+ sekadar gambar hiasan
Sejak sekolah lagi aku dah dengan cerita-cerita mengenai anjing yang boleh terbang. Tapi masa tu aku ni jenis memang tak percaya benda-benda karut. Yelah, mana logik anjing boleh terbang, lainlah dalam cerita Hollywood. Namun selepas aku dapat gambar-gambar ni dari kawan aku yang belajar oversea, persepsi aku dengan cerita-cerita pelik ni terus berubah. Yelah kan, kuasa Tuhan, apa-apa boleh jadi.
Gambar-gambar ni bukan dari kamera handphone yang kabur, tapi dari DSLR yang jelas menunjukkan anjing tu terbang. Bukan Photoshop, tak percaya, tengok sendiri.

Kan? Aku dah cakap, ada anjing boleh terbang..hehe..

Ha.. yang ni terbang pakai telinga..

Anjing tengah mendarat..

Lumba siapa paling laju terbang…

Kaki tak jejak rumput, memang sah tengah terbang..

Baju pun dah macam superman..

Tak payah susah-susah lari ambik bola, terbang je..
*****
Sekarang korang percaya kan yang ada anjing yang boleh terbang? haha..
Ok2.. Gurau-gurau ye. Sebenarnya apa yang aku nak tunjukkan ialah teknik “fast shutter speed” yang digunakan untuk membekukan atau “freeze” pergerakan sesuatu objek. Kalau nak dapat hasil seperti gambar-gambar diatas, ikut langkah berikut.
1. Setkan mode S pada DSLR
2. Setkan shutter speed kepada 1/250 dan ke atas. Pastikan exposure seimbang. Kalau gelap, naikkan ISO.
3. Gunakan Continuous Shot atau Burst Mode. Kalau korang ada DSLR yang boleh shot sampai 7 frame persaat lagi bagus.
4. Focus Mode pulak, korang setkan kepada AF-C (Continuous Auto Focus).
5. Cari anjing yang sedang berlari..hehe.. Kalau tak jumpa, kucing, kuda, singa pun boleh
![]()
6. Sepanjang subjek berlari, tekan je shutter, snap sampai korang puas hati.
7. Tengok hasil.
Teknik ni mungkin dah ramai yang tau, tapi tak ramai yang mencuba untuk membekukan pergerakan yang tak boleh dilihat dengan mata. Contohnya macam gambar di atas. Jadi lepas ni cuba berkreatif dengan kamera korang, terutama yang beli DSLR mahal-mahal tu. Setakat nak camwhore je, baik tak payah beli. Buang duit je. Betul tak?
Jangan lupa undi Amoi untuk kategori “Picture of The Year”
Related posts:
- Perisian Manipulasi Imej Untuk Kaki Tangkap Gambar
- DSLR terbaru dari Sony Alpha
- Aku, Aidiladha dan Gambar Rosak
- Brand DSLR Mana Yang Paling Bagus?
- Tips Beli Kamera/DSLR Terpakai
- Elak Gambar Blur Dengan Tips-Tips Ini
- Jom Undi Gambar Amoi Ini
- Tips Ambik Gambar Wedding Untuk Newbie
- Tukar Mood Gambar Dengan Photoscape Film Effect
- Contest Gambar BEST!! By Asada






31 Comments to “Pemilik DSLR Tangkap Gambar Anjing Terbang”