
Memandangkan sekarang aku dah jadi orang nomad sepenuh masa, dah tiba masa untuk aku beli tablet PC. Tak larat dah nak angkut laptop lama aku ni, serius berat. Boleh dikatakan 1/3 berat backpack yang aku bawak dari Melaka ke Tanjung Malim datang dari laptop.
Kalau nak tau berat laptop aku ni, korang cari member yang ada Dell Inspiron 6400. Kalau tak jumpa, cari 2 bata merah. Lebih kurang macam tu lah beratnya.
Dipendekkan cerita, semalam aku pegi KL dan pegi survey tablet, kebetulan masa tu acer iconia tengah launch. Setakat yang aku cuba memang oklah, tak lag, respon masa menaip memang cepat berbanding dengan Asus Transformer yang sebelum ni jadi first choice aku.
![]()
Acer Iconia
Cari-cari jugak Samsung Galaxy Tab, tapi tak jumpa pulak kedai yang boleh “test drive”. Tapi macam bosan pulak nak pakai Galaxy, ramai sangat dah pakai.
Aku bukanlah nak cari tablet yang “perfect” sangat. Asalkan boleh memudahkan aku dalam kerja-kerja seperti balas email, memo/reminder dan menaip dah kira ok. Yang penting ringan dan mudah dibawa ke mana-mana tanpa melenguhkan bahu.
Rasa-rasanya tablet mana yang aku kena beli? Ada suggestion, terutama kat korang yang dah ada tablet. Perlu diingatkan taknak ada perang brand ye kat sini. Masing-masing ada citarasa berbeza. Respect that!
Related posts:





25 Comments to “Tablet Yang Mana Satu”