Street Shooting Bersama Saiful Nang

5091640435 c1c8e6c2a3 Street Shooting Bersama Saiful Nang

Siapalah yang tak kenal dengan Saiful Nang ni, antara fotografer Malaysia yang paling terkenal. Aku mula kenal Saiful Nang ni masa tengah belek-belek majalah Usahawan kalau tak silap. Masa tu ada segmen yang memaparkan 10 anak muda yang berjaya dalam bidang masing dan salah seorang daripadanya ialah Saiful Nang. Kalau korang nak tau, Saiful Nang jadi jutawan dalam masa setahun menceburi bidang fotografi dan bermula tanpa kamera dslr yang canggih-manggih macam korang ada sekarang. SN pinjam kamera dari sahabatnya untuk first wedding job. Lepas job pertama tu barulah SN beli kamera sendiri. So kita kena ambiklah pengajaran kat sini, sebab ramai yang ada dslr sekarang ni berlagak lebih, setakat nak tayang je kamera tu, tapi takda usaha pun nak perbaiki sebab sibuk “showoff”.

Dipendekkan cerita, masa menerawang di facebook, aku ternampak status SN nak buat outing di Kuching lepas raya. So apa lagi, aku tak fikir panjang dan terus join, bukan selalu dapat jumpa fotografer hebat macam SN ni buat outing, free pulak tu. Aku pegi sekali dengan member aku, so taklah sorang-sorang macam orang bodoh..hehe.

5091757057 e3d7931c9c Street Shooting Bersama Saiful Nang

SN tengah bagi taklimat

Outing diadakan di sekitar Main Bazaar sehingga ke India Street. Ramai jugaklah yang datang pada  petang tu. Sebelum outing bermula, SN bagi taklimat ringkas. Pastu kami mula jalan-jalan sambil-sambil bertanya soalan dengan SN. Outing masa tu banyak menyentuh soal street shooting dan photojournalism. Shoot aku memang sikit petang tu sebab  nak dengar komen-komen SN kat gambar yang diambil peserta. Memang banyak benda yang aku belajar, antaranya:

  • frame in apa yang perlu, frame out apa yang tak perlu.
  • dalam gambar ada 1 “hero” sahaja (subjek yang menonjol).
  • shoot dalam RAW.
  • shoot banyak untuk scene yang sama, lepas tu boleh pilih yang terbaik.
  • gunakan lens wide angle untuk street shooting, kalau guna tele itu bukan street, tapi paparazzi.
  • berkomunikasi/mintak izin dengan subjek/orang. Jangan ambik gambar curi (telefoto lens)
  • jangan takut naikkan iso, lebih baik gambar banyak noise dari blur.
  • simple, gambar tak terlalu crowded.

Tapi ilmu paling berharga yang aku belajar petang itu ialah “seni melihat” atau “art of seeing”. SN banyak menekankan tentang seni melihat dan itu yang membezakan seorang fotografer dan fotografer lain. Semua orang boleh ambik gambar yang cantik, tapi tak semua yang boleh ambik gambar yang ada seni dan cerita. So pesanan kat diri sendiri dan korang semua, “stop talking, keep shooting”.  20x20 big smile Street Shooting Bersama Saiful Nang

5092305072 dd52605276 Street Shooting Bersama Saiful Nang

komen SN: gambar ni takda cerita, widekan sikit, baru nampak apa yang pakcik tu buat

5092358504 9be3358dd3 Street Shooting Bersama Saiful Nang

sayang betul tak bawak buku nota sebab banyak sangat tips yang diberikan oleh SN

5091709247 5f52372296 Street Shooting Bersama Saiful Nang

5091713487 f7957dc936 Street Shooting Bersama Saiful Nang

5092303652 e81a632aff Street Shooting Bersama Saiful Nang

makcik ni sporting habis

5092316454 2dbda28f79 Street Shooting Bersama Saiful Nang

antara peserta outing

5091719939 a19769bc6d Street Shooting Bersama Saiful Nang

serius betul pakcik ni, nak snap pun takot..

5092356380 d689cbcb4e Street Shooting Bersama Saiful Nang

keep it simple

5092359460 f194fd2529 Street Shooting Bersama Saiful Nang

bergambar bersama sifu SN

p/s-banyak lagi benda yang aku perlu belajar.

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. Peristiwa Diacu Pistol Ketika Shooting
  2. UPSI Photography Exibition
  3. Ada apa dengan Kuching?
  4. 10 Sunset Tercantik

14 Comments to “Street Shooting Bersama Saiful Nang”

#1 Posted by afiz (8 November, 2010 at 3:50 pm )

die ni la yg dpt job snap wedding sheikh muzaffar 2 kn ? ,.

[Reply]

TarmiziShukri reply on November 8th, 2010:

yup.. dia orangnya.

#2 Posted by Fauziah N (7 January, 2011 at 5:50 pm )

Salam mizi. Nice Info . Thank You.

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 9th, 2011:

Sama2 Fauziah :) Entri Terkini TarmiziShukri – Projek Foto Chantek 2011My Profile

#3 Posted by Deewood (1 February, 2011 at 12:38 am )

Saiful Nang mmg hebat..bile plak dia nk buat outing dkt Pahang ye??

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 1st, 2011:

Sekarang SN dengan krew2 nya masih di China. Add SN kat facebook dan Twitter, dia akan update aktiviti terkini kat situ.

#4 Posted by aie (7 February, 2011 at 12:04 am )

bro, camne nak edit RAW file dlm AP ?

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 7th, 2011:

akan di jawab dalam entri seterusnya :)

#5 Posted by Budak Hitam (30 October, 2011 at 2:45 pm )

nice.. teringin nk blaja amik gmba cmni. tp blum ad cam pun.. hehe..

[Reply]

#6 Posted by kuronofu91 (28 November, 2011 at 4:09 pm )

perrhh…untung dpt jalan2 dgn Sifu SN…huhuhuh

[Reply]

#7 Posted by KAMIL (20 February, 2012 at 4:31 pm )

lens apa sesuai utk street photo?

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 22nd, 2012:

35mm, 50mm.. bergantung pada style masing2..

#8 Posted by naz (22 February, 2012 at 3:14 pm )

knpe rmai pkai canon ye?

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 22nd, 2012:

pilihan masing2..








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: