
Seperti yang dijangka, projek bulan Julai tak mendapat sambutan. Masa aku beri tema “resit” ni, aku cuba nak naikkan tahap kesukaran dan tengok bagaimana korang menterjemahkannya. Apa yang aku cuba sampaikan untuk tema bulan ni ialah bagaimana satu objek yang biasa boleh nampak cantik dengan teknik penggunaan kamera yang betul.
Jadi untuk bulan ni, ada dua orang sahaja yang sumbit gambar di fanpage. Tahniah aku ucapkan Fiklah dan Fauziah sebab berani mencuba. Hanya diorang ni je yang submit. Yang lain hilang entah ke mana.
Perlu diingatkan, pemenang utama yang aku pilih nanti bukan berdasarkan gambar yang cantik sahaja, kesungguhan dan banyak lagi aspek lain. So pastikan korang submit tiap-tiap bulan, cantik ke tak itu cerita lain. Yang penting ada niat nak mencuba.
Kamera Sony ini akan menjadi milik peserta yang layak
Baiklah, lupakan projek bulan lepas. Sekarang aku nak umum tema baru yang sangat senang. Harap bulan ni ramai yang submit karya masing-masing. Jadi tema untuk bulan ini ialah:

Ramadhan
Korang boleh sumbit apa-apa sahaja gambar yang berkaitan dengan bulan Ramadhan. Gambar sekitar bazaar, juadah berbuka, gambar family korang tengah berbuka atau gambar orang tengah mengaji. Selagi ada kaitan, upload je.
Untuk pengetahuan korang jugak, aku ada buat satu projek khas iaitu “30 Hari Ramadhan”. Alhamdulillah buat masa ni berjalan lancar.
Oklah, dah jam 6, nak sediakan juadah berbuka. Selamat berbuka untuk semua
Related posts:
- Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Mei
- Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Mac
- Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Februari
- Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Januari
- Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Jun
- Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan April
- Projek 30 Hari Ramadhan
- PROJEK FOTOCHANTEK 2011
- Projek 30 Hari Ramadhan #1
- Projek Foto Chantek 2011


sekadar mencuba untuk mendapatkn pndangan orang yg lbih expert dlm bdg ni.. wahhh!! tema bulan ni sangat menarik! 


7 Comments to “Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Julai”