Projek Fotografi Sempena Ramadhan

4876514110 ed7f3c22b7 Projek Fotografi Sempena Ramadhan

Pejam celik pejam celik dah nak puasa, rasa baru semalam aku bukak puasa dengan member-member kat UPSI. Cuma tahun ni suasana lain sikit dan mungkin lebih bermakna sebab sepanjang bulan puasa aku akan bersama keluarga, tidak seperti tahun-tahun lepas sebelum aku ambik degree. Bila diimbas pengalaman pertama puasa tanpa keluarga, huh.. sayu, Tuhan je tau. Tapi nasib baikla ada seseorang yang menemani, rindu pulak nak berbuka puasa dengan….ehem2.. uhuk2…Ok2, berbalik kepada topik utama..hehe

Sempena puasa ni, aku dah rancang nak buat projek  “30 Hari Ramadhan”. Projek ni tiada kaitan dengan “30 Hari Mencari Cinta” ye..hehe.. Objektif utama aku buat projek ni adalah untuk shot gambar pada setiap hari di bulan Ramadhan. Bila dah habis puasa a.k.a Hari Raya, aku akan pilih satu gambar untuk setiap hari puasa. Contohnya, hari pertama aku akan pilih satu gambar yang aku rasa yang terbaik, hari kedua puasa pun aku pilih satu, dan begitulah seterusnya. Bilangan foto atau gambar bergantung kepada berapa hari kita puasa, kalau tahun ni puasa sampai 29 hari je, so ada 29 foto kesemuanya.

Secara ringkas berkenaan projek “30 Hari Ramadhan”


  • setiap hari puasa atleast shot satu gambar.
  • gambar akan dipublish untuk tontonan umum selepas habis puasa.
  • kena buat folder untuk setiap hari, so senang nak organize nanti.
  • kamera tak kisah, dslr, handphone, compact, lomo dsb.
  • tema bebas selagi ada kaitan dengan bulan Ramadhan seperti juadah berbuka, bazaar Ramadhan, gambar org baca Al-Quran dsb.

Ni merupakan projek fotografi pertama aku, dan warming up untuk projek “356″. Apa tu projek 365? Nanti aku brief kat korang kalau sempat. Projek ni memerlukan disiplin yang sangat tinggi so siapa2 yang nak join aku sangat alu2kan. Siapa2 yang baru berjinak dalam bidang fotografi sangat digalakkan join sebab projek ni melatih disiplin dan bantu korang improve dalam teknik2 fotografi. Tapi kalau nak join tu inform kat aku ye.

Akhir kata, selamat menyambut bulan mulia ramadhan, puasa elok2 terutama puasa mata bagi lelaki dan puasa mulut bagi wanita… 20x20 big smile Projek Fotografi Sempena Ramadhan

info terkini: sapa2 nak join boleh copy paste poster kat atas, boleh tampal kat blog korang 20x20 hell boy Projek Fotografi Sempena Ramadhan

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. Sony Alpha Workshop – Model Photo Shoot
  2. 3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca

11 Comments to “Projek Fotografi Sempena Ramadhan”

#1 Posted by jambatan (9 August, 2010 at 7:28 pm )

Macam menarik projek nih..boleh la join skli ek?

[Reply]

#2 Posted by tarmizishukri (10 August, 2010 at 3:55 am )

sila2 kalau nak join, lagi ramai lagi meriah :)

[Reply]

#3 Posted by tarmizishukri (10 August, 2010 at 6:38 am )

sila2, jangan malu :p

[Reply]

#4 Posted by Muhammad Hazwan Shamsuddin (11 August, 2010 at 9:24 am )

Saya nak join.
Gambar edit boleh ke abg?

[Reply]

#5 Posted by tarmizishukri (11 August, 2010 at 10:10 am )

boleh je klu nk join, nak edit boleh tp jgn over sgt smpai tak nampak keaslian gambar…

[Reply]

#6 Posted by Muhammad Hazwan Shamsuddin (11 August, 2010 at 11:51 am )

ok.. cuba abg tgk gambar saya dekat blog ni, ok ke tak:
http://ringgitwan.blogspot.com/2010/08/projek-3

[Reply]

#7 Posted by Muhammad Hazwan Shamsuddin (11 August, 2010 at 9:35 pm )

Haha.. Over pulak saya ni.. Ok.. Trimas abg..

[Reply]

#8 Posted by Bergambar sempena bulan Ramadhan | BLOG-AYIE (27 June, 2011 at 10:22 pm )

[...] Apa kata anda luangkan masa anda disini [...]

#9 Posted by Projek 30 Hari Ramadhan | TarmiziShukri's Blog (31 July, 2011 at 5:36 pm )

[...] yang ikut perkembangan blog aku dari tahun lepas, korang mesti tau tentang “Projek 30 Hari Ramadhan”. Seperti “Projek FotoChantek 2011″, projek ini pada asalnya aku nak buat sebagai [...]

#10 Posted by hazim (6 August, 2011 at 4:37 pm )

salam bro…x nk buat clss ke…aku ingt nk bljarlah..heheheheh

[Reply]

TarmiziShukri reply on August 6th, 2011:

boleh je nak buat kelas, asal sanggup dtg ke kuching :)








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: