KRUnomena Bawa Tuah

Beberapa minggu lepas, KRU ada buat satu kontest mudah iaitu memberi judul untuk album terbaru mereka. Syaratnya mesti ada perkataan KRU sama ada dihadapan, ditengah atau dibelakang seperti album-album KRU seperti KRUmania, reKRUed dan KRUjaan. Pemenang akan dapat album KRU yang terbaru, dan nama pemenang akan disemadikan di dalam album tersebut. Tak cukup dengan itu, pemenang kontest akan dibawa melawat KRU Studios di Cyberjaya.

Dipendekkan cerita, aku beri satu dua cadangan kat fanpage KRU dengan niat nak cuba-cuba. Lepas bagi satu dua cadangan, aku pun buat kerja macam biasa, tak ambik kisah langsung pasal kontest tu. Tapi bila buka facebook semalam, dengan tak semena-mena..

Image 0042 KRUnomena Bawa Tuah

Sampai sekarang masih tak percaya. Kalau menang kontest lain mungkin aku tak excited sangat. Tapi KRU? Aku memang minat dari kecik. Masih ingat lagi masa kat sekolah dulu, sanggup tak makan sebab nak beli kaset KRU…hehe..

So tu saja kot yang aku nak kongsi, cerita lebih-lebih karang ada yang cakap aku over. Sekarang ni pun dah ada suara-suara halus yang tak puas hati aku menang. Padahal “orang yang tak puas hati ni” tak join pun, tau cakap je. Orang yang hantar beratus-ratus penyertaan pun tak bising macam “orang yang tak puas hati ni”..hehe.

Oh, sebelum terlupa, thanks kat korang yang add aku semalam, rasanya korang kenal aku dari page KRU tu kan? Maaflah sebab tak boleh nak accept friend request tu sebab fb untuk kawan-kawan terdekat. Tapi korang masih boleh add aku kat fanpage, twitter dan YM.


Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. Download Album Facebook Dengan 1 Klik

17 Comments to “KRUnomena Bawa Tuah”

#1 Posted by Oo (21 July, 2011 at 1:37 pm )

Woaahh hebat! Tahniah2!

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 21st, 2011:

thanks..hehe

#2 Posted by ztie (21 July, 2011 at 5:16 pm )

hahaha tahniah.. nang KRUnomena menalah ktk.. hehehehe…. ada hadiah ka ?
Entri Terkini ztie – Another Picture of My Big DayMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 21st, 2011:

ada, dah di padah kat atas ya, x baca mena lah ya :)

#3 Posted by akubiomed (22 July, 2011 at 1:29 am )

Tanniah kepada bro kerana menang contest anjuran KRU
Entri Terkini akubiomed – Lamborghini Murcielago LP640 KoningMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 22nd, 2011:

thanks..hehe..

#4 Posted by Amirez (22 July, 2011 at 4:38 pm )

wah, tahniah bro. aku faham apa perasaan menang contest KRU ni ;) masa zaman sekolah rendah dulu aku pernah menang CD KRU anjuran pepsi. buat lukisan pepsi paling kreatif je eheh. tapi cuma saguhati jelah, itu pun dah cukup best
Entri Terkini Amirez – Alhamdulillah Badan Dah SihatMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 22nd, 2011:

wah, peminat KRU jgk ni..hehe…

#5 Posted by ridzuan mohamed (23 July, 2011 at 10:02 pm )

tahniah sifu..huhuhu..manetau len kali leh wat album ngan KRU lak..hehehe :p

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 23rd, 2011:

album gambar bolehlah kot..haha..

#6 Posted by Azah (24 July, 2011 at 12:48 pm )

fuyooo… hadiah kita share ek?
:D
tahniah

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 24th, 2011:

kalau hadiah tu boleh dipotong bolehlah kot nak share..hehe

#7 Posted by Fauzi Nor (26 July, 2011 at 1:03 am )

Kau memang??

OMG hebat siot.. hehhe tahniah
Entri Terkini Fauzi Nor – Bapak Ayam KLMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 26th, 2011:

hehe, thanks :)

#8 Posted by Mus (1 August, 2011 at 3:06 pm )

tahniah bro..
Entri Terkini Mus – Hahaha.. Terpaksa Sengaja Buang Angin Tepi JalanMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on August 1st, 2011:

thanks mus :)

#9 Posted by Tak Dapat Ke KRU Studios Tapi... | TarmiziShukri's Blog (2 August, 2011 at 1:39 am )

[...] merupakan sambungan entri  “KRUnomena Bawa Tuah” [...]








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: