Tutorial kali ni tak banyak beza dengan tutorial yang lepas. Kalau haritu aku pakai masking, kali ni aku akan pakai “Curves” pulak. Hasilnya lebih kurang sama macam kita pakai masking, cuma curves ni lebih senang sikit. So korang tengok gambar kat bawah.

Gambar yang aku ambik ni memang out habis dari segi exposure. Subjek nampak gelap, background pun flat je. Jadi sekarang aku nak tunjuk macam mana nak edit gambar di atas supaya lebih “sedap dipandang”..hehe.
Kali ni aku akan pakai Adobe Photoshop dan Photoscape. Ramai pro-pro kat luar sana akan pandang sinis kalau korang edit gambar pakai Photoscape, sebab bagi diorang Photoscape ni untuk orang yang tak pandai pakai Photoshop dan hanya budak hingusan je pakai. Tapi tak kisahlah orang nak cakap apa kan? Asalkan hasilnya mengancam.

Firstly, bukak Photoshop..hehe

Pastu cari fungsi Level atau tekan je CTRL+L.

Korang akan nampak tetingkap ni. Histogam menunjukkan gambar ni gelap sebab ada ruang kosong di sebelah kanan.

Apa yang korang perlu buat ialah “drag” anak panah di sebelah kanan tu ke kiri mencecah histogram.

Kalau korang perhati, gambar akan jadi lebih cerah. Pastu tekan ok.

Sekarang korang cari fungsi Curves atau tekan CTRL +M

Tetingkap Curves akan keluar.

Klik pada garisan dan drag garisan tu sehingga melengkung ke atas. Ini akan menyebabkan background jadi lebih cerah.

Kalau korang perhati gambar ni, ada dua titik. Titik petak putih tu yang aku tarik first tadi. Pastu klik pada garisan untuk buat titik kedua (warna hitam), pastu drag garisan tu ke atas kiri. Kalau titik pertama tadi akan mencerahkan background, titik yang kedua akan mencerahkan subjek.

Ini hasilnya selepas adjust Curves tadi. Cuba korang banding dengan gambar yang asal. Cuma gambar ni background agak flat.

Step seterusnya, pegi kat toolbar dan pilih “Burn Tool”

Lepas tu klik kanan dan ubah brush size ikut kesesuaian dan hardness ke “0″

Pastu warnakan langit yang flat tadi supaya warna biru tu lebih hidup.

Kalau rasa nak tambah typo, dipersilakan. Untuk gambar ni aku buat typo yang simple je.
****
Ok, habis part 1, sekarang ni kita akan ke part 2. Gambar kat atas tu kalau diikutkan dah ok, cuma apa kata kita tambah mood gambar tu supaya lebih mengancam. Tak perlu software canggih-manggih, pakai photoscape je

Bukak photoscape.

Klik pada “Editor”

Pegi kat Filter>>Film Effect atau CTRL+F

Tetingkap Film Effect akan muncul.

Korang boleh pilih mana-mana effect yang korang nak. Tapi feveret aku ialah Cinema. Kalau dah siap pilih, tekan ok, pastu save.

Tadaa!!..hehe..
****
Ada soalan?
Related posts:





37 Comments to “Tutorial Photoshop | Repair Gambar Gelap”