Pada Ramadhan ke-13, aku buat “soft launch” untuk fanpage PixelPecah Studio. Setakat ni baru berbelas orang yang like, terima kasih kepada yang sudi like. Kat blog ni jarang aku upload gambar wedding yang aku ambik. Jadi kalau korang pegi fanpage PixelPecah Studio, korang boleh tengok hasil kerja aku yang tak seberapa tu…hehe.
Lepas fanpage, tiba masa untuk buat website pulak. Baru semalam aku sempat setup wordpress, tapi isi masih kosong lagi. Website PixelPecah nanti akan berkonsepkan minimalist, mungkin tema hitam atau putih. Aku tak nak fancy sangat sebab nak orang lebih fokus kepada gambar-gambar dan bukannya rekabentuk website.
Alhamdullilah, masa bulan puasa ni kerja-kerja yang tertangguh banyak yang dah aku siapkan. Tapi ramai yang aku lihat, bila puasa, kerja pun malas. Kerja itukan ibadah.
Baiklah,kalau korang ada idea untuk konsep website studio aku, bolehlah kongsi kat ruangan komen 😉
macam projek besar je ni haha, semoga berjaya….
taklah besar.. kecik2 je.. 😉
Saya tidak ada akaun Facebook tapi tanniah kepada bro kerana sudah ada studio sendiri
thanks.. 🙂