TarmiziShukri's Blog

  • Utama
  • Tips Fotografi
  • Bengkel
  • Arkib
You are here: Home / Fotografi / Saiz Sensor Kamera

Saiz Sensor Kamera

Oleh Tarmizi Shukri 14 Comments

Kongsi:
Facebook0
Twitter0
Pinterest0

Ada banyak jenis kamera dalam dunia. Ada besar, ada kecik. Dari kamera handphone sehingga ke DSLR, dan setiap jenis kamera ini menggunakan saiz sensor yang berlainan. Untuk kamera handphone, sensor yang digunakan adalah kecil berbanding sensor yang digunakan dalam DSLR. Walaupun megapixel yang ada pada handphone sekarang ada yang lebih tinggi dari yang ada pada DSLR, contohnya Nokia TrueView tak bermakna imej yang terhasil juga lebih baik dari DSLR.

Jadi, untuk entri kali ini, saya akan share jenis-jenis sensor kamera yang terdapat di pasaran dan bagaimana ia boleh mempengaruhi kualiti sesuatu imej.

SAIZ-SAIZ SENSOR

Seperti yang korang tengok kat atas, sensor ada berbagai-bagai saiz. Jom kita lihat satu persatu.

1/3″ 1/2″ dan 2/3″

Biasa digunakan dalam kamera handphone dah kamera kompak. Banyak kelemahan seperti noise yang tinggi dan kurang kontrast serta warna yang kusam.

4/3″

Digunakan dalam kamera yang digelar “Micro Four-Third”. Kamera pertama yang menggunakan sensor bersaiz ini ialah Panasonic Lumix DMC G-1 (2008). Kelebihan kamera yang menggunakan sensor ini ialah saiz yang kecil dan ringan, sesuai utk mereka yang ingin mendapatkan gambar yang cantik tapi “malas nak pikul” DSLR yang berat dan besar.

DX

Kalau yang guna Nikon, perasaan tak lens ada yang jenis DX? Saiz sensor kamera DX lebih besar sedikit dari DSLR yang menggunakan APS-C. Tapi sebenarnya DX masih dalam kategori APS-C, cuma dibranding oleh Nikon sebagai DX. Betulkan kalau saya salah.

APS -C

Kebanyakkan DSLR menggunakan sensor bersaiz APS-C. Yang tak menggunakan APS-C boleh dikira dengan jari. Selain DSLR, mirrorless camera seperti SONY NEX,  jugak menggunakan sensor APS-C. Kelebihan sensor APS-C tak perlu lah kot saya terangkan, tengok saja gambar yang dihasilkan oleh DSLR yang pakai sensor APS-C.

35mm / Fullframe

FullFrame DSLR seperti Canon 5D MarkII, Nikon D3s, Nikon D700 dan Sony a900 menggunakan sensor bersaiz penuh iaitu 35mm, sama seperti saiz filem kamera analog.

*APS-H dan Super 35 saya tak explain sebab tak berapa popular.

 

Apa Kesan Saiz Sensor Kepada Foto?

Kalau dibandingkan kamera yang menggunakan sensor yang kecil berbanding APS-C dan Fulframe, ada banyak bezanya. Sudah tentu semakin besar sensor, semakin baik kualiti gambar yang terhasil. Selain itu:

[list type=”check”]

  • noise lebih banyak pada sensor bersaiz kecil berbanding bersaiz besar.
  • “dynamic range” pada sensor bersaiz besar lebih baik dari sensor bersaiz kecil.
  • semakin besar saiz sensor, DOF atau bokeh akan lebih “sedap”. Sebab tu kamera digital kompak susah nak buat bokeh.

[/list]

Selain itu, crop factor untuk fullframe ialah x1, maksudnya kalau korang pakai lens 50mm, imej yang terhasil juga 50mm (50 x 1), tetapi kalau korang guna APS-C, crop factor ialah 1.6. So bila korang gunakan lens 50mm, samalah seperti korang gunakan lens 80mm (50 x 1.6) pada Fullframe DSLR.

Kesimpulan kat sini, saiz sensor sangat memainkan peranan dalam kualiti gambar yang terhasil, bukannya megapixel semata-mata, atau brand sesebuah kamera. Lepas ni kalau ada orang yang masih cakap “ala, tak payah beli DSLR mahal-mahal, handphone saya lagi tinggi megapixel”, korang bolehlah jerut leher insan tu dengan strap kamera masing-masing..

*****

Blog ni dah sebulan lebih tak update, sebabnya sekarang saya sibuk dengan mengajar dan belajar pada masa yang sama, tak termasuk kerja-kerja freelance lagi. Lagi satu, kata ganti nama akan bertukar dari “aku” ke “saya” sebab ada ramai yang membaca blog ni lebih senior dari saya.

Apa-apa pun harap entri ini akan mengubat kerinduan korang pada blog ini.

Related

Filed Under: Fotografi, Kamera & Aksesori25/03/2012

About Tarmizi Shukri

Founder, jurugambar & pereka bentuk grafik separuh masa di bawah label PikselPecah Studio. Separuh masa lagi merupakan pelajar peringkat Sarjana ni UPSI. Sangat suka tempe & kari ayam. ---> Facebook Page | Twitter

Ruang Sembang

  1. saiful says

    20/12/2012 at 1:36 PM

    ade x cara nk bersihkan sensor.. sila tunjuk ajar,..

    Reply
  2. zahid says

    05/04/2012 at 12:25 PM

    Adakah entry level DSLR mcm 1100D, D3100. A35 pakai APS-C sensor jugak.
    Adakah kamera Compact, Point & Shoot, Bridge Camera menggunakkan size sensor yg sama. Secara am.

    Reply
    • TarmiziShukri says

      24/06/2012 at 4:05 PM

      kebanyakkan entri level DSLR pakai APS-C.. Compact, Point & Shoot, Bridge Camera tak semestinya guna saiz sensor yang sama.. Tapi kalau beza pun, tak berapa jauh sangat.

      Reply
  3. titan says

    31/03/2012 at 10:44 PM

    hoho..baru aku fahammm. selama ni main redah aje. haha..

    Reply
  4. Hadi Hanafee says

    29/03/2012 at 12:31 PM

    penerangan yang baik. barulah faham sikit pasal perbezaan saiz sensor. cuma pasal crop factor tu tak berapa faham sangat. pernah baca dalam buku, tapi blur lagi

    Reply
  5. al-khattab says

    28/03/2012 at 3:59 PM

    maksudnye tak serabut..hehe..

    byk info yg mudah di cari dan penerangan mudah di fahami.

    hehe.. thanks pd bro jgk sbb ada effort utk kongsi info gini.

    Reply
  6. al-khattab says

    27/03/2012 at 10:57 PM

    siyesly..aku sgt suke baca blog ni..tenang je.. byk maklumat!

    thanks bro!

    Reply
    • TarmiziShukri says

      28/03/2012 at 11:53 AM

      tenang je? haha.. apa2 pun thanks bro 🙂

      Reply
  7. Lawrence Vision says

    26/03/2012 at 11:46 AM

    Tuan blog ni asal kuching rupanya hehe.samalah kita.kebetulan jumpa blog ini sebab cari info pasal DSLR, hajat nak beli juga.

    Reply
  8. zuan says

    26/03/2012 at 8:16 AM

    hmm pnting gak saiz sensor ni sbenrnya ek

    Reply
  9. akubiomed says

    25/03/2012 at 5:02 PM

    Ilmu baru hari ini mengenai saiz sensor. Terima kasih bro.

    Reply
  10. adiff says

    25/03/2012 at 4:57 PM

    Bro nikon D7000 full frame ka bukan D700 yg full frame?

    Reply
    • TarmiziShukri says

      25/03/2012 at 5:15 PM

      oh, typo2 🙂

      Reply

Sepatah Dua Kata Boleh?: Cancel reply

tips fotografi terbaik

# Entri Popular Minggu Ini

Kategori

Media Sosial

4,442 Peminat Setia
4,220
0
222
0

Penulis

Untitled-1

Tukang tangkap gambar & penulis di blog ini. Lagi mengenai penulis.

Instagram

Twitter

Tweets by @tarmizishukri
© 2009 - 2014 · Hakcipta Terpelihara · TarmiziShukri's Blog ·
 

Loading Comments...