TarmiziShukri's Blog

  • Utama
  • Tips Fotografi
  • Bengkel
  • Arkib
You are here: Home / Out Of Topic / Pesawat Air Asia Terbabas di Kuching

Pesawat Air Asia Terbabas di Kuching

Oleh Tarmizi Shukri Leave a Comment

Kongsi:
Facebook0
Twitter0
Pinterest0

crash

+ credit to Oh Media

Terkejut teramat sangat bila dengar berita tentang pesawat Air Asia yang terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Kes ni berlaku semalam. Kebetulan ayah aku balik hari ni dari KL.

KUCHING, 11 Jan (Bernama) — Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia terbabas ke tepi landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) malam tadi.

Bernama difahamkan empat orang dari pesawat AK5218 yang tiba dari Kuala Lumpur itu digegaskan ke Hospital Umum Sarawak, dipercayai mengalami cedera ringan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 10.20 malam dan jumlah mereka yang berada dalam pesawat itu belum dapat disahkan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin A.Rahman ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan kejadian.

Beliau berkata pihaknya telah pun menghantar pegawai bersama jurutera AirAsia untuk siasatan lanjut punca kejadian.

“Tunggu kenyataan daripada Menteri Pengangkutan hari ini kepada pihak media,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sementara itu seorang penumpang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Balai Ringin, Snowdan Lawan memberitahu pemberita, kejadian itu berlaku dalam keadaan hujan yang sangat lebat.

“Keadaan cuaca amat gelap dan pesawat melambung ke kiri dan ke kanan sebaik saja mendarat sebelum tiba-tiba terbabas ke kawasan bertanah di tepi landasan,” katanya.

Bernama difahamkan ada penumpang pesawat tersebut terpaksa berjalan kaki sejauh 800 meter untuk ke bangunan terminal.

Sementara itu sumber KIA memberitahu Bernama hari ini pesawat tersebut masih belum dialihkan dari tempat kejadian. — BERNAMA

Syukurlah semua penumpang selamat, dan syukur jugak sebab ayah aku tak naik flight tu.

Related

Filed Under: Out Of Topic11/01/2011

About Tarmizi Shukri

Founder, jurugambar & pereka bentuk grafik separuh masa di bawah label PikselPecah Studio. Separuh masa lagi merupakan pelajar peringkat Sarjana ni UPSI. Sangat suka tempe & kari ayam. ---> Facebook Page | Twitter

Sepatah Dua Kata Boleh?: Cancel reply

tips fotografi terbaik

# Entri Popular Minggu Ini

Kategori

Media Sosial

4,442 Peminat Setia
4,220
0
222
0

Penulis

Untitled-1

Tukang tangkap gambar & penulis di blog ini. Lagi mengenai penulis.

Instagram

Twitter

Tweets by @tarmizishukri
© 2009 - 2014 · Hakcipta Terpelihara · TarmiziShukri's Blog ·