TarmiziShukri's Blog

  • Utama
  • Tips Fotografi
  • Bengkel
  • Arkib
You are here: Home / Kontest / Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Jun

Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Jun

Oleh Tarmizi Shukri 11 Comments

Kongsi:
Facebook0
Twitter0
Pinterest0

Pejam celik pejam celik kita dah sampai bulan Julai rupanya. Rasanya baru je semalam aku dapat idea nak buat Projek FotoChantek ni. Idea yang mulanya untuk diri sendiri tapi difikirkan ada baiknya ajak pembaca blog ni join sekali. Sama-sama meningkatkan kualiti dari hasil hobi yang mahal. Baru berbaloi, betul tak?

Sebelum aku umumkan pemenang untuk bulan ni, aku nak jelaskan sikit isu hadiah yang tertangguh. Setakat ini sudah ada 5 pemenang, tapi cuma ada 2 orang je yang dah bagi maklumat yang aku nak. So aku tak boleh bagi hadiahnya kat mereka yang tak bagi maklumat ni. Antara sebabnya, lepas menang senyap je, terus tak ikut perkembangan projek dari blog ni. Jadi aku ambik keputusan untuk bagi hadiah sehingga habis projek ni.

Perlu diulangi, apa yang aku buat ni bukan kontest, tapi lebih kepada projek, hadiah tu aku beri sebab taknak korang rasa tak berbaloi bila join projek ni. Sebenarnya objektif projek fotochantek ialah nak meningkatkan skill fotografi melalui komen-komen yang aku beri setiap bulan.

Jangan samakan projek ni dengan kontest-kontest blog lain ye. Sebab gambar korang dinilai oleh mereka yang mahir dalam bidang ni, bukan aku yang menilai, sebab aku sendiri pun hanya amatur dalam bidang ni.

Oklah, cukuplah aku merepek.. 🙂

Agak-agaknya gambar siapa yang terpilih bulan ni? Pihak juri semua pening-pening dah nak menilai gambar korang. Walaupun penyertaan tak semeriah bulan lepas, tapi rata-rata gambar yang korang hantar bagus-bagus belaka. Tanpa buang masa, inilah gambar yang terpilih untuk bulan ni, berdasarkan markah dari juri dan bilangan like.

Tahniah kepada Murid Dslr

Ni merupakan smoke photography. Slow shutter digunakan untuk menampakkan efek asap seperti yang korang tengok. Teknik slow shutter jugak digunakan dalam menghasilkan light grafitti atau light trail. Takda banyak sangat yang aku nak komen untuk gambar ni. Komposisi gambar seimbang kiri kanan dan pencahayaan yang cantik. Yang penting gambar ni simple dan tak serabut. Itu yang aku nak sebenarnya, gambar yang simple, tapi menarik. Sekali lagi tahniah kepada Murid DSLR.

Baiklah, untuk bulan Julai pulak, temanya sedikit pelik, dan agak mudah, tapi memerlukan korang berfikir sekreatif yang boleh…hehe.

Resit


Amacam? Senang ke susah? Korang fikirlah cara nak tangkap gambar resit supaya nampak menarik. Orang cakap, kalau kita kreatif, gambar sampah pun boleh jadi cantik.

Related

Filed Under: Kontest04/07/2011

About Tarmizi Shukri

Founder, jurugambar & pereka bentuk grafik separuh masa di bawah label PikselPecah Studio. Separuh masa lagi merupakan pelajar peringkat Sarjana ni UPSI. Sangat suka tempe & kari ayam. ---> Facebook Page | Twitter

Ruang Sembang

  1. nadia says

    13/07/2011 at 11:32 AM

    chantek la gambar asap tuh. leh gtaw setting tak…hehehhehee.

    Reply
    • TarmiziShukri says

      14/07/2011 at 12:54 AM

      insyaAllah nnti tutorial akan menyusul 🙂

      Reply
  2. faizul says

    05/07/2011 at 11:35 PM

    bagi yg xde slr camne ye.. mmg berminat juga ni.. ade contest lg tak?. ihihihihi

    Reply
    • TarmiziShukri says

      06/07/2011 at 12:11 AM

      tak perlu ada slr sebenarnya, kamera biasa pun boleh.. hehe..

      Reply
  3. Izwan says

    05/07/2011 at 12:24 PM

    sebelum baca ingat nak masuk la bulan ni.
    tengok tema.. resit.. :[
    hehe.. ape leh buat ngan resit eh..hurmm… 8)

    Reply
    • TarmiziShukri says

      05/07/2011 at 3:51 PM

      hehe.. fikir sampai pecah kepala 🙂

      Reply
  4. akubiomed says

    05/07/2011 at 1:45 AM

    Saya suka gambar ubat nyamuk dan shot menarik dari murid DSLR. Tanniah

    Reply
    • TarmiziShukri says

      05/07/2011 at 3:55 PM

      ya, memang sangat menarik..

      Reply
  5. Amirez says

    04/07/2011 at 4:27 PM

    tahniah murid DSLR 🙂

    Reply
  6. ct amyna says

    04/07/2011 at 3:42 PM

    roti kahwin tu roti ape? ;p

    cantek gmbr ni… simple n nice. (“,)v

    Reply
    • TarmiziShukri says

      05/07/2011 at 3:50 PM

      ntahla, tak ingat dah mcm mana rupanya..hehe

      Reply

Sepatah Dua Kata Boleh?: Cancel reply

tips fotografi terbaik

# Entri Popular Minggu Ini

Kategori

Media Sosial

4,442 Peminat Setia
4,220
0
222
0

Penulis

Untitled-1

Tukang tangkap gambar & penulis di blog ini. Lagi mengenai penulis.

Instagram

Twitter

Tweets by @tarmizishukri
© 2009 - 2014 · Hakcipta Terpelihara · TarmiziShukri's Blog ·
 

Loading Comments...