Terlalu Taksub Berpolitik, Salah Ke?

DSC02230 Terlalu Taksub Berpolitik, Salah Ke?

Salam di hari Jumaat

Baru saja balik dari solat Jumaat, seperti biasa bila sampai rumah aku tak masuk rumah dulu, sebab nak hantar adik ke sekolah.  Sebelum solat Jumaat tu aku sempat pegi Copal Digital ambik gambar yang aku hantar semalam, pastu kena pegi ke kedai Kek Lapis Dayang Salhah, hantar gambar tersebut. Kebetulan Dyg Salhah sendiri ada kat situ, sementara mak aku tengah masak kat dapur. FYI, mak aku kawan baik Dyg Salhah sejak dari bangku sekolah lagi, sekarang mak aku kerja sebagai tukang masak kat Kek Lapis Dayang Salhah Enterprise. Lepas Dyg Salhah belek-belek gambar, dia bagi duit kat aku, berapa? Rahsia..hehe. Cukup untuk aku beli barang-barang keperluan diri tadi.

Ha.. itulah aktiviti aku dari pagi sehingga sekarang. Sambil-sambil ulang alik dengan moto, aku sempat perhati keadaan sekeliling. Sana sini penuh dengan poster, bendera dan sepanduk parti-parti yang bertanding. Kertas-kertas bertaburan atas jalan, kelihatan seperti artikel atau brosur, tapi aku malas nak berhenti dan ambik kertas tu, buang masa.

P150411 11.11 Terlalu Taksub Berpolitik, Salah Ke?

+ gambar-gambar lawatan Datuk Noh Omar ke kilang Kek Lapis Dayang Salhah

Memang meriah suasana pilihanraya kat sini, cuma satu je aku nak tegur, dan teguran ni khas untuk mereka yang taksub sangat dengan politik. Terus terang aku cakap, mereka yang taksub sangat dalam politik ni macam tin kosong. Berteriak sana sini, kutuk mengutuk sesama sendiri. Kat blog lagilah, tak percaya cuba terjah blog-blog politik, bahagian komen penuh dengan caci maki. Fitnah itu, fitnah ini, padahal apa yang diorang dengan tu datang dari sumber yang tidak sahih.

DSC02115 Terlalu Taksub Berpolitik, Salah Ke?

Antara ciri-ciri penyokong politik yang taksub:

  • mereka ni banyak bunyi, cakap pemimpin tak buat kerja, rasuah sana sini, padalah diri sendiri bila kerja pun makan gaji buta. Kat ofis tidur dan cuba mengelak kerja.
  • cakap pasal duit rakyat disalah guna, padahal cukai tiap tahun tak bayar. Kaum cina yang menyumbang lebih dari separuh cukai negara pun tak bising.
  • siang malam turun bantu calon-calon berkempen, padahal anak isteri di rumah diabaikan.
  • selalu komplen negara tak maju, padahal diri sendiri masih di takuk lama, tiada kemajuan.
  • komplen gaji sikit, marah bila wakil rakyat tak bantu, padahal masih ada tulang 4 kerat, kudrat masih kuat.

Walaupun aku selalu berdamping dengan orang-orang politik terutamanya BN, aku tak taksub kepada mereka. Aku juga bukan orang pembangkang, boleh dikatakan aku ni orang atas pagar. Daftar undi pun tak..hehe.

DSC02114 Terlalu Taksub Berpolitik, Salah Ke?

Ada yang cakap kat aku, mereka berpolitik sebab nak menyumbang kepada masyarakat. Tapi bagi aku, ada banyak cara kita boleh menyumbang, bukan dengan politik semata-mata. Lebih baik kita jadikan mereka yang berjaya seperti Irfan Khairi, Saiful Nang,  Dr.Syeikh Muzaffar dan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary sebagai ikutan. Mereka telah banyak menyumbang kepada masyarakat, tanpa taksub dengan politik. Betul tak?

DSC02096 Terlalu Taksub Berpolitik, Salah Ke?

Tak salah nak berpolitik, tapi cukuplah sekadar membantu calon-calon dalam kempen mereka, lepas tu, pegi undi. Lepas undi, tunggu keputusan, kalau calon menang, alhamdullillah, kalau kalah, padan muka..hehe. Taklah, cuba lagi pada pilihanraya seterusnya 20x20 feel good Terlalu Taksub Berpolitik, Salah Ke?

Jadi kepada mereka yang akan mengundi esok, selamat mengundi, pilihlah kerana calon, bukan kerana parti. InsyaAllah calon yang bagus, akan membawa perubahan ke arah kebaikan.

p/s – tengah prepare gear untuk shot malam ni dan esok, dengan kata Tun M nak datang  20x20 adore Terlalu Taksub Berpolitik, Salah Ke?

Kongsi Artikel Ini

Tiada Entri Yang Berkaitan

8 Comments to “Terlalu Taksub Berpolitik, Salah Ke?”

#1 Posted by cikNurul (15 April, 2011 at 7:36 pm )

meriahkan sarawak skg…aku suka tgk poster dorg….mcm artis…..hehe…
p/s:mau patung burung kenyalang pembangkang…..very da cute…depa x bg free ka? :lol:

[Reply]

TarmiziShukri reply on April 16th, 2011:

patung kenyalang? rasanya gambar je kot, tak jumpa lagi dalam bentuk patung ;)

#2 Posted by haziq (16 April, 2011 at 8:17 am )

hoho..boleh teka tak..nih ,mesti gmbar dari 50mm lens..betul tak??? ader edit tak??..perghh..chantek nyer.. :bloody:

[Reply]

TarmiziShukri reply on April 16th, 2011:

gambar pertama pakai lens 18-70mm, yg lain 55-200mm. Edit kaler je..hehe..

#3 Posted by akubiomed (16 April, 2011 at 9:30 am )

Selamat membuang undi bro :-) Entri Terkini akubiomed – Hantu Kak Limah balik RawangMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on April 16th, 2011:

tak daftar lagilah bro… ambik gambar je hari ni..hehe..

#4 Posted by hakmi (10 May, 2011 at 10:14 am )

aku suka jadi pembangkang…kihkihkih, sebab aku kaki bangkang walo sapapun jadi kerajaan, pembangkang sangat penting, kerajaan yang bagus ialah kerajaan yang amek perhatian apa yang orang x puas ati, tapi kalo da taksub…..tu barua namanya….taksub kepada Allah barulah betul…..kalo media kat malaysia ni tak bias, pemimpin amanah dan x pilih kasih, kakitangan kerajaan tak bodek, mufti jalankan tanggungjawab dan amanah tuhan, rakyat tau hak sebagai rakyat…insya ALLAH masa tu, mungkin pembangkang tak ada guna langsung….sekian wassalaaaaammmm
Entri Terkini hakmi – Utusan Malaysia main apiMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on May 11th, 2011:

pembangkang kena ada, tp bangkangla cara berhemah :)








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: