Panduan Menggunakan Facebook Secara Selamat

facebook privacy Panduan Menggunakan Facebook Secara Selamat

+ gambar ihsan geekosystem

Salam 1Malaysia kepada pembaca setia TarmiziShukri’s Blog.. Chewah, dah macam Denaihati pulak.. 20x20 big smile Panduan Menggunakan Facebook Secara Selamat

Baiklah, kali ni nak kongsi sikit pasal tips menggunakan Facebook secara selamat. Sebenarnya bukan tips pun, sekadar nak mengingatkan mereka yang lupa termasuk aku sendiri. Kalau ikut statistik, Malaysia merupakan antara negara yang ke-16 paling ramai menggunakan Facebook.

Bangga? Tunggu dulu, sebab kita juga antara yang terbangang kerana memiliki purata kawan yang ramai berbanding negara-negara lain sebab orang kita main “accept” je siapa yang “add”. Spam? tak payah cakaplah, orang kita memang “champion” bab-bab menyebar spam di Facebook. Atas kesedaran inilah aku kongsi panduan ni untuk peringatan kita semua agar keselamatan kita di alam Facebook terjamin.

1. Kata Laluan

Image 005 Panduan Menggunakan Facebook Secara Selamat

Kalau boleh, gunakan kata laluan yang panjang dari gabungan huruf, nombor dan simbol. Jangan sesekali menggunakan kata laluan dari gabungan nama dan tarikh lahir contohnya “tarmizi86″.

Korang boleh pegi ke Microsoft Password Checker untuk menyemak kekuatan kata laluan facebook korang.

 

2. Friend Requests

funny ads wonderbra friend requests Panduan Menggunakan Facebook Secara Selamat

Ni penyakit serius, pantang tengok orang “add”, terus nak “accept”. Sepatutnya yang kita tak kenal, “reject” terus. Manalah tau itu akaun palsu. Penjenayah pun dah ada akaun facebook sekarang, makin senang kerja diorang. Korang tayang-tayang body kat Facebook, akhirnya kena rogol sebab korang sendiri yang “accept” perogol tu. Kes ni pernah terjadi, bukan setakat rogol tapi dibunuh sekali.

 

3. Maklumat Peribadi

facebook101625033 Panduan Menggunakan Facebook Secara Selamat

Maklumat peribadi seperti alamat kediaman dan nombor telefon tak sepatutnya dikongsikan di alam maya. Kecuali kepada rakan-rakan terdekat sahaja. Em, dalam kes-kes tertentu, kawan rakan terdekat pun tak boleh dipercayai jugak..hehe.

Apa kata korang klik pada account>privacy setting>customize setting dan ubah tetapan yang ada supaya maklumat peribadi korang tak terlalu “public”.

 

4. Sembunyikan Alamat Email

CustomPrivacy thumb Panduan Menggunakan Facebook Secara Selamat

Alamat email yang aku maksudkan kat sini ialah email yang korang gunakan untuk login kat facebook. Wajib bagi korang untuk setkan email tersebut supaya tidak boleh dilihat oleh sesiapa pun. Kenapa? Kalau korang paparkan email untuk korang login Facebook, mereka yang berniat jahat cuma perlu teka kata laluan untuk hack akaun Facebook korang.

 

5. Spam

Osama Spam posts on Facebook Panduan Menggunakan Facebook Secara Selamat

Ni satu lagi penyakit orang-orang kita, pantang tengok link, mesti nak klik, walaupun kita tak tau link tu datang dari mana. Pernah dulu aku tegur seorang sahabat yang suka klik-klik spam ni, boleh pulak dia cakap kat aku “ala, tak ada apa pun kalau klik, aku hanya menyampaikan, tak salah kan?” Kepala hotak dia tak salah. FYI, Spam ni boleh “tarik” maklumat peribadi kita seperti kata laluan, email dan sebagainya. Jadi harap lepas ni takda lagi yang suka klik-klik spam ni.

 

6. Https

Image 003 Panduan Menggunakan Facebook Secara Selamat

Https merupakan satu protokol untuk menjamin keselamatan pengguna internet. Biasanya digunakan di laman web seperti bank dan laman web kerajaan. Di facebook korang boleh tukar protokol ni di Account>Account Setting>Account Security. Klik pada https. Nak tau lebih lanjut pasal Https, korang boleh rujuk kat sini.

 

7. Gambar Ghairah

Image 006 Panduan Menggunakan Facebook Secara Selamat

+ gambar profil aku tiada unsur-unsur ghairah

Kepada gadis-gadis, janganlah upload gambar ghairah/seksi korang kat facebook. Sebab lelaki yang korang “tarik” dengan gambar tersebut bukannya berakhlak baik. Setan semuanya. Diorang cuma nak “rasa” korang je. Dah dapat “sedap”, korang akan ditinggalkan. Lepas tu buat laporan polis, kena rogol konon, padahal salah diri sendiri.

*****

Sebenarnya ada banyak lagi pantang larang bila menggunakan Facebook ni, tapi yang di atas antara yang utama. Kalau korang ada tips-tips lain, silalah berkongsi di ruangan komen. Sekian.

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. Post Blog Anda Secara Automatik Di Facebook
  2. 5 Sebab Akaun Facebook Anda Di Banned
  3. Facebook Ancam Flickr
  4. 9 Jenis Pengguna Facebook Yang Hm… Malas Nak Cakap.
  5. Tutorial | Profail Facebook Baru Yang Cool
  6. Berkreatif Dengan Facebook
  7. Rotate Gambar Secara Automatik
  8. Download Album Facebook Dengan 1 Klik
  9. Penipuan Maybank2u
  10. Panduan Memilih Exposure Mode

15 Comments to “Panduan Menggunakan Facebook Secara Selamat”

#1 Posted by pu3mas89 (11 June, 2011 at 12:57 pm )

amazing.. like !

[Reply]

TarmiziShukri reply on June 12th, 2011:

makseh2 :)

#2 Posted by adiffa (12 June, 2011 at 8:20 am )

Salam…bro aku ade masalah cikit.Aku baru nak bjinak² buat blog.Tp bila dh siap aku nk try search kat google or yaho tp dia x display blog aku…naper ekk..TOLONG!!!!!!!!

[Reply]

TarmiziShukri reply on June 12th, 2011:

pakai blogspot atau wordpress self hosted?

#3 Posted by adiffa (12 June, 2011 at 5:36 pm )

blogspot bro.

[Reply]

TarmiziShukri reply on June 12th, 2011:

dah daftar dengan google webmaster tak?

adiffa reply on June 16th, 2011:

Dh bro tp aku x tau nk buat ape lepas 2. maklum la belajo x tinggi…

#4 Posted by Amirez (12 June, 2011 at 9:08 pm )

nice tips mizi.
perkara2 ni kena hebah2kan selalu.
tapi ada gak yg tak berapa ambik endah sgt pasal ni huhu
Entri Terkini Amirez – Bukan Daudsu Punca Kekalahan Kelantan di Final Piala FA 2011My Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on June 13th, 2011:

ya, ramai yg tak ambik endah, bila kena hack cakap hackers bodo, padahal sendiri yg cuai..

#5 Posted by faizul (12 June, 2011 at 11:12 pm )

aku suka tips no. 8 tu. Terbaekk..!! lepas ni nak tukar setting.
TQ Bro..

[Reply]

TarmiziShukri reply on June 13th, 2011:

sama2 ;)

#6 Posted by faras (25 June, 2011 at 3:15 pm )

thanks…. walopown juling2 mate bace.. huhuhuhu….

info yang terbaik.. remark.. masok dalam notpad ;) Entri Terkini faras – MALAYSIA VS LUBNANMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on June 25th, 2011:

jgn juling2..hehe…

#7 Posted by Cara Menyembunyikan Nombor Telefon Dari Umum | TarmiziShukri's Blog (10 August, 2011 at 7:24 pm )

[...] umum. Sebenarnya isu ni dah lama, tapi pelik baru ramai yang perasan. Ada yang tanya macam mana nak tukar setting supaya no telefon tak boleh dilihat oleh orang lain. So kat sini aku akan tunjuk caranya, siap ada [...]

#8 Posted by Saharudin Eju (11 November, 2011 at 4:29 pm )

padan
muka gatal sgt…. =(

[Reply]








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: