Kualiti atau Kuantiti

quality in quantity 750x518 Kualiti atau Kuantiti

Salam semua..

2-3 hari ni susah betul aku nak fikir nak update apa. Melambak dah draft, tapi satu pun aku tak publish sebab aku rasa macam ada tak kena je dengan entri-entri yang aku tulis tu. Kalau sebelum ni aku boleh buat sampai 20 entri sebulan, sekarang 10 pun susah. Mungkin sebab dulu aku main publish je apa yang aku tulis, tapi sekarang sebelum publish tu aku akan semak sama ada entri tu berkualiti atau tidak.

Kadang-kadang, baru je tulis tajuk, aku dah sangkut, otak beku nak kembangkan idea. Ada ketikanya idea mencurah-curah, tapi bila dah habis karang satu entri dan aku baca balik, macam ada sesuatu yang tak kena. Last-last entri yang sepatutnya dipublish hanya jadi draft.

Bila aku baca balik entri-entri yang lepas, aku perhatikan ada entri yang popular, maksudnya ramai yang komen. Ada jugak entri yang orang tak komen langsung. Berbeza dengan blog-blog lain seperti akubiomed.com dan amirez.com dimana bilangan komen pada setiap entri mereka  lebih konsisten.

kualiti kuantiti Kualiti atau Kuantiti

Cuma selepas entri Tips Beli Kamera/DSLR Terpakai, aku rasa bilangan komen semakin konsisten. Mungkin ada benarnya kualiti entri lebih penting berbanding kuantiti. Kalau diikutkan, entri aku yang mendapat komen tertinggi ialah mengenai Digi Easy Prepaid dan Jenis-Jenis Lensa. Tapi selepas tu masih ada entri yang tak konsisten kalau melihat dari segi bilangan komen.

So, pendek je entri aku kali ni, esok atau lusa kot aku akan update pasal RAW editing, penggunaan flash dan white balance, lama sangat dah tertangguh, sian pulak kat mereka yang request 20x20 big smile Kualiti atau Kuantiti

Btw, antara kualiti dan kuantiti entri, mana satu yang korang paling ambik berat?

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. Megapixel, Penting atau Tidak?

13 Comments to “Kualiti atau Kuantiti”

#1 Posted by FD (16 March, 2011 at 9:49 am )

ya… agak sukar utk dapatkan entri dengan komen yang konsisten :( Entri Terkini FD – Atasi Masalah Blank WP TutorialMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 17th, 2011:

takpe, yg penting kita ikhlas nak menyampaikan sesuatu..

#2 Posted by memorieslover (16 March, 2011 at 10:30 am )

salam
kalau sha la..sha lg beratkan kualiti…kuantiti tu tak kesah sgt la…..yg isi yg kita bg kat org tu..n btw…belog abg tarmizi salah satu blog yg sha suke baca..sb byk ilmu yg sha bleh cedok kat sini..alhamdulillah dn terima kasih ;D
Entri Terkini memorieslover – photoshoot – Retrovirus ArlaMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 17th, 2011:

baguslah sha suka, rajin2 jenguk ye..hehe..

#3 Posted by Amirez (16 March, 2011 at 7:06 pm )

eh, thanks bagi trackback :)
blog aku pun komen tak konsisten akhir2 ni.
tapi komen ni tak kisah sangat, yg penting kualiti entry..
macam blog bro ni…semuanya bermanfaat ;) Entri Terkini Amirez – Lee Chong Wei Juara All England 2011 !!My Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 17th, 2011:

semua bermanfaat? thanks..hehe..

#4 Posted by adiffa (16 March, 2011 at 7:22 pm )

bro pasal kualiti ni terlalu subjektif. x sume org suka ape yg kita suka jd ape yg bro terpikir nk tulis bedal jer kami masih bace kdng³ cume x tau nk komen je i2 jer…

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 17th, 2011:

betul jugak kan, kualiti tu subjektif..

#5 Posted by akubiomed (17 March, 2011 at 1:42 am )

Terima kasih bro kerana bagi link. Saya baru menghasilkan Light Paint @ Light Graffiti tapi hanya mengunakan digital kamera kompak. Pertama kali buat tidak sangka ia berhasil biasanya Light Graffiti dihasilkan dengan mengunakan kamera DSLR
Entri Terkini akubiomed – Mari bermain Light Painting @ Light GraffitiMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 17th, 2011:

ramai yg masih tak pandai gunakan kamera digital sepenuhnya.. ambik gmbr pakai auto je, padahal ada P,A,S dan M (sesetengah kamera digital). Nanti upload gambar tu kat blog, share2 tips sekali..hehe..

Amirez reply on March 17th, 2011:

teringin juga nak belajar. jangan lupa share kat blog :) Entri Terkini Amirez – Lee Chong Wei Juara All England 2011 !!My Profile

#6 Posted by ustaz jaafar (17 March, 2011 at 10:49 am )

assalamualaikum..nk tokok tambah..:)kdua2nya sama penting..sebab pembaca blog mizi ni dr berbagai ltr blakang..mmg tjuan utama blog ni crita psl photog..tp tkde salahnya kalo ditambah dgn rencah2 yg lain..(huhu skemanya bhasa,…)conthnya mcm sy yg bru gn SLR..kalo ditumpu sgt pd citer SLR..kdg2..satu pon tk masuk..:)but kalo ada citer2 sampingan dr mizi dn readers2 yg lain,sy rs tu akn jd 1 input yg amt baik..ni pndangan pribadi sy la..sy bkn dlm bidg photog sbnrnya..cm skadar hobi..suka tgk gmbr cntik:)apapun..apa yg dicurhkn disini,sy dn kgkawan lain amt mghargainya..barakallah..

wassalam.

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 17th, 2011:

terima kasih ustaz, nasihat input yang berguna untuk blog ini dan blog2 lain :)








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: