cari yang terpakai supaya dapat memahirkan penggunaanya terlebih [...]

#19 Posted by rahim (30 May, 2011 at 11:30 pm )

slm…. boleh tak awak tolong carikan untuk saya kemera DSLR 2ND.. sebeb saya nak sangat kemera tersebut.. klau beli yang baru saya tak mampu…. kalau boleh jangan terlalu mahal sangat…. boleh kan awak carikan tuk saya….saya sangat harapkan….

[Reply]

TarmiziShukri reply on May 30th, 2011:

Boleh rujuk entri ni -> http://wp.me/p137k9-zU ;)

#20 Posted by nadia (9 June, 2011 at 5:01 pm )

nak suh awak jela tolong belikan takpun servey.saya servey kat mudah je..:(. nk harga dlm 800 smpai 1200~~

[Reply]

TarmiziShukri reply on June 10th, 2011:

sekarang ada yang jual second, dalam rm1200, condition semua ok.. brand sony a300

#21 Posted by ein (21 July, 2011 at 6:30 pm )

salam bro. sy nk let go@WTS my lens.thanks

Canon EF28-105mm f/3.5-4.5 II USM
come with UV protector 58mm(pro Tama)
cond:8/10(preluv)lens in gd cond,xde calar&fungus
price: mail for best price(dont worry market is around 8-900 am i right bro?
so price nego.tgk dlu u check then we deal the price
reason:need to replace new piggyback.asap
e-mail:[email protected]
•ps thanks bro.

[Reply]

#22 Posted by Fqie (17 October, 2011 at 5:41 pm )

Rasa-rasanya dslr nikon terpakai ada sik harga dlm lingkungan rm9++?Juz asking…hehe

[Reply]

#23 Posted by qee (11 January, 2012 at 5:08 am )

muhammad hafiz bin rosli tipu aku rm1400.setan sunguh.ni no bank 164397975585 maybank.aku doakan engkau selamat dikebumikan.ramai sudah terkena.

[Reply]

#24 Posted by DSLR Untuk Beginner | TarmiziShukri's Blog (21 January, 2012 at 10:04 pm )

[...] Lagi satu, bagi yang tak cukup bajet, korang boleh beli second hand DSLR. Jangan risau beli DSLR second hand sebab kebanyakkan DSLR second hand masih dalam keadaan baik. Boleh rujuk entri “Tips Beli Kamera Terpakai”. [...]

#25 Posted by Zam (15 February, 2012 at 11:44 am )

Salam bro,
nak tanya worth it tak kalau saya nak beli used canon 60D + canon speedlight 580EX II yg berusia
6 bln dgn shutter count 3K dalam keadaan yg baik. Price utk body + Speedlight RM3.3K. Tq

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 17th, 2012:

murah tu, beli je, tapi buat COD, boleh test2 dulu ;)

#26 Posted by Ahmad Haziq Azlan (22 April, 2012 at 12:01 am )

betul ke mudah tak boleh dipercayai?
dalam seminggu ni saya syik survey dslr.
masih mancari ofer terbaik
tips ni sangat membantu
Entri Terkini Ahmad Haziq Azlan – Doodle Untuk Cik Icha MnzMy Profile

[Reply]

#27 Posted by Mang (4 May, 2012 at 10:58 am )

Salam..Tarmizi…tolong carikan second hand DSLR yang okey untuk newbie boleh?..tolong deal kan ke kalau boleh,nanti saya just pegi jumpe bayar dan ambik..huhu
saya baru nak mula jinak2…tak tau sangat pasal model2 ni,nak kene baca review baru nak faham sikit2..huhu
Please help me eh :)

[Reply]

TarmiziShukri reply on May 4th, 2012:

kebetulan saya nak jual kamera saya ni, alpha a550 tapi body saja, lens kalau nak saya boleh tolong carikan.. boleh PM saya kat FB kalau berminat ;)

#28 Posted by Mang (4 May, 2012 at 3:30 pm )

Tarmizi add saya di FB..kite berbincang di sana boleh? :)
[email protected]
atau
Nama FB : Luqman Hakeem (gambar anak sedara perempuan saya mcm nak karate..gambar black and white)
Thanx

[Reply]

TarmiziShukri reply on May 4th, 2012:

nak senang pegi kat page saya boleh tak? kat situ boleh PM.. ;)

#29 Posted by Cara Menyemak Shuttercount Kamera/DSLR | TarmiziShukri's Blog (4 May, 2012 at 4:16 pm )

[...] bilangan shutter count ni kita kena semak bila nak beli dslr second hand untuk memastikan duit yang kita bayar tu berbaloi dengan shutter count DSLR. Ada banyak perisian [...]

#30 Posted by Mang (4 May, 2012 at 5:15 pm )

dah add dah FB tarmizi

[Reply]








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: