Plugin Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2010

4880135765 dcb90dc27d Plugin Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2010

Salam Ramadhan… Hari pertama puasa, baru je lepas sahur, tapi mulut ni dah kering 20x20 feel good Plugin Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2010

Untuk hari pertama puasa ni, rasanya eloklah aku kongsi benda yang ada kaitan dengan puasa. Kali ni aku tak kongsi tips fotografi, tapi nak share-share plugin yang baru aku install kat blog ni iaitu plugin Waktu Berbuka Puasa dan Imsak. Plugin ni dicipta oleh rakyat Malaysia sendiri,  iaitu Mr Kay dan isterinya, hebat kan? Bukan selalu kita dengan rakyat Malaysia buat plugin untuk wordpress ni. Plugin ni bagus sebab tak payah nak terkial2 tengok kat flyers  atau poster kat dinding,  jenguk je kat blog dah boleh tau waktu berbuka dan imsak.

Cuma satu kelemahan plugin ni ialah tak ada button nak tukar kawasan, hanya owner blog je boleh pilih kawasan yang nak dipaparkan, lepas publish kat blog, pengunjung blog hanya boleh nampak kawasan yang owner blog setkan. Sedikit kekurangan kat situ kerana pengunjung blog korang semestinya datang dari tempat-tempat yang berlainan. Apa-apa pun, thanks to Mr Kay dan isterinya sebab bagi inspirasi kat blogger2 kat Malaysia ni untuk buat plugin sendiri. Chaiiyokk! hehe…

Step nak install plugin ni sama seperti install plugin lain:

  1. Kat bahagian Add New Plugin, korang taip “Waktu Berbuka dan Imsak”
  2. Install
  3. Activate
  4. Pegi kat widgets, tarik plugin tu kat sidebar blog.

Sebelum terlupa, plugin ni hanya untuk pengguna WordPress Selfhosted sahaja. Supaya korang tak kecewa sebab tak dapat install plugin, ni link waktu berbuka dan imsak 2010 yang aku ambik dari website JAKIM 20x20 big smile Plugin Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2010

p/s- Bermulanya Projek 30 Hari Ramadhan, serius masih tak tau nak shot apa, moga2 kelaparan dan kehausan yang akan aku alami nanti dapat memberi inspirasi..hehe

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. Snapshot Di Sarawak Regatta 2010 Part 2
  2. Snapshot Di Sarawak Regatta 2010 Part 1
  3. Projek Fotografi Sempena Ramadhan
  4. Purnama 2010
  5. Post Blog Anda Secara Automatik Di Facebook
  6. Pameran Vespa, Motor Klasik dan Kereta Antik Antarabangsa 2010
  7. Software Jadual Perlawanan Piala Dunia 2010

2 Comments to “Plugin Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2010”

#1 Posted by nizarazu (3 August, 2011 at 3:44 pm )

tahun 2011 punya xde ke bro???

[Reply]

TarmiziShukri reply on August 3rd, 2011:

macam takde, jumpa yang 2010 je..








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: