+ sumber theborneopost.com
Pilihan Raya DUN Sarawak 2011 menutup tirai dengan kemenangan majoriti 2/3 parti Barisan Nasional (BN). Kepada ADUN yang menang, tahniah diucapkan. Jangan lupa tunaikan apa yang telah dijanjikan kepada pengundi-pengundi. Pengundi sekarang dah makin bijak menilai, jika kali ini janji tak ditunaikan, aku gerenti pilihanraya yang akan datang pengundi takkan undi dah orang yang sama.
Alhamdulillah seperti biasa proses pilihanraya berjalan lancar, cuma ada sedikit kekecohan berlaku di kawasan Satok apabila YB Fadillah cuba menghalang beberapa orang yang dipercayai menyamar sebagai kakitangan SPR masuk ke kawasan mengundi. Korang boleh tengok video di bawah dan nilaikan sendiri.
FYI, di kawasan aku tinggal, iaitu DUN N4 Pantai Damai, dimenangi oleh YB Dr Abdul Rahman Junaidi dari parti BN. Setakat ini, kawasan DUN N4 Pantai Damai terutama di kampung Boyan dan Gersik memang telah banyak dimajukan. Kalau dulu kawasan ini susunan rumah berselerak, tak tersusun, jalan pun sempit. Sekarang semuanya teratur, jalan diluaskan, tak ketinggalan tempat berniaga yang selesa disediakan untuk penduduk tempatan berniaga. Di kampung aku juga ada banyak gerai-gerai makan dan perusahaan IKS yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong seperti kedai Kek Lapis Dayang Salhah.
Tak lama lagi akan tersergam indah masjid baru kat kampung aku, sekarang ni masih dalam proses pembinaan. Cuma rasa sedikit sedih surau lama dirobohkan, sebab banyak memori masa aku kecik-kecik kat situ..hehe.
Jadi itulah sedikit sebanyak pembangunan yang aku lihat sendiri di kawasan ini. Bukannya aku nak bodek sesiapa, cuma nak tunjukkan contoh wakil rakyat yang betul-betul buat kerja, bukan sekadar main cakap lepas.
Apa-apa pun, keputusan pilihanraya kali ini memang seperti yang dijangkakan. Semoga Sarawak akan dapat mencapai misi iaitu menjadi negeri maju menjelang tahun 2020.
p/s – entri seterusnya aku akan tunjuk gambar-gambar yang aku sempat shot sekitar Pilihan Raya DUN Sarawak 2011.
Related posts:
- Kisah Raya Aku
- DUN Sarawak
- DUN Sarawak Part II
- Snapshot Di Sarawak Regatta 2010 Part 1
- PROJEK FOTOCHANTEK 2011
- Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Januari
- Snapshot Di Sarawak Regatta 2010 Part 2
- Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Mac
- Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Februari
- Terlalu Taksub Berpolitik, Salah Ke?






2 Comments to “Keputusan Rasmi Pilihan Raya DUN Sarawak 2011”