Penyakit Yang Paling Ditakuti oleh Photographer, Graphic Artist dan Blogger

RSI Penyakit Yang Paling Ditakuti oleh Photographer, Graphic Artist dan Blogger

Seorang graphic/web designer dan photographer memang tak dapat  dipisahkan dari komputer. Mengadap komputer/laptop selama berbelas-belas jam memang dah menjadi rutin harian. Masa belajar kat U dulu, kalau tak pegi kelas, aku memang akan melekat depan laptop. Hidup ni rasa tak lengkap kalau tak mengadap laptop. Pernah masa aku sekolah dulu pc rosak seminggu, memang rasa nak gila. Sekarang ni pulak, kena ada kombinasi laptop + internet. Ada laptop saja pun tak guna, boleh pitam dibuatnya..hehe.

Dipendekkan cerita, bila dah mengadap laptop lama sangat, macam-macam penyakitlah yang datang. Pertama sekali kegemukan. Sejak dari azali lagi, berat aku masa kat sekolah tak pernah naik 53kg. Selepas aku beli laptop masa belajar di UPSI, berat aku naik 8kg dalam masa sebulan setengah. Sekarang berat aku 85kg, harap-harap tak naik lagi  20x20 confuse Penyakit Yang Paling Ditakuti oleh Photographer, Graphic Artist dan Blogger

Computer Workstation Variables Penyakit Yang Paling Ditakuti oleh Photographer, Graphic Artist dan Blogger

+ postur badan yang betul

 

Penyakit kedua ialah RSI. Apa itu RSI?

RSI atau dengan nama lain “cumulative trauma disorder” atau “repetitive motion injury” adalah sejenis kecederaan yang berlaku kepada tisu lembut di dalam badan seperti tisu otot, saraf dan sendi menjadi sakit dan membengkak. RSI sering dilaporkan berlaku kepada mereka yang melakukan kerja yang sama berulang kali seperti di kilang pemasangan, bahagian penbungkusan, menjahit, bermain alatan muzik dan pekerja komputer. Banyak pekerjaan yang melibatkan tugas anggota badan melakukan kerja yang sama boleh pada jangka masa yang lama terdedah kepada masalah ini.

Sumber: http://www.mymasjid.net.my

Masa aku Tingakatan 6 dulu, adalah jugak belajar pasal RSI ni. Salah satu sebabnya ialah postur badan yang tak betul ketika menggunakan komputer, terutama cara memegang mouse. Sejak kebelakangan ni aku memang banyak menghabiskan masa di depan laptop. Seawal jam 9 dah depan laptop, pastu mandi jam 12, lepas mandi aku akan mengadap laptop sehingga petang, tak makan tengah hari satu perkara biasa. Dah berbulan-bulan macam ni, last-last aku sendiri kena RSI.

M3301298 Repetitive strain injury SPL Penyakit Yang Paling Ditakuti oleh Photographer, Graphic Artist dan Blogger

+ Posisi tangan yang tidak betul ketika menaip

Tangan kanan aku akan rasa sakit bila pegang barang. Even nak makan pun sakit dan sebagai seorang photographer dan web/graphic designer, RSI sangat-sangatlah mengganggu kerja aku. Bulan 6 ni pulak aku ada 2 job wedding, so doa-doakan tangan aku ni cepat sembuh ye.

Satu lagi, RSI ni lebih kurang sama macam seliuh, bezanya bila seliuh korang dah sembuh, sakit tu akan hilang terus. tapi RSI, sekali korang kena, kesakitannya akan berpanjangan. Mungkin akan sembuh sekejap, tapi kesakitannya akan datang balik jika korang terus mengamalkan postur badan yang salah.

DSC09325 Penyakit Yang Paling Ditakuti oleh Photographer, Graphic Artist dan Blogger

+ Huhu ~  20x20 too sad Penyakit Yang Paling Ditakuti oleh Photographer, Graphic Artist dan Blogger

Jadi itu saja bebelan dari aku. Bagi yang join Projek FotoChantek untuk bulan ni, keputusan akan diumumkan pada 1 Jun. Jangan lupa suruh rakan-rakan like gambar korang. Last but not least, tolong vote aku untuk kategori “Picture of The Year”.

p/s – nak taip entri ni pun rasa azab  20x20 too sad Penyakit Yang Paling Ditakuti oleh Photographer, Graphic Artist dan Blogger

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. Brand DSLR Mana Yang Paling Bagus?
  2. Bila Handphone Dicuri Oleh Orang Yang Dikenali
  3. Teknik Photography Paling Kool Yang Anda Wajib Belajar
  4. 5 Blog Blogger Lelaki Terbaik
  5. 14 Gambar Haiwan Paling Lawak!

18 Comments to “Penyakit Yang Paling Ditakuti oleh Photographer, Graphic Artist dan Blogger”

#1 Posted by Faaein Talip Roy (28 May, 2011 at 3:43 pm )

penyakit yang selalu orang tak sedar ni.. semoga cepat smbuh..

alahai terlepas nak join.. -__-

[Reply]

TarmiziShukri reply on May 30th, 2011:

takpe, join yang bulan depan ;)

#2 Posted by ct amyna (28 May, 2011 at 9:37 pm )

alalalaaa…syannye dier… semoga cepat semboh ye encik miji… (“,)v

[Reply]

TarmiziShukri reply on May 30th, 2011:

kesian je? ;p

#3 Posted by akubiomed (29 May, 2011 at 12:57 pm )

Masalah ini selalu melanda kerana ada masalah ergonomik. Dulu saya ada masalah kesakitan kerana terlalu mengunakan mouse untuk bermain gami di PC

[Reply]

TarmiziShukri reply on May 30th, 2011:

Ya, lama sangat pegang mouse boleh jd puncanya..

#4 Posted by Amirez (29 May, 2011 at 8:28 pm )

aku pun pernah sakit kat pergelangan tangan dulu. dulu masa banyak dihabiskan depan laptop. baru tau rupanya sakit ni dinamakan RSI. sakit belakang pun sama gak rasanya kot…
Entri Terkini Amirez – Misteri Villa Nabila di Johor BahruMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on May 30th, 2011:

RSI ni kalau serius wajib kena bedah.. try goggle gambar pembedahan, serius insaf terus..hehe

#5 Posted by efa (30 May, 2011 at 1:52 pm )

mudahan ktk cepat sembuh.. kmk pun ada juak kenak, tapi bhgn lain, sakit ada jak rasanya
Entri Terkini efa – Tourist Guide di KuchingMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on May 30th, 2011:

thanks..moga ktk cepat sembuh juak..

#6 Posted by yaaser (31 May, 2011 at 12:47 pm )

oh. baru tahu pasal bende ni. Apepun syafakallah.
Entri Terkini yaaser – Macam ni la bila idea melimpah ruah!My Profile

[Reply]

#7 Posted by Azlan (8 June, 2011 at 3:59 pm )

tok kira masalah ergonomik menyebabkan ‘carpal tunnel syndrome’

[Reply]

TarmiziShukri reply on June 30th, 2011:

apa? kapal singh? hehe…
Entri Terkini TarmiziShukri – Wordless Wednesday #6My Profile

#8 Posted by innanie the lawyer (29 June, 2011 at 1:34 pm )

Nah ini ada entry yang boleh membantu En. Tarmizi

http://coklateyes.blogspot.com/2011/06/tips-untuk-anda-jadi-top-3-cara-mudah.html
Entri Terkini innanie the lawyer – Tips Untuk Anda Jadi Top : 3 Cara Mudah Hindarkan Penyakit RSIMy Profile

[Reply]

#9 Posted by RatuTakCantik (29 June, 2011 at 11:49 pm )

:) berguna sangat!!
Entri Terkini RatuTakCantik – Tak Lama Lagi ‘Lelaki Itu’ Akan Menikah (Bhg1)My Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on June 30th, 2011:

hehe :) Entri Terkini TarmiziShukri – Wordless Wednesday #6My Profile

#10 Posted by dilla (21 February, 2012 at 10:13 pm )

nak tau ni… RSI dalam BI, klu BM kite panggil pe ye? “Kecederaan Berulang” ke? ade nama lain yang boleh difahami oleh mereka yang 1st time dgr nama penyakit ni x….

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 22nd, 2012:

“Kecederaan sendi berulang” kalau tak silap ;)








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: