
Credit: alipuckett.com
Dalam bidang fotografi, ada banyak projek yang boleh korang lakukan. Kalau dulu, kebanyakkan projek-projek ni memerlukan seseorang memiliki kamera, tapi sekarang semua orang boleh melakukannya, pakai kamera handphone pun boleh.
Bagi yang ikut perkembangan blog ni, Projek FotoChantek 2011 dan 30 Hari Ramadhan merupakan projek atas inisiatif aku sendiri. Projek-projek ini merupakan pemanas badan untuk Projek 365 yang aku cadang nak buat tahun depan. InsyaAllah nanti aku akan cerita sedikit sebanyak tentang Projek 365. Sekarang cuma nak tunjuk satu cabang dalam Projek 365 iaitu Self Potrait Project.
Self Potrait Project dah lama diperkenalkan di barat, kat Malaysia takda lagi sehinggalah aku jumpa blog Blogbeginsatforty.com yang diretweet oleh ariffshah. Bagi yang tak faham art, mereka akan cakap pakcik tu buat lawak atau camwhore. Sebenarnya fokus projek ni bukan ekspresi muka semata-mata, tapi cerita yang cuba disampaikan. Kalau gambar sekeping-sekeping memang korang tak nampak apa yang nak disampaikan. Tapi cuba korang tengok video kat bawah.
Lagi satu tak wajar rasanya menyamakan camwhore dan selfpotrait project sebab camwhore bertujuan menggedik didepan camera sementara selfpotrait project mempunyai nilainya yang tersendiri.
Tiada Entri Yang Berkaitan





2 Comments to “Self Potrait Project”