5 Sebab Akaun Facebook Anda Di Banned

4897468763 7051ee8f9e 5 Sebab Akaun Facebook Anda Di Banned

Masa Friendster dan Myspace popular satu ketika dulu, amat jarang kita dengar akaun Friendster dan Myspace kena banned. Tapi semenjak Facebook popular, boleh dikatakan setiap hari ada saja yang kena banned. Kawan-kawan aku sendiri pun ramai yang kena banned oleh facebook, sebab apa? Aku sendiri tak tau. Biasanya user yang kena banned ni sebab ada report dari user lain, sama ada selalu buat spam, isu copyright dan byk lagi kemungkinan lain. Apa yang paling tak best bila kena banned oleh facebook ni bila kena main dari mula game2 yang ada kat facebook seperti Farmville, Mafia Wars, Pet Society dan sebagainya. Agaknya kenapa facebook korang boleh kena banned?

Kaki Spam

Kalau korang kaki spam, memang patut pun kena banned. Spam ni sama ada mesej atau email yang biasanya tidak dikehendaki pengguna. Dan paling menyakitkan hati spam ni akan datang “beramai-ramai” dan membanjiri wall, message box dan chatbox korang. Biasanya disertakan dengan link. Contoh tajuk spam yang pernah aku jumpa kat facebook seperti  “Facebook is too crowded, forward this message to your friend”. Konon2nya kalau korang tak forward, akaun facebook akan di banned. Jangan percaya kat mesej2 sebegini. Kalau facebook nak buat announcement, diorang tak kan send kat email dan suruh forward, biasanya pihak facebook akan buat sidang media atau conference. So jangan tertipu.

Terlalu Banyak Kawan / Group

Sebenarnya tak salah banyak kawan, facebook tak kan banned, tapi korang akan dibanned kalau friendlist korang bertambah dengan begitu cepat. Contohnya dalam sehari korang add 100 orang, memang gerenti akan kena banned. Begitu jugak group yang ada dalam facebook, korang hanya boleh join 200 group sahaja.

Terlalu Kerap Update Status

Spesis ni memang banyak kat facebook, seminit sampai 5 kali update status. Kalau benda kecik tak payahlah update, orang pun rimas. Ok lagi kalau orang rimas, tapi facebook rimas?? Kena banned la jawapnya. Pernah dengar Twitter?

Ada Lebih Dari 1 Akaun

Biasanya yang main game2 kat facebook ni suka pasang banyak akaun. So kalau korang ada banyak akaun, cepat2 delete akaun yang lain, sebab facebook sentiasa memantau gerak-geri korang. Ada kes facebook akan banned semua akaun, tapi yang bernasib baik, facebook akan banned akaun yang ke-2 atau ke-3 je. One is enough ok?

Pakai Cheat

Normallah kan untuk user yang suka main game kat facebook ni, bila dah bosan sebab level lambat naik, mulalah search cheat2 kat google. Ada cheat yang  boleh pakai, tapi banyak yang tak boleh pakai langsung. Yang berjaya cheat tu jangan seronok sangat, sebab ada yang memerhatikan.

facebook kena banned 5 Sebab Akaun Facebook Anda Di Banned

+ Jangan nanti dah kena banned baru nak menyesal

Rasanya tu je kot yang aku nak kongsi. Sebenarnya ada banyak lagi sebab2 yang korang boleh kena banned seperti mengupload bahan2 yang ada hakcipta, status yang menyinggung orang lain dan sebagainya. Apa-apa pun, apa yang penting bila menggunakan facebook  ni ialah jangan buat musuh, sukahati korang je nak tulis status tanpa memikirkan perasaan orang lain. Last-last banyak yang benci korang kat facebook, dan mesti ada yang akan report kat facebook supaya korang di banned. Gunakanlah facebook untuk bersosial dengan facebook, nama pun laman sosial. Dengan ayat mudah, bersederhanalah dalam berfacebook 20x20 big smile 5 Sebab Akaun Facebook Anda Di Banned

Statement of Rights and Responsibilities (Peraturan Lengkap Facebook)

p/s- Ada tak yang pernah kena banned sebelum ni? Boleh cerita pengalaman korang kat sini.

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. Post Blog Anda Secara Automatik Di Facebook
  2. Download Album Facebook Dengan 1 Klik
  3. Teknik Photography Paling Kool Yang Anda Wajib Belajar
  4. Malware Facebook – Is This Your Picture?

9 Comments to “5 Sebab Akaun Facebook Anda Di Banned”

#1 Posted by Diraja22 (17 August, 2010 at 5:52 am )

jgn banned tips2 yg lain 2 dh la..

[Reply]

#2 Posted by tarmizishukri (17 August, 2010 at 7:09 am )

byk rule yg kita kena follow kat facebook, tp sbb utama kat sini ialah terlalu aktif. Klu diraja pakai macam biasa je, tak pyhla risau :)

[Reply]

#3 Posted by Kujie (17 August, 2010 at 9:18 pm )

friendlist sgt limited
sebab utama – kurang berFB

[Reply]

#4 Posted by wan (18 August, 2010 at 7:53 am )

so sebelum nak register mana2 servis web free rajin2kanlah baca TOS dia dulu.. ahaks :D

[Reply]

#5 Posted by tarmizishukri (18 August, 2010 at 5:06 am )

sama la kak jie, ada bbrp ratus je friendlist sy, sbb sy bkn jenis yg add sembarangan :p

[Reply]

#6 Posted by wan (18 August, 2010 at 5:19 am )

so sebelum nak register mana2 servis web free rajin2kanlah baca TOS dia dulu.. ahaks :D

[Reply]

#7 Posted by tarmizishukri (18 August, 2010 at 5:21 am )

yup, btul sesangat tu, kena baca dulu. Tp nak baca tu lah yg paling malas skali…hehe

[Reply]

#8 Posted by Eyda (14 October, 2010 at 8:34 pm )

Kenapa aku x dpt log in my fb?dia ckp ada kod yg perlu aku msukkn mlalui pc,sbb sblm ni aku sering gune hp je.tlg la.da lame aku x o9 fb.boring btl

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 21st, 2010:

kalau boleh print screen problem tu, sng nak analisis..








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: