Akhirnya surat yang aku tunggu-tunggu akhirnya sampai. Surat dari senat yang menandakan bermulalah fasa baru dalam hidup aku. Lepas ni just nak tunggu transkrip dikeluarkan oleh pihak UPSI. Lepas dapat transkrip aku akan apply jawatan tutor sama ada di UPSI, UNIMAS dan UITM. Tapi aku prefer UNIMAS & UITM sebab dekat dengan rumah, malas dah nak berjauhan dengan famili. Sambil-sambil tu bolehla aku sambung study & atas sebab tu jugakla aku tak isi borang gst, walaupun ramai yang anggap tindakan aku kurang bijak. Aku nak sangat study kat luar negara macam chybee dan ariffshah, so thats why la aku nak sambung master terus, mana tau boleh sampai ke luar negara. InsyaAllah..
Memang dari dulu lagi keputusan aku selalu menongkah arus, pernah dapat offer masuk kelas paling pandai kat sekolah, aku tolak. Lepas Tingkatan 5 pulak dapat offer masuk UniKL, Sains Kom, tapi aku tak pegi sebab nak masuk tingkatan 6. Masa tingkatan 6, aku dapat masuk Kolej Abdillah, sekolah budak-budak pandai, tapi aku balik ke sekolah lama yang biasa-biasa je, last-last dapat tau masa nak STPM tingkatan 6 kolej tersebut nak tutup, cikgu semua cabut, so tergantung tak bertalilah kawan-kawan aku kat situ, nasib baik aku blah awal..hehe.. Aku pulak dapat result yang baik dalam STPM & dapat tawaran ke UPSI.
And now…hm..
Kadang-kadang nak berjaya ni kena buat keputusan yang lain dari apa yang orang lain buat, ikut langkah sendiri…Betul tak?
~
Tarmizi B. Mohammad Shukri
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Edu)
Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif
ohhh..ngumpat aku ye.. 10 sbb knp aku x sesuai jd cikgu?? 😛
mizi..ko mmg sesuai jadi tutor @ lecturer..x sesuai jadi cikgu..masa kat ssekolah dulu sir suhaimi ade ckp kat aku..kami ngumpat ko..hahahha