Sama ada kamera handphone, kamera kompak atau dslr, perkara utama yang disenaraikan pada spesifikasi barang tersebut ialah megapixel sehingga ramai yang beranggapan megapixel ciri yang paling penting pada sesebuah kamera. Jadi untuk entri kali ni, aku nak kupas sedikit tentang “mitos megapixel”.
Apa itu pixel?
Perhatikan gambar di bawah;
Bila kita zoom in sesuatu gambar tu, korang boleh nampak kotak-kotak kecik seperti di atas, itulah pixel. Rasanya tak perlu aku nak ulas panjang-panjang kot tentang apa itu pixel..hehe..
Perbandingan 2.5mp, 5.6mp dan 10mp
Mungkin ada yang tak tau lagi, dalam kamera sama ada kompak, handphone atau dslr, korang boleh set nilai pixel sesuatu gambar yang kita nak ambik, tapi biasanya setting ni user akan setkan kepada nilai pixel tertinggi. Sekarang kita tengok imej- imej berikut. Setiap imej aku setting sama, hanya megapixel je aku ubah-ubah.
2.5 Megapixel
5.6 Megapixel
10 megapixel
Kalau korang perhatikan ketiga-tiga imej di atas, langsung tak ada perbezaan antara 2.5mp, 5.6mp dan 10mp. Jadi terbukti kat sini, megapixel tidak mempengaruhi kualiti gambar kecualilah kalau kamera korang tu 0.3 megapixel..hehe.
Kalau megapixel tak mempengaruhi kualiti gambar, kenapa gambar yang di ambil menggunakan handphone tak lawa?
+ gambar yang diambil menggunakan dslr (kiri) dan kamera handphone (kanan)
Sebenarnya ada banyak faktor lain yang mempengaruhi kualiti sesuatu gambar seperti kualiti sensor, lens, software dan prosessor kamera. Sebab tu gambar yang diambil oleh kebanyakkan handphone tak secantik yang diambik menggunakan dslr.
Habis tu, apalah fungsi sebenarnya megapixel ni?
Ok, macam ni. Pixel hanya mempengaruhi resolusi atau saiz gambar yang penting bila kita nak print gambar tersebut. Semakin tinggi pixel, semakin besar gambar yang kita boleh print. Contohnya gambar yang diambil 3.2 megapixel sudah cukup untuk print gambar 4R. Kalau korang pakai gambar yang diambil menggunakan kamera 40 megapixel sekalipun dan korang print 4R kualiti tetap sama dengan 3.2 megapixel. Tak percaya? Trylah..hehe..
+ carta pixel kamera, resolusi dan saiz gambar (sumber: sjcontent.com)
Kesimpulan
Megapixel hanya mempengaruhi saiz gambar, bukannya kualiti gambar, hanya penting dalam proses printing. So lepas ni tak payahla kejar sangat megapixel kamera, membazir je.. 🙂
kalau di kamera analog apakah pixel juga berlaku? maaf newbie
Assalamualaikum. Sekadar bertanya, saya merupakan pemilik Nokia Lumia 1020, macam mana dengan telefon pintar ini mampu zoom atau ‘crop’ imej tanpa menjejaskan kualiti gambar dengan 41 megapixel? Terima kasih kerana saudara cuba menjawab soalan saya. 🙂
Sebabnya megapiksel yang tinggi. Jadi boleh digital zoom / crop tanpa jejaskan sangat kualiti.
bila aku baca artikel ini..emmm lucu pula ingat diri ku yg selalu tnya pasal megapixel bila nak tgo kamera 😀 hehehehe
thank you so much :))
sama2 lilyel ..
Salam.
Saya tengah buat survey pasal blogging untuk kertas projek saya. So, kalau berkenan sudilah isi questionnaire di bawah ini. Thank you so much
https://spreadsheets.google.com/viewform?hl=en&pli=1&formkey=dGlZbzRKVmtxWWhPOWt3c0hIdzF5T0E6MQ#gid=0
Salam,
Lily
done 🙂
tak berape penting sangat kalau kita ni sekadar nak print gambar masuk album kecik lain la kalau nak buat billboard ke..tapi rasanya dah ada software yang orang guna untuk besarkan gambar bagi boleh print besor2 nih.
tapi masa dulu aku selalu tertipu dengan MP ni..bagi aku lagi besar mega pixel lagi bagus..tapi kenapa hp sony ericsson w995 yang 8.1mp kalah dengan c905 8.1mp jugak? jawapannya macam yg bro tarmizi cakap la..
bagus entri ni. at least dapatlah bagi penerangan kepada org yg baru nak beli kamera. ada org bandingkan piksel paling tinggi sebagai kamera paling hebat…
bro mksud recompose dlm bidang photografi ni ape ek…
hm, cmne nak explain ye.. maksud compose sama macam framing, cara kita meletakkan sesuatu subjek dalam gambar, supaya nampak lebih dramatik atau berseni.. klu recompose, kt buat reframing…
bro biasa seting kalu majlis² indoor seting exposer kena seting ke 0 ke?
tak semestinya, lebih sikit pun tak apa..
yeah, ilmu basic ni.
thanks for sharing bro
sama-sama 🙂
sory bro nk tanya lg…nk buat metering lock kamera sony mcm mn???
pakai model apa?
a200…
hold AEL button.. tu je 🙂
bro leh ulas x aper guna white balance..benda alah nie just utk ubah warna gambo je ke or ader keistimewaannye tersendiri…
nnti aku buat entri pasal white balance..
Biasanya saya hendak ruang stroran, saya akan mengecilkan piksel supaya dapat ambil gambar dengan banyak
a’ah, klu stakat ambik gmbr biasa, ubah setting supaya pixel lebih kecil, jimat ruang..
bro nak tnya….ms bro amik gambar nurul 2nang leh bgtau x seting yg bro guna…nk try² nnt kwn nk kwin…
setting tu bergantung pada keadaan sekeliling, kalau aku bagi pun, memang tak boleh guna sebab keadaan sekeliling mungkin berbeza. Yang penting bila ambik wedding, pakai flash & jaga exposure. Pastu kena pandai compo atau cari angel kreatif.
caya la bro…kalu leh lepas ni leh bg penjelasan ttg sensor lak x…
ok 🙂
ok.. nak share lok.. hehee
thank u..
😉
sila2 🙂