Tips Ambik Gambar Wedding Untuk Newbie

wedding Tips Ambik Gambar Wedding Untuk Newbie

Kali pertama aku jadi Official Photographer (OP) ialah pada Januari tahun ni. Itupun kawan aku yang mintak tolong, sebab kamera diorang rosak dan kawan aku just suruh ambik gambar biasa je, tak perlu lawa-lawa. dan diorang akan cuci sendiri gambar tu. So disebabkan expectation tak tinggi, aku terus ambik job tersebut. Rezeki jangan ditolak beb..hehe..

Dalam masa yang sama, aku buat research dan tengok contoh gambar wedding dari otai-otai dalam bidang tersebut. Bila dah siap shot, aku edit dan upload gambar yang aku ambik di Facebook, lepas tu tak disangka-sangka ramai kawan aku yang suka dan mintak aku jadi fotografer untuk majlis diorang nanti. So far 5 orang dah booking aku, cuma aku tak confirm lagi, takut-takut nanti aku nak sambung Master tahun ni.

DSC09196 Tips Ambik Gambar Wedding Untuk Newbie

+ percubaan pertama aku dalam bidang wedding photography

Sebenarnya aku lebih suka ambik landskap/nature, kalau korang tengok gambar-gambar masa aku mula-mula beli DSLR, kebanyakkannya gambar landskap, sunset terutamanya. Aku minat ambik gambar macam National Geographic, pernah jugak aku berangan-angan jadi fotografer untuk NG..hehe.. berangan 20x20 look down Tips Ambik Gambar Wedding Untuk Newbie

Jadi entri kali ni aku nak kongsi tips-tips ambik wedding bagi newbie, aku pun newbie jugak dalam bidang ni, so sama-samalah kita belajar ok? 20x20 big smile Tips Ambik Gambar Wedding Untuk Newbie

1. Pengalaman

Ambik wedding kena ada pengalaman. Sebelum aku jadi OP, aku ambik gambar majlis perkahwinan  ahli keluarga  dan kawan-kawan. Cuba “berkawan” dengan OP untuk majlis tersebut dan tengok hasil yang diorang dah ambik. Biasanya diorang akan kongsi tips, jarang aku jumpa fotografer yang sombong.

2. Flash

Flash (external) merupakan aksesori yang wajib bila nak ambik wedding, sebab majlis seperti ini biasanya diadakan di tempat yang tertutup dah kurang cahaya. Pakai flash pun kena ada cara, bukan main direct flash je. Ada masa kena bounce/pantulkan flash ke siling/dinding. Ada masanya pulak kena pakai diffuser, diffuser pulak ada banyak jenis. Entri seterusnya aku akan cerita lebih lanjut tentang teknik flash.

3. Persediaan

Pastikan gear dalam keadaan yang tip top, bateri dah dicas penuh, lens dah cuci dan memori kad dah dikosongkan. Jangan lupa bawa bateri spare dan memori kad tambahan sebagai backup. Pernah sekali aku lupa cas bateri flash, tengah-tengah shot flash tak berfungsi, nasiblah aku “terbawak” bateri spare.

4. Jenis-jenis shot

Seperti yang aku cakap awal tadi, buat research dah cari contoh jenis-jenis shot di internet. Biasanya aku ambik idea dari fotografer luar negara. Kalau tempatan, Saiful Nang dan Jangguttouch jadi rujukan. Want to be the best, learn from the best.

DSC09295 Tips Ambik Gambar Wedding Untuk Newbie+ pelbagaikan sudut

5. Tiba awal ke lokasi

Sebaiknya pegi ke venue majlis sehari sebelumnya. Perhati keadaan sekitar, so korang boleh fikir idea awal macam mana nak shot nanti.  Biasanya aku akan bawak kamera, ambik beberapa shot kat pelamin, dan  kenal pasti setting yang aku akan guna untuk esok.

6. Pakaian

Walaupun tu majlis keluarga, kenalah pakai pakaian yang sesuai untuk fotografer. Tak kan nak pakai baju melayu kot..hehe. Sebaiknya pakai tshirt kaler hitam dan seluar hitam atau jeans gelap, fotografer need to be invisible. Kaler cerah-cerah tidak digalakkan, lagi-lagi kaler pink, HARAM..haha.. 20x20 big smile Tips Ambik Gambar Wedding Untuk Newbie

7. Interaksi/Komunikasi

Interaksi dan komunikasi sangat penting untuk dapat shot yang korang nak. Seriusly aku masih tak pandai nak suruh pengantin posing, biasanya aku akan suruh ahli keluarga atau pak andam je…hehe. Kalau pengantin tu model atau artis, korang beruntung sangat, sebab bab-bab posing mereka sangat terer.. Lagi satu, korang kena ceria-ceria, jangan terlalu serius. Banyakkan senyum (perkara yang susah aku nak buat), kadang-kadang tu buatlah lawak, bagi pengantin senyum macam ni —> 20x20 big smile Tips Ambik Gambar Wedding Untuk Newbie

DSC09673 Tips Ambik Gambar Wedding Untuk Newbie

+ interaksi sangat penting untuk mendapatkan shot yang kita kehendaki

8. Berdua bertiga

Jangan pegi shot sorang, bawaklah kawan sorang dua untuk backup korang. So boleh cover pelbagai shot kat situ. Ada yang ambik wide, ada yang ambik candid pakai telefoto. Yang sorang lagi mungkin boleh shot gambar awek cun..hehe..

9.  Perjalanan majlis

Sebaiknya tanya bakal pengantin tentang “flow” atau aturcara majlis. Boleh plan awal kat mana korang sepatutnya berada, takut nanti terlepas shot yang menarik.

10. Bisnes kad

Manalah tau ada tetamu yang berminat nak ambik korang jadi fotografer. Tak pun boleh bagi kat awek-awek yang ada kat situ.. kihkih..

*****

Itulah sedikit sebanyak tips yang aku kutip dari pengalaman. Kalau diikutkan siapalah aku nak bagi tips, aku cuma kongsi apa yang aku pelajari je dari otai-otai diluar sana. Kalau ada tips lain, korang sangat di alukan untuk berkongsi tips di bahagian komen.

p/s-ada DSLR bukan bermakna kita layak untuk ambik gambar wedding, banyak perkara perlu dipelajari 20x20 boss Tips Ambik Gambar Wedding Untuk Newbie

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. Elak Gambar Blur Dengan Tips-Tips Ini
  2. Tips | Nak beli mana satu ni? Part 2
  3. Perisian Manipulasi Imej Untuk Kaki Tangkap Gambar
  4. Tips | Nak beli mana satu ni?? Part 1
  5. 10 Tips Penjagaan Kamera
  6. Aku, Aidiladha dan Gambar Rosak
  7. Eksklusif Majlis Pertunangan Nurul AF2
  8. Rotate Gambar Secara Automatik
  9. Upgrade Kamera/Lens, Antara Nafsu dan Keperluan
  10. Tutorial Photoshop | Repair Gambar Gelap

32 Comments to “Tips Ambik Gambar Wedding Untuk Newbie”

#1 Posted by akubiomed (13 February, 2011 at 12:25 pm )

Sebelum pergi ambil shot ada bincang dahulu flow dan responsible yang akan diambil? atau masing-masing sudah tahu peranana yang perlu dilaksanakan bukannya takut miss event yang yang menarik. Sekadar ingin tahu:-)
Entri Terkini akubiomed – Kenapa tiba-tiba MacaronMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 14th, 2011:

Sebaiknya bincang dengan pengantin atau wedding planner tentang perjalanan majlis. So bila majlis bermula, kita tau nak cover shot kat mana. Sebab tu jugak kena ada paling kurang 2 fotografer untuk sesuatu majlis. Bergantung jugak pada majlis, kalau besar, makin ramailah fotografer :-)

#2 Posted by Amirez (15 February, 2011 at 11:38 pm )

tips menarik mizi..semuanya basic yg penting utk wedding photoshoot. sebelum ni pernah jadi fotografer untuk majlis pertunangan sepupu tapi sekadar bidan terjun. byk kurangnya, hasil pun tak seberapa hehe
Entri Terkini Amirez – Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awwal 1432HMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 16th, 2011:

kawan-kawan aku pun ramai yang komplen. tapi silap diorang jugak, masa nak upah photographer tak tengok portfolio dulu.. :oups:

Amirez reply on February 17th, 2011:

hehe. komplen2 tu kadang2 bagus juga kan. tapi dah kira ok..pengetahuan bro dah lebih daripada basic ;) Entri Terkini Amirez – Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awwal 1432HMy Profile

TarmiziShukri reply on February 17th, 2011:

bolehlah sikit2, apa yang aku kongsi ni pun apa yang aku tengah belajar ;)

#3 Posted by faazawanz (3 March, 2011 at 11:27 am )

bagus ni memang kalu wedding perkara utama kenali pelanggan anda..kalau tak kenal agak susah diorg nak tsenyum pada kite

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 3rd, 2011:

yup, betul2..

#4 Posted by Izwan (3 March, 2011 at 4:52 pm )

betul.. ada dslr tak semestinya gambar cun.. leh tolong komen kat gambar ni tak ?.. 1st time shoot untuk wedding.. http://www.izwanyusof.com/blog/23-lukisan-cahaya-aku-terima-nikahnya/
Entri Terkini Izwan – Uni-Bazaar- Medium Pengiklanan Percuma Anda !My Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 3rd, 2011:

insyaAllah, akan di komen sedikit masa lagi :)

#5 Posted by roslinda (10 March, 2011 at 10:01 pm )

nice one~

[Reply]

#6 Posted by Hafiez (22 March, 2011 at 11:19 am )

Assalamualaikum.
Saya bakal ambil gambar kawan tunang dan pertama kali untuk potret begini. masih tertanya2 setting ape yang amat sesuai.
situasi kamera:
1. tiada flash yg besar tu.
2. kit lens 18-55

ada saranan setting yg sesuai untuk jadikan rujukan dan perlu ke saya guna flash sediada.

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 22nd, 2011:

susah kalau takde flash, melainkan tempat tu terang.. setting pun susah nak cakap, sebab pencahayaan setiap tempat berbeza.. yang aku boleh bgtau cuma turunkan aperture serendah yg boleh (f3.5), shutter paling kurang 1/60. Kalau underexpose, naikkan ISO.

Hafiez reply on March 23rd, 2011:

Thanks sangat2. Akan di jadikan garis panduan. bagaimana pula dengan metering mode?

TarmiziShukri reply on March 23rd, 2011:

metering mode akan dimasukkan dalam entri yang akan datang, nak explain kat sini memang x ckup ruang :)

#7 Posted by akmalrayyan (30 March, 2011 at 9:59 am )

salam,bro . bile nak buad entri pasal budakbarubaru yang nak start photography nih . camno nak manfaaatkan kitlens 18-55 .hihi :) :) Entri Terkini akmalrayyan – kami My Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 30th, 2011:

Cara nak manfaatkan kitlens? Senang je, pegi mana2 bawak je kamera & keep shooting…

#8 Posted by Nizar (9 April, 2011 at 5:52 pm )

Bro bla nak bwat ttg post pasal flash??

[Reply]

TarmiziShukri reply on April 9th, 2011:

akan datang, tapi tak boleh janji bila sbb tutorial flash perlu props & tempat yang sesuai… makan masa sikit.. insyaAllah lepas pilihanraya aku akan usahakan, sekarang sibuk sikit :)

#9 Posted by Da Niel (26 April, 2011 at 10:21 pm )

awak edit gambar di atas. sekali lagi bagaimana awak dapat effect gambar yg mcm season ala soft gitu?

[Reply]

#10 Posted by bubblegumprincess (19 July, 2011 at 10:48 am )

boleh bgtau mcmane dorang photographer pro2 buat “mode” picture tu?? canteklah saya suka ctnya gmbr mcm di link ini

http://jangguttouch.com/blog/wp-content/uploads/2011/07/far007.jpg
Entri Terkini bubblegumprincess – planking craze!My Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 19th, 2011:

insyaAllah akalu sempat nanti saya tunjukkan…

#11 Posted by nora (21 July, 2011 at 11:22 am )

huhhh… tq atas info… menarik2.. tapi cabaran tuk photografer perempuan.. hehehe :) Entri Terkini nora – Durian, rambutan, dokong, manggis, langsat.. makkk along tak larat nak makan dah…My Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 21st, 2011:

yup, tak ramai photographer perempuan..

#12 Posted by firdaus (29 July, 2011 at 12:00 pm )

tips yg berguna,aku pon kadang2 klu kwn aku kawen,aku gi menyebok tangkap gambar,br2 ni kwn aku suh aku snap pic dia,aku pon dh ckp aku x reti tangkap gambar kawen,dia kata xpe,bkn nk lawo2,aku pon pk gtu,aku try la,blh gak berlatih an..ekekeke…ce try komen sket kt http://episilentkiller69.blogspot.com/2011/07/firdaus-wedding.html
Entri Terkini firdaus – PhotoDirectorMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 29th, 2011:

ok, nnti aku singgah komen ;)

#13 Posted by beautybehindthelens.blogspot.com (12 November, 2011 at 10:57 am )

thanks info sgt bergune pada newbie like me :)

[Reply]

TarmiziShukri reply on November 12th, 2011:

orait, sama2 :)

#14 Posted by syatoza (17 November, 2011 at 10:02 pm )

yep! saya setuju! :)

sebab saya skang ni sllu tlg backup kawan yang jadi OP :)

saya guna kitlens je.. sllu shoot utk wideangle :D

[Reply]

#15 Posted by Aksesori DSLR (DSLR Combo) | TarmiziShukri's Blog (30 January, 2012 at 12:38 am )

[...] tak boleh disangkal lagi, korang WAJIB beli flash dulu, terutama kalau ada planning nak jadi wedding photographer. Walaupun DSLR ada built in- flash, korang percayalah, korang takkan teringin nak guna built in [...]

#16 Posted by atiq (14 March, 2012 at 4:59 pm )

salam.tumpang tanya, kalau amek job wedding kan, selalu nye charge harga tu lain2 utk kedua-dua belah pihak ke (lelaki dan perempuan)? or charge tu mmg utk dua2 belah pihak??

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 24th, 2012:

charge utk dua2 pihak skali.








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: