
Entri kali ni bukan bertujuan hendak memburukkan seseorang, tapi sebagai pengajaran kepada mereka yang mudah sangat klik “Confirm” bila seseorang “Request” untuk jadi kawan kita. Sebelum itu aku nak tanya satu soalan. Ada berapa “friends” kat facebook korang? Ada yang kurang 100, 300 dan aku pasti ramai yang ada lebih dari 1000. Soalan aku yang kedua, berapa ramai dalam “friend” tersebut yang korang betul-betul kenal? Aku berani kerat jari dari 1000 tu mungkin tak sampai seratus, betul tak? Sebenarnya isu ni bukan isu baru, sejak dari friendster dan myspace lagi fenomena “friend frenzy” memang dah wujud. Berlumba menambah koleksi kawan, siapa paling banyak, dialah yang paling hebat.
Sebelum ni, aku pun jenis yang terima je siapa yang request nak jadi friend kat facebook, sebab aku tak nak dicop sombong. Tapi lepas aku terkena, aku lebih berhati-hati. Aku akan “ignore” siapa-siapa je yang aku tak kenal. Mereka yang aku dah accept dulu pun aku dah delete kalau mereka bukan kawan aku.
Tidak menggunakan nama dan gambar sebenar, aku rasa minah ni tengah gersang.
Bila dah kena macam ni baru aku hati-hati bila nak accept request seseorang. Minah ni bukan setakat buat status macam tu, tapi copycat profail “si dia” dan tulis macam-macam kat fake profail tersebut. Tak cukup di facebook, minah gersang ni turut tulis perkataan tak senonoh kat blog “si dia”. Siapalah yang tak naik angin bila kena buat macam tu. Tapi rasanya minah ni lupa satu perkara, aku dan “si dia” merupakan graduan IT, so kalau setakat nak trace dan kesan indentiti minah gersang ni sesuatu yang tak mustahil. So far aku ada identiti sebenar “minah gersang” ni, dari nama sebenar, tempat tinggal, siapa kawan-kawannya dan banyak lagi. Kalau ikutkan hati aku nak je dedahkan kat blog ni, tapi sebab minah ni dah senyap, aku hold dulu. Lagipun aku akan laporkan pada polis dan SKMM kalau minah ni buat hal lagi.

Minah gersang ni buat kacau kat blog “si dia”

Tengok yang kanan dalam bulat merah tu, bukan yang kiri..hehe..
Jadi kepada mereka yang add aku dan aku reject, mintak maaf banyak-banyak, bukanya aku sombong, tapi cuma nak berhati-hati. Kalau korang nak add jugak, send mesej dulu kat inbox dan bagitau korang ni readers blog aku. InsyaAllah aku akan accept friend request korang. Nak lagi senang, join fanpage TarmiziShukri’s Blog. Tapi pastikan korang pakai gambar sendiri, kalau tak memang aku ignore tanpa belas kasihan..hehe..
Pengajaran kat sini, pastikan korang kenal dan selidik latar belakang individu yang request sebelum klik pada “confirm”. Tak penting berapa banyak friend kat facebook kita, yang penting berapa orang yang betul-betul “friend”.
p/s-kepada minah gersang yang berkenaan, bila-bila masa je aku boleh malukan kau, nasihat aku, jangan cari pasal dan bertaubatlah.
Tiada Entri Yang Berkaitan





13 Comments to “Kerana Seekor Manusia”