Perisian Manipulasi Imej Untuk Kaki Tangkap Gambar

5344139450 7bd64a4e3f Perisian Manipulasi Imej Untuk Kaki Tangkap Gambar

Salam semua.

Atas permintaan, kali ni aku nak ulas secara ringkas beberapa perisian manipulasi imej atau dalam bahasa kampung aku “Image Editing Software”..hehe. Kat luar sana ada banyak jenis perisian untuk edit gambar. Kalau dilihat dari segi fungsi umum, semuanya sama je seperti level dan curve. Macam kereta jugak, mesti ada stering dan tayar. Yang membezakan cuma citarasa dan tahap kemahiran si penggunanya. So tanpa membuang masa, jom kita tengok jenis editing software yang ada;

5344311022 75b9c7d148 Perisian Manipulasi Imej Untuk Kaki Tangkap Gambar

+ thanks to Muhd Nur Hafizi

Adobe Photoshop

5344160858 612502c147 Perisian Manipulasi Imej Untuk Kaki Tangkap Gambar

Siapa tak kenal dengan Photoshop aku suggest korang terjun bangunan sekarang..hehe.. Tak dinafikan Photoshop merupakan editing software yang paling popular setakat ini. Kebanyakan artis grafik digital kat dunia ni menggunakan Photoshop sebagai perisian utama dalam karya mereka. Versi terkini Photoshop ialah CS5. Sesuai untuk beginner sehingga pro kerana Adobe Photoshop sangat mudah untuk dipelajari, bagi mereka yang rajin explore.

Adobe Photoshop Elements

5343558213 5079f399ed Perisian Manipulasi Imej Untuk Kaki Tangkap Gambar

Photoshop Elements bolehlah diumpamakan versi yang lebih mudah daripada Photoshop. Kalau Photoshop, fungsinya adalah pelbagai dari mengedit gambar, buat banner, lukisan digital dan lain-lain lagi. Photoshop Elements pula memang khusus untuk mengedit gambar. Aku dah lama tak pakai Elements, so tak tau sangat perkembangan Elements ni. Tapi dari pengalaman aku, Photoshop Elements memang sesuai untuk newbie user dan mereka yang baru berjinak dalam fotografi.

Adobe Photoshop Lightroom

5344162998 7202090390 Perisian Manipulasi Imej Untuk Kaki Tangkap Gambar

Satu lagi editing software dari Adobe iaitu Photoshop Lightroom. Tak banyak yang aku nak cerita sebab lebih kurang sama dengan Photoshop cuma ditambah dengan fungsi mengurus gambar. Cuma Lightroom ni aku rasakan agak advance dari Photoshop sebab Lightroom memang khas untuk tujuan image editing. So bila pakai Lightroom korang akan nampak barmacam jenis graf dan detail mengenai gambar seperti shutter speed, aperture dan ISO.

The Gimp

5344265166 caa52d1d96 Perisian Manipulasi Imej Untuk Kaki Tangkap Gambar

Perisian sumber terbuka (open source) yang diberi nama The Gimp ni asalnya dibuat untuk Linux. Tapi sekarang versi Windows dan Mac pun ada. Kebanyakkan tool dalam Gimp boleh dijumpai pada Photoshop seperti levels, channels, dan curve. Filter pun lebih kurang sama je dengan Photoshop. Takda beza sangatlah dengan Photoshop pada pendapat aku, cuma navigation pada menu dan icon je lain sikit.

Photoscape

5344166960 23cc0805d2 Perisian Manipulasi Imej Untuk Kaki Tangkap Gambar

Walaupun simple, tapi Photoscape mempunyai fungsi yang tiada pada Adobe Photoshop dan software-software yang aku sebut kat atas tadi. Antaranya batch editing, dimana korang boleh edit banyak gambar secara serentak. Batch editing sangat berguna terutama bila korang nak letak watermark kat gambar. Kalau satu dua gambar, boleh lagi pakai Photoshop, tapi kalau dah 1oo gambar? Lagi satu yang best kat Photoscape ni ialah fungsi filter. Korang boleh ubah “mood” gambar dengan mengubah tone warna dengan fungsi filter seperti yang aku tunjuk kat entri “Repair Gambar Gelap”. Banyak lagi fungsi yang best, korang rajin-rajinlah explore sendiri.

Ulead Photoimpact

5343560705 f2f0e4082c Perisian Manipulasi Imej Untuk Kaki Tangkap Gambar

Sebelum aku pakai Photoshop, aku belajar edit gambar dengan software Photoimpact. Photoshop dan Photoimpact 90% sama dari segala aspek, cuma Photoimpact ni boleh dikatakan lebih mesra pengguna. Nak edit gambar pakai Photoimpact memang senang, sebab korang hanya perlu klik pada preset di sebelah kanan untuk mendapatkan efek yang dikendaki, tak seperti di Photoshop dimana korang perlu bermain dengan setting-setting yang kadang-kadang agak susah untuk dipelajari. Lagi satu, korang boleh save dan open file yang berformat .psd.

***

Selain dari software-software yang aku sebutkan di atas, ada banyak lagi software yang korang boleh cuba seperti Picasa dan Picnik. Kalau boleh jangan terlalu “setia” dengan Photoshop, cuba explore yang lain sebab setiap software ada kekuatan masing-masing. Mungkin lepas ni aku akan buat review yang lebih detail tentang software atau perisian yang aku dah sebutkan di atas.

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. Tutorial Photoshop | Repair Gambar Gelap
  2. Rotate Gambar Secara Automatik
  3. Semua Dalam Satu Dengan Digsby
  4. Elak Gambar Blur Dengan Tips-Tips Ini
  5. Sony Alpha Workshop – Model Photo Shoot
  6. 12 Imej Memukau Infrared Photography
  7. Aku, Aidiladha dan Gambar Rosak
  8. PP Awak Cantiklah??
  9. Contest Gambar BEST!! By Asada
  10. Teknik Photography Paling Kool Yang Anda Wajib Belajar

15 Comments to “Perisian Manipulasi Imej Untuk Kaki Tangkap Gambar”

#1 Posted by mie (11 January, 2011 at 6:40 am )

thankz for sharing….
memang nak tahu info ttg ni
Entri Terkini mie – Maher Zain Live Concert In MalaysiaMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 11th, 2011:

thanks mie.. ;)

#2 Posted by akubiomed (11 January, 2011 at 3:54 pm )

Saya suka pakai GIMP dan Photoscape yang tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman photo editing
Entri Terkini akubiomed – Elakkan serangan jantung dengan amalan kehidupan yang sehatMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 11th, 2011:

Yup, dua2 tu memang senang nak guna..

#3 Posted by esyam (11 January, 2011 at 7:01 pm )

lightroom memang best tp macam susah sikit, ko power ka lightroom nnti leh buat tutorial kt sini haha…

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 11th, 2011:

nak kata power taklah sangat, smpai sekarang masih terkapai2 nak guna lightroom ni.. nnti kalau dah terer aku buat tutorial :)

#4 Posted by Amirez (16 January, 2011 at 12:18 am )

thanks for sharing. selalu guna photoscape utk buat minor editing. nak guna photoshop tak reti sangat dengan fungsi2 yg ada hehe. apa kata buat tutorial utk edit gambar guna photoshop ;) Entri Terkini Amirez – Dia Tunda Bayar Hutang LagiMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 16th, 2011:

InsyaAllah lepas ni aku akan perbanyakkan tutorial photoshop.

#5 Posted by luthfiah (28 February, 2011 at 5:00 pm )

sampaii laa ni aku xreti gne photoshop….. =( =( =( =(

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 28th, 2011:

ada tutorial kat blog ni, follow je :)

#6 Posted by Projek 30 Hari Ramadhan #6 | TarmiziShukri's Blog (8 August, 2011 at 12:57 am )

[...] mulanya, sebab takda pengalaman langsung buat album ni. Yang paling aku risau apa yg aku edit dalam photoshop tak sama dengan yang di print. Kalau tak sama, mampus.. kena adjust balik dalam photoshop. Bukan [...]

#7 Posted by rasyidtayib (9 January, 2012 at 5:16 pm )

TS…Sya baru lagi dlm bidang ni, ikut umur x sesuai rasanya nak joint,tpi minat dtg apbila anak2 mahukan kamera…tlong cdangkan jenis apa yg sesuai & klu ada kursus maklumkan dngan emailkan…tq

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 11th, 2012:

untuk beginner, ambik model2 macam Canon 1100d, Nikon d5100 atau Sony a500

[...] crop, kalau rajin, crop sendiri, mesti lagi lawa. lepas dah siap suma, korang edit la pakai Adobe Photoshop atau [...]

#9 Posted by Amer Asyraf (1 May, 2012 at 10:29 pm )

uke mr tarmizi.. semua entri ko seriously terbaik!!

thanks dengan ilmu.. sbb ada benda ak ada semua kau ada,… so kepada yang suka bersnap2 2 untuk dijadikn hobby elok la tengok web nie..

Mr.23

[Reply]








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: