Yeay! ( tiba-tiba..haha )
Pertama sekali saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2103 Masihi kepada semua pembaca TarmiziShukri’s Blog. Masa berlalu begitu pantas kan? Kalau duit banyak, memang nak upah je orang rakam hidup ni 24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari. Bila dah tua boleh tengok balik. Tapi memang mustahil nak rakam setiap saat dalam hidup kita. Sebab tu kena hargai tiap hembusan nafas yang Allah kurniakan dengan memberi apa yang terbaik kepada diri sendiri dan orang di sekeliling kita.
Untuk tahun 2013, saya sebenarnya dah rancang untuk buat satu lagi projek fotografi. Kalau korang ingat sebelum ni saya pernah anjurkan “Projek 30 Hari Ramadhan” dan “Projek Fotochantek” yang terhenti separuh jalan atas sebab kesibukkan yang melampau. Jadi tahun 2013 saya akan buat projek yang jauh lebih mencabar iaitu “Projek 365”.
Apa itu Projek 365?
Dari nama korang dah boleh agak, objektifnya ialah snap satu gambar setiap hari selama 365 hari. Projek ini pada asalnya saya nak buat pada 2011, masalah yang saya hadapi ialah kesulitan nak usung DSLR kehulu kehilir dan pada masa tu saya still guna “dumbphone” dengan kualiti gambar yang tak berapa memuaskan. Oleh sebab tahun ni dah guna iPhone, so memang takda masalah nak snap gambar setiap hari.
Tema
Projek 365 boleh dibuat mengikut tema contohnya self-potrait seperti yang dilakukan oleh Uncle Gedek, bagi yang ada anak, boleh snap gambar anak-anak setiap hari selama setahun, yang ada kucing, snap gambar kucing atau korang boleh buat tema bebas.
Saya tak plan lagi nak buat tema apa, mungkin bebas atau mungkin bertema.
“Projek 365”
Perancangan
Bukan senang nak buat projek ni sebab komitmen yang tinggi sangat diperlukan. Jadi kena rancang siap-siap, bukan rancang di kepala saja, tp kena ada hitam putih. Nak senang pecahkah kepada skala yang lebih kecil, buat satu tema untuk tiap minggu atau tiap bulan.
Hasil Akhir
Kalau dipanjangkan umur, pada 2014 saya akan publish gambar-gambar untuk Projek 365 dan saya akan cetak dalam satu album khas. Perlu diingatkan Projek 365 tak semestinya korang kena guna DSLR dan ambik gambar yang mantap, cukup sekadar gambar itu memberi makna atau membuat kita teringat kembali apa yang berlaku pada hari tersebut, kira macam “key event” untuk hari itu.
******
Projek 365 bukan sekadar nak ambik gambar je, tapi ia salah satu cara untuk kita mengimbas kembali kehidupan kita dan melihatnya dari perspektif yang berlainan. Sayangnya masa yang berlalu kita biarkan macam tu je, so dengan projek ni, atleast kita dapat tangkap secebis dari kehidupan kita dan simpan, manalah tau nanti dah ada cucu cicit bolehla tunjuk kat diorang apa yang atuk dan nenek mereka buat masa muda-muda..hehe
Amacam? Ada berani? 😉
Rujukan:
365 Ideas 11 Tips to Succeed with a Photo365 Project Consider Starting A Photography Project365 In The New Year 53 Weekly Themes For Your 2011 Project 365
good luck bro ! 🙂
dasyatnya hari-hari…kalau aku memang tak termampu nak fokus
Entri Terkini segalabenda – Pertandingan Fotografi Segalabenda.com Bulan Februari
wah..project besar nie bro..huhu
`
Entri Terkini BUATBEST ? – Isu Najib Razak Bercinta Dengan Rozita Che Wan ?
Terbaik lah. Semoga terus berjaya.
Entri Terkini daddydee – Lens Terbaru Canon : EF 24-70mm f/4L IS USM dan EF 35mm f/2L IS USM
Nak Try jugakla t 🙂
silakan 🙂
Wow, nak ciluk idea ni buleh. Tapi bukan setiap hari, seminggu sekali.
seminggu sekali pun boleh.. 🙂
Selamat melangkah ke tahun 2013. Nampaknya bro akan kembali all out untuk tahun 2013 ini.
Entri Terkini akubiomed – Penutup tahunku 2012 yang kacak
hehe, nak kata all out tu takla kot, kalau dah sambar dslr baru all out :p
mantap bro. moment2 tu sume sehari satu gambar..
dah tengok dah projek ramadhan dulu tu,meaningfull sume.
Entri Terkini izwanyusof – 3 Kali Pusing di Big Bad Wolf Books 2012
hehe, thanks bro 🙂