TarmiziShukri's Blog

  • Utama
  • Tips Fotografi
  • Bengkel
  • Arkib
You are here: Home / Fotografi / Lens Mana Yang Sesuai

Lens Mana Yang Sesuai

Oleh Tarmizi Shukri 8 Comments

Kongsi:
Facebook0
Twitter0
Pinterest0

Salam & Hai 😉

Ramai yang hantar email dan komen bertanya tentang lens mana yang sesuai untuk ambik gambar seperti wedding, landscape, potrait dan sebagainya. Rasanya aku dah cerita serba ringkas pada entri “Jenis-Jenis Lensa”. Tapi takpa, kat sini aku akan kongsikan sedikit lens yang sesuai untuk keadaan tertentu.

Lensa Yang Sesuai?

Walaupun setiap lensa tu ada kegunaan spesifik, aku tak suka terhadkan penggunaan lens. Contohnya nak ambik gambar landskap kena pakai wide angle lens. Yup, memang wide angle lens sesuai untuk ambik landskap, tapi telefoto atau zoom lens pun boleh sebenarnya, bergantung pada kreativiti kita dalam buat framing/composition.

Sebenarnya tak ada peraturan yang mengatakan nak ambik landskap kena guna wide angel lens, begitu jugak kalau nak ambik potrait. Semuanya bergantung pada style/gaya menembak korang.

+ biasanya untuk foto berkumpulan, wide lens seperti 18mm akan digunakan, tapi untuk shot ni, aku gunakan 50mm 1.8

Sebagai contoh, kalau kita bercakap pasal street shooting atau street photography, ada yang selesa guna telefoto lens. Ada pulak yang suka pakai wide angle lens, tak kurang juga yang menggunakan fisheye.

Kalau kita tengok situasi di atas. Ketiga-tiga fotografer menggunakan lens yang berlainan, tetapi tema masih sama iaitu streetshooting. Fotografer yang suka pakai telefoto/zoom mungkin sebab dia nak ambik ekspresi natural subjek, sebab kalau guna wide, subjek mungkin akan menyedari kehadiran fotografer, so nilai “candid” tu dah tak ada.

+ lens telefoto/zoom sesuai untuk capture moment candid 

Fotografer yang suka pakai wide angle pulak mungkin nak “capture” suasana sekeliling tempat tersebut. Macam aku sendiri, lebih selesa guna prime lens 28mm 2.8 sebagai lens untuk streetshooting.

Apa yang aku ceritakan kat atas boleh diaplikasikan dalam event seperti majlis perkahwinan, corporat event dan sebagainya.

Mungkin hanya satu aspek yang boleh mengehadkan penggunaan lens pada pendapat aku, iaitu keluasan tempat. Biasanya berlaku bila nak ambik foto perkahwinan. Kalau ruang rumah pengantin besar, mungkin takda masalah. Yang menjadi masalah bila ruang di rumah pengantin terhad. Nak tak nak kena pakai wide angle lens, seperti yang berlaku kat aku masa wedding assignment di Batu Caves.

+ lens apa yang nak digunakan tak penting, yang penting composition/framing kena kreatif

Harap lepas ni takdalah yang tanya “Mizi, lens apa yang sesuai untuk ni ni ni?”. Sebab jawapan aku cuma satu, use our own creativity.

p/s- maaf terpaksa menggunakan bahasa rojak, susah nak memelayukan setiap istilah dalam fotografi 🙂

Related

Filed Under: Fotografi08/12/2011

About Tarmizi Shukri

Founder, jurugambar & pereka bentuk grafik separuh masa di bawah label PikselPecah Studio. Separuh masa lagi merupakan pelajar peringkat Sarjana ni UPSI. Sangat suka tempe & kari ayam. ---> Facebook Page | Twitter

Ruang Sembang

  1. syariifah shaffe says

    13/10/2013 at 12:49 PM

    Universar 135mm F2.8 Prime lens nie okeh ta ?

    Reply
    • TarmiziShukri says

      13/10/2013 at 4:27 PM

      ok je..

      Reply
  2. encikbeliau says

    13/12/2011 at 11:35 PM

    kalau pakai lens canon 18-55mm utk street shooting , fotografi pun dah ok kan..
    kalau ada sapa2 mau tolak.. please inform , tq… faza_mb at yahoo dot com

    Reply
    • TarmiziShukri says

      14/12/2011 at 11:20 AM

      takde lens spesifik untuk streetshooting, bergantung pada keselesaan 😉

      Reply
  3. akubiomed says

    10/12/2011 at 10:52 AM

    Saya mengunakan lensa Tamron AF 18-200mm berpuas hati dengan prestasinya walaupun tidak ada built in stabilizer dan kadang AF ada masalah sedikit.

    Reply
  4. Norizwan says

    09/12/2011 at 1:09 AM

    Lens yg sduah sedia ada sbnrnya sebeneka kan….yabg penting belajar jadi kreatif…:)

    Reply
  5. Amirez says

    08/12/2011 at 4:24 PM

    betul juga tu. asalkan ada kreativiti, tak kiri lens apa pun tetap boleh shoot gambar yg menarik. kena blaja jadi kreatif la nampaknya hehe

    Reply

Sepatah Dua Kata Boleh?: Cancel reply

tips fotografi terbaik

# Entri Popular Minggu Ini

Kategori

Media Sosial

4,442 Peminat Setia
4,220
0
222
0

Penulis

Untitled-1

Tukang tangkap gambar & penulis di blog ini. Lagi mengenai penulis.

Instagram

Twitter

Tweets by @tarmizishukri
© 2009 - 2014 · Hakcipta Terpelihara · TarmiziShukri's Blog ·
 

Loading Comments...