The Reunion of Cempaka

5240106488 35e6bcc264 The Reunion of Cempaka

Salam semua. Lama kan aku tak update? Hehe.. Maaflah ye, ramai yang email mintak tutorial tapi tak sempat nak buat. Hosting yang aku pakai sekarang ada masalah sikit, nak buat entri baru pun tak boleh, asyik sangkut-sangkut je. Ranking Alexa pun dah jatuh agak banyak. InsyaAllah kalau dah ok esok aku akan buat tutorial yang korang request.

Ok, tinggalkan kisah aku tak update. Aku nak kongsi sikit gambar-gambar yang aku ambik masa reunion sabtu lepas. Tapi gambar-gambar ni cuma snapshot sahaja, snap-snap camtu je, takda apa yang menarik sangat. Aku buat editing sikit untuk beberapa gambar, tapi kebanyakannya aku tak edit sebab aku rasa dah ok kot. Lagipun mood mengedit hilang entah kemana..hehe..

Apa-apa pun, bila nak ambik gambar reunion, bagi aku yang penting bukanlah aspek-aspek teknikal, tapi “moment”nya. Kalau boleh banyakkan gambar candid, sebab kita nak ambik “suasana”. Ramai mereka yang freshie dalam fotografi ni kadang-kadang terlalu mementingkan aspek teknikal ini sehingga terlepas “moment” itu. Tapi aspek teknikal asas seperti exposure masih perlu dijaga.

5240099912 70f9c694ed The Reunion of Cempaka

Berkumpul di Masja jam 7.

5240100546 d5003e3d81 The Reunion of Cempaka

Langit jadi putih, kesilapan masa PP.

5239502927 12ed34a2a9 The Reunion of Cempaka

Masa ni masing tengah bercerita tentang kenangan masa kat sekolah.

5239503321 0d189a9676 The Reunion of Cempaka

Gambar ni tak di edit sebab aku rasa dah “cukup rasa”. Lens 50mm + vivid.

5240101708 29fcb4ef3b The Reunion of Cempaka

Juga dari 50mm. Sangat neutral dengan pencahayaan semulajadi

5239503801 a20d2c451b The Reunion of Cempaka

Warna tudung contrast dengan background. Bayangkan kalau tudung tu kaler hitam.

5240102570 cf6b805469 The Reunion of Cempaka

Sosej yang telah kecut..hehe..

5239504661 c79e57ed9f The Reunion of Cempaka

Lagi gambar candid.

5239504849 5cd49737cd The Reunion of Cempaka

You shoot me, i’ll shoot you back..hehe

5240103236 abddaf5d4e The Reunion of Cempaka

Apalah yang dibincangkan tu.

5239505285 3944f2c670 The Reunion of Cempaka

Agak susah nak compose kalau pakai 50mm ni, kena rajin zoom pakai kaki.

5239681121 2758c3262f The Reunion of Cempaka

Gambar ni aku edit sikit pakai photoshop + photoscape.

5239505643 63c66a3deb The Reunion of Cempaka

3 dara pingitan yang masih single.. 20x20 big smile The Reunion of Cempaka

5239505985 18f1106cd1 The Reunion of Cempaka

Kalau dah bomba, memang bomba jugak, habis orang nak di angkat..hehe.

5239680801 22dccb18d1 The Reunion of Cempaka

Blur picture + blur expression + nice background

5240104654 4fd2346be6 The Reunion of Cempaka

Biasa time nilah orang nak skema-skema. So pandai-pandailah buat subjek gelak 20x20 big smile The Reunion of Cempaka

Reunion kali ni antara yang paling best bagi aku. Dapat jumpa kawan-kawan lama, bercerita pengalaman lucu masa kat sekolah dan yang paling bermakna bila semuanya sudah berjaya menjadi “manusia”. Semoga persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila.

Kongsi Artikel Ini

Tiada Entri Yang Berkaitan

7 Comments to “The Reunion of Cempaka”

#1 Posted by akubiomed (7 December, 2010 at 4:27 pm )

Susah juga nak dapat shot neutral act sebab pantang nampak kamera tiba-tiba semua tukar karektor dah tak nampak neutral :-) Entri Terkini akubiomed – Panduan pakai bedak foundation – bab 1My Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on December 7th, 2010:

Yup, lagi2 kalau kamera besar gedabak..hehe.. apa2pun fotografer kena pandai cari “ruang” itu..

Amirez reply on December 12th, 2010:

betul tu. selalunya subjek akan buat2 kontrol macho hehe
Entri Terkini Amirez – Cara Menghapuskan Malware SearchWeb1My Profile

#2 Posted by Arif Fikri (8 December, 2010 at 12:59 pm )

gmbr 1st tu metering kt mne? EXIF kalau bOle?
Entri Terkini Arif Fikri – Birthday make heart grow fonderMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on December 8th, 2010:

Meter kat langit, sbb nak ambik biru. Pastu adjust curve kat photoshop, lastly burn langit tu supaya nampak lagi biru. Lens 50mm, f10, 1/250. :)

#3 Posted by Arif Fikri (8 December, 2010 at 1:20 pm )

owh camtu!….flash x fire?
Entri Terkini Arif Fikri – Birthday make heart grow fonderMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on December 8th, 2010:

tak, malas nak pasang flash masa tu, lagipun available light mmg dah ok…








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: