
Baru-baru ni & setelah sekian lama tak tukar OS, akhirnya hatiku terbukak untuk menerima OS baru dalam hidupku, iaitu Windows 7..hehe.. Sejak Windows Vista keluar lagi memang dah berhajat nak tukar OS ni, tapi sebab masa tu tak berapa yakin dengan laptop aku ni nak support vista. Lagipun banyak sangat komen negatif pasal vista, driver tak supportla, beratla, byk bugs la. Aku tukar OS ni pun sebab terdesak, lagipun laptop lama dah tak format, jadi macam-macamla masalah kat laptop masa tu.
Kepada mereka yang masih pakai Windows XP, bawak-bawakla berhijrah ke Windows 7. Jangan risau, asalkan laptop atau pc korg boleh angkat XP, Windows 7 lagila terangkat-angkat..hehe. FYI, Windows 7 ni lagi ringan dari Windows XP. Masa boot pun sangat cepat, yang paling best, tak payah install driver, masa format semua driver akan diinstall secara automatik. Tidak seperti Vista, Windows 7 ada “Windows XP Mode”, maksudnya semua software XP boleh diinstall di Windows 7 tanpa sebarang masalah.
Jadi kalau nak tau lebih lanjut tentang Windows 7, klik sini..
Tiada Entri Yang Berkaitan




