Kenangan Bersama Kamera Filem

9202analog camera Kenangan Bersama Kamera Filem

Aku ingat lagi masa sekolah dulu, mereka yang ada kamera boleh dikira dengan jari. Masa tu kamera digital tak ada lagi, semua pakai kamera filem. Aku antara salah seorang yang rajin bawak kamera. Bukan kamera sendiri, tapi pinjam kamera nenek. Bila ada event, akulah orangnya yang ambik gambar. Lepas ambik gambar, pegi kedai dan cuci. Tunggu 2-3 hari, gambar akan siap. Lepas tu kawan-kawan akan tanya, “gambar dah cuci?”. Semua orang akan rasa teruja tunggu gambar siap. Bila dah siap tu, tengok sama-sama, gelak sama.

Pernah sekali masa ikut lawatan Kadet Remaja, seperti biasa aku akan bawak kamera. Banyak tempat kami pegi, tapi tak boleh nak ambik gambar banyak sebab kalau pakai filem, paling banyak boleh ambik pun 36 snap. Balik dari lawatan aku pun roll balik filem tu sebab nak terus hantar kedai, tak sabar nak tengok gambar lawatan.

Akibat tak sabar, aku bukak penutup kamera sebab nak lihat gambar yang terhasil di atas filem. Aku hairan kenapa atas filem tu kosong, tak ada gambar. Masa ni aku tak tau yang filem kena diproses dulu sebelum jadi “negatif”, ingatkan lepas snap tu terus jadi negatif..hehe.. Bila aku hantar gambar tu kat kedai untuk dicuci, amoi tu cakap gambar semua hangus. Memanglah hangus, sebab masa aku roll filem tu, aku buat sambil bukak penutup filem, jadi sepanjang filem tu “hangus”.

cameramu.com  Kenangan Bersama Kamera Filem

Kalau roll filem sambil buka penutupnya, mana tak hangus  20x20 beat brick Kenangan Bersama Kamera Filem

Itulah sedikit sebanyak kenangan bila pakai kamera filem. Sekarang dah digital, nak snap berapa banyak pun tak kisah, tak perlu pegi kedai cuci. Kalau nak share gambar, cuma perlu upload di facebook, picasa atau flickr.

Korang ada pengalaman guna kamera filem? Lagi satu, korang cuci/print tak gambar yang korang ambik dengan kamera digital? Atau sekadar upload di internet?

Iklan: Cuci gambar dengan harga yang sangat murah.

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. Upgrade Kamera/Lens, Antara Nafsu dan Keperluan
  2. 10 Tips Penjagaan Kamera
  3. 10 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Selepas Membeli Kamera
  4. Skim Kamera Pertamaku
  5. Sejarah Perkembangan Kamera
  6. Tips Beli Kamera/DSLR Terpakai
  7. Street Shooting Bersama Saiful Nang
  8. Secebis Kenangan Penjara Pudu
  9. Kenangan AT20
  10. Cahaya dari syurga

6 Comments to “Kenangan Bersama Kamera Filem”

#1 Posted by akubiomed (15 August, 2011 at 8:37 am )

Kalau guna kamera yang guna filem perlu mahir buat pemilihan filem.

[Reply]

TarmiziShukri reply on August 15th, 2011:

yup, filem ada byk jenis, lagi2 kalau suka ambik lomo..

#2 Posted by Mr Rileks (17 August, 2011 at 5:06 am )

ingat lagi bila nak cuci gmb, kdg2 hantar hr nie, ptg esok baru siap… lama nak tggu woo… :D Entri Terkini Mr Rileks – Video Wanita Berkepala iPad Jalan-jalan Makan AnginMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on August 18th, 2011:

yup, masa menunggu paling x suka.. :((

#3 Posted by akubiomed (14 September, 2011 at 12:38 am )

Saya tidak mampu membeli kamera analog. Kalau ada pun orang milik orang tua yang biasa diambil di musim perayaan atau hari keramaian sahaja
Entri Terkini akubiomed – Amitabh Bachchan tidak mahu terima bayaranMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on September 14th, 2011:

ya, zaman dulu kamera ni barang yang agak mewah, sama macam handphone.. tapi sekarang budak kecik pun dah ada kamera.. :)








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: