
Memandangkan malam ni akan berlaku gerhana, so aku nak kongsikan setting yang diperlukan untuk shoot gerhana bulan.
Fenomena Gerhana Bulan Penuh 10.12.2011 pada sekitar pukul 10.05 malam sehingga 10.57 malam, ianya berlangsung lebih kurang selama 48 minit.
Sumber-Yanmieonline.com
Lensa
Lens yang sesuai untuk ambik gambar bulan secara closeup ialah 500mm, tapi aku percaya tak semua yang ada lens ni. Jadi boleh guna 55-200mm atau 75-300mm yang mana aku percaya kebanyakkan ada lens ni.
Metering Mode
Metering mode akan menentukan berapa nilai exposure (iso, shutter speed, aperture) yang akan kita gunakan. Perlu diingat, setiap metering mode spesifik untuk situasi tertentu. Setiap DSLR biasanya ada 3 jenis metering mode iaitu:
a. Spot metering/partial metering
b. Centered weight
c. Multisegment/Evaluative Metering
+ nama mungkin berlainan untuk setiap brand
So kalau nak shoot bulan, kita kena set metering mode kepada spot metering. Entri seterusnya aku akan cerita lebih detail pasal metering mode.
Exposure mode
Guna manual mode. Jangan pakai auto pulak.
ISO
aku sarankan guna iso 100 atau 200.
Aperture
F11 rasanya dah cukup.
Shutter speed
Boleh mula dari 1/100. Bergantung pada cahaya bulan pada malam tu, so korang boleh main-main dengan shutter speed
White Balance
Setting white balance juga penting untuk mendapatkan warna bulan yang natural. Aku cadangkan korang cuba setting yang berlainan. Cadangan aku guna “Daylight”. Kalau tak yakin, guna AWB (auto white balance) pun boleh
Tripod
Wajib ada sebab korang akan menggunakan focal length yang tinggi iaitu 200mm/300mm. Jadi sedikit pergerakan akan menyebabkan gambar blur.
Self Timer
Jangan lupa guna self timer, 2 saat pun dah ok untuk mengelakkan camera shake (bukan sejenis minuman).
Filter
Buka segala bagai filter yang ada pada lens korang sebab kalau ikut pengalaman aku menggunakan filter pada waktu malam akan menyebabkan “lens flare”.
LiveView
Kalau kamera korang ada LV, aku sarankan korang pakai LV. Terutama yang pakai Sony. Kalau Sony, setiap setting yang korang ubah kat atas seperti exposure akan dipaparkan terus di skrin. So apa yang korang tengok kat skrin, itulah hasilnya.
Raw atau Jpeg
Aku prefer korang shot dalam RAW berbanding JPEG sebab RAW memberikan banyak kelebihan masa editing nanti. Tapi kalau korang tak tau nak edit RAW, boleh shot dalam JPEG.
Flash
Kalau rasa flash DSLR korang boleh sampai ke bulan, dipersilakan..hehe. Takdelah, gurau je, giler apa shot bulan pakai flash
*****
Fuuhh.. banyak jugak setting untuk shot gerhana bulan ni kan? Harap-harap korang yang masih baru pegang DSLR dapat faham apa yang aku cakap kat atas. Kalau tak boleh ikut semua, tumpukan pada ISO, Aperture, Shutter Speed & Metering Mode.

+ bukan gerhana bulan, tapi exif boleh dijadikan sebagai rujukan (Focal Length: 200mm, ISO: 200, Aperture: F8, Shutter Speed: 1/80, Metering Mode: Spot Metering)
Nak senang, korang ikut setting untuk ISO (100/200), Aperture ( F11 ) dan Metering Mode (Spot Metering). Cuma Shutter Speed korang kena ubah ikut keterangan cahaya bulan. Kalau gambar terlalu terang, naikkan Shutter Speed, kalau gelap, turunkan shutter speed.
Malam ni aku akan berada di padang utama UPSI, Tanjung Malim, so siapa-siapa yang berdekatan aku persilakan korang datang. Harap malam ni cuaca baik.
Related posts:
- Elak Gambar Blur Dengan Tips-Tips Ini
- Tips Ambik Gambar Wedding Untuk Newbie
- Tips Tangkap Gambar Kilat/Petir
- Panduan Memilih Exposure Mode
- Bila Nak Pakai Mode Auto Pada DSLR
- Pemilik DSLR Tangkap Gambar Anjing Terbang
- Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Januari
- Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Mei
- Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Jun
- 3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca





30 Comments to “Tips Ambik Gambar Gerhana Bulan”