Jenis-Jenis Lensa

4817748826 e3fe0cd74b Jenis Jenis Lensa

Lens atau lensa merupakan aksesori terpenting pada sesebuah kamera. Kalau takda lens macam mana korang nak tangkap gambar. Lens menentukan kualiti gambar yang korang ambik, bukan kamera. Kalau korang beli dslr yang harganya mencecah RM10 ribu pun, tapi kalau lens tak berkualiti, gambar  atau imej yang dihasilkan oleh kamera pun akan jadi hampeh. Lens bertindak seperti mata, mengawal cahaya yang masuk ke dalam kamera melalui aperture. Terdapat banyak jenis lens di pasaran. Setiap jenis lens mempunyai keistimewaan tersendiri. Lens boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

Standard Lens

4817085469 0c7e95d50b Jenis Jenis Lensa

Standard lens atau kitlens biasanya dalam range 18-50mm (Canon, Nikon) dan 18-70mm (Sony, Minolta). Lens ni biasanya dipakejkan sekali dengan body dslr. Sesuai digunakan untuk apa-apa jenis event sama ada indoor atau outdoor. Nak shot landskap boleh, shot potrait pun boleh. Nasihat aku sebelum korang decide nak tambah koleksi lens, pastikan korang dah push kit lens sampai ke limitnya, maksud aku gunakan kitlens untuk apa juga keadaan. Bila korang rasa kitlens ni ada kekurangan, baru korang beli lens baru untuk cover kekurangan kitlens. Kalau main beli je sebab member kat sebelah ada banyak lens, baik tak payah sebab nanti korang tak tau bila nak guna lens yang sesuai ikut keadaan. Kan membazir.

Ultra/Wide Angle Lens

4817709380 175a52e08d Jenis Jenis Lensa

Wide angle lens biasa digunakan untuk shot landscape supaya dapat capture sudut yang lebih luas. Selalu digunakan dalam wedding photography supaya gambar pengantin dan latar belakang lebih menonjol. Contoh wide angle lens seperti sigmga 10-20mm, Tamron 10-24mm dan banyak lagi, korang search je kat google. Wide Angle Lens kadang2 dipanggil Ultra Wide Lens atau UWA. Harga lens ni lebih mahal berbanding kitlens, sekitar RM1800 ke atas.

Telephoto / Zoom Lens

4817708920 a422d1f387 Jenis Jenis Lensa

Masa tengok Piala Dunia perasan tak kat tepi-tepi padang  photographer2 dengan lens yang macam bazooka tu. Itu dipanggil zoom/telephoto lens.Telephoto lens ada banyak jenis. Bagi yang kurang bajet, boleh beli lens macam Sigma 75-300mm, Sony 55-200mm dan Tamron 75-300mm. Kalau rasa banyak duit, dialu2kan beli lens putih yang macam bazooka tu, paling murah pun RM5500..hehe..ada berani?

Zoom lens biasa digunakan dalam sport/action photography macam bola sepak, supaya pemain bola tu nampak jelas dan besar. Lagi satu boleh jugak korang  guna untuk shoot potrait untuk mendapatkan bokeh yang lawa.

Macro Lens

4817782060 c1d59cb388 Jenis Jenis Lensa

Macro lens direka khas untuk ambik gambar yang korang perlu close up habis-habisan. Contohnya kalau korang nak ambik gambar lalat dan nak lalat tu nampak besar dan jelas, korang kena guna macro lens. Kelebihan macro lens ni dari lens lain ialah Minimun Focus Distance (MFD). Untuk lens-lens biasa, korang tak boleh letak lens dan objek terlalu rapat sebab lens takkan boleh fokus pada objek. Try kalau tak percaya. Contoh lens macro yang popular ialah Sigma 90mm. Harga dalam lingkungan RM1000.

Prime Lens

4817708538 a1066d1753 Jenis Jenis Lensa

Tiada kaitan dengan Optimus Prime, prime lens juga dikenali sebagai fix lens sebab lens jenis ni korang tak boleh nak zoom in dan zoom out. Tapi kualiti gambar prime lens sangat baik berbanding lens-lens lain. Sesuai untuk potrait sebab prime lens menghasilkan bokeh yang amat lawa. Prime lens jugak mempunyai nilai aperture yang tinggi sehingga F1.4, so korang boleh shot dalam keadaan yang gelap, tak payah pakai flash. Ada banyak jenis dan range prime lens, yang paling popular ialah 50mm F1.8. Korang boleh beli prime lens dengan harga yang murah bermula dari RM350 untuk 50mm.

Fisheye Lens

4817086363 dd1e28bb40 Jenis Jenis Lensa

Sebenarnya fisheye lens tergolong dalam Ultra/Wide Angle Lens. Cuma yang membezakan ialah efek melengkung yang dihasilkan oleh lens ni. Biasanya photographer guna untuk shot landskap dan shot2 kreatif. Contoh lens fisheye ialah Samyang 8mm dan bayak lagi. Korang search kat google, kalau nak contoh gambar boleh pegi kat flickr dah search 8mm fisheye. Harga fisheye dalam bermula dari RM1ooo.

Ada satu lagi jenis lens iaitu Lensbaby. Tapi sebab tak ramai yang guna lens tu, so tak payahlah aku nak explain. So kalau berhasrat nak tambah koleksi lens, biarlah bersebab, jangan sebab ikut kawan. Kalau ada lens banyak pun tapi tak tau nak guna, baik tak payah. Lagipun korang tak perlu beli semua lens, beli ikut style shooting korang. Kalau more to landskap, ambik fisheye atau UWA. Suka ambik potrait, prime lens amat digalakkan, lagipun harga sangat murah dan kualiti gambar sangat bagus. Kalau suka skodeng anak dara orang, beli telephoto, hehe..

Kalau suka artikel ni, silalah menge’like’, paling bagus share kat kawan-kawan skali ye. Sharing is Caring 20x20 big smile Jenis Jenis Lensa

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. Tips | Nak beli mana satu ni? Part 2
  2. 10 Tips Penjagaan Kamera
  3. Tips | Nak beli mana satu ni?? Part 1
  4. 3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca
  5. Panduan Memilih Exposure Mode
  6. Apa itu Bokeh?

156 Comments to “Jenis-Jenis Lensa”

#1 Posted by zairiedinzly (22 July, 2010 at 8:21 am )

nice info bro :D

my recent post:
CAFE WORLD BUAT ANDA BERUBAH??

[Reply]

#2 Posted by tarmizishukri (22 July, 2010 at 6:26 pm )

thanks, keep reading :)

[Reply]

#3 Posted by bubbles182 (27 July, 2010 at 5:58 am )

kit lens autofocus dah rosak :/ amek gambar gune manual xbest. lambat. and ksg2 focus lari. uhuk2. kene simpan duit nih. 70-300 sgt x membantu klau stakat nk kuar jalan2.

btw, nice info!

[Reply]

#4 Posted by tarmizishukri (27 July, 2010 at 6:22 am )

tak hntr repair? tak mahal rasanya. klu nak lens utk jalan2, 18-200 paling sesuai, tp mahal ckitlah :)

[Reply]

#5 Posted by shefrie (13 September, 2010 at 2:13 pm )

salam bro..nk tumpang blajak ..sy nak angkat canon 500d..n sy minat nk amek gmbr wedding n outdorr cam streetphoto..so lens aper yg sesuai ek…

[Reply]

TarmiziShukri reply on September 15th, 2010:

Erm, ssh gak nak ckp. Ada yg suka pakai UWA utk wedding, ada jgk yg pkai prime.. utk street pun cmtu.. nak senang beli 18-200mm, so boleh shot utk apa2 event.. Kesimpulannya, semua lens sesuai, cuma kena tgk stail kita mcm mana, citarasa setiap org berbeza :)

shefrie reply on September 21st, 2010:

OWH..OK2..SY DA ANGKAT DA CANON 500D..SKANG DOK SEBUK EXPLORE..N BACE BNYAK GAK DR SITE BRO NI..TQ2..

NK WAT STREET PHOTO NI NGN KITLENS AGAK TERHAD SGT LA..NK ZOOM JAUH2 PON XLE..DKT SGT ORG MRH PLAK..HEHE

TarmiziShukri reply on September 21st, 2010:

wah, tahniah, selamat dtg ke dunia fotografi, keep shooting. Actually kan, klu street photo, pkai kitlens pun ok. Yang pro2 mcm saiful nang pun pkai 16-35mm je utk shooting.

#6 Posted by shefrie (1 October, 2010 at 7:18 am )

bro..tumpng tnyer lg..cner nak amek gmbr yg bgerak? i mean combination 3 bradek tu..kdg2 bile amek gmbr org bjln pon da jd blur da..huhuh

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 1st, 2010:

klu nak “freeze” kan gmbr objek yang bergerak, kena pakai shutter yang laju seperti 1/100 ke atas, bergantung kepada brp laju objek tersebut.

#7 Posted by mozariq (12 October, 2010 at 4:10 pm )

Salam,
bro… nak tanya.. mcm mana kalau guna Converter Macro and Wide angle… ok ke tak???
kalau nak beli lensa mahal… kalau pakai converter ni murah sikit….

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 21st, 2010:

sory aku baru perasan komen ni, em.. kalau nak beli converter, beli yang mahal sikit, harga dalam 300-400. Raynox kalau tak silap converter untuk macro. wide tak pasti lagi brand yang mana. tapi biasanya kalau guna converter wide ni, akan berlaku vigenetting atau kesan gelap di tepi gambar.

#8 Posted by shefrie (19 October, 2010 at 11:27 am )

salam bro..ni adress sye kat flickr….http://www.flickr.com/photos/ejadette_photoristique/

klu rjin singghla n plzz komen..heheh..tq

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 19th, 2010:

ok, jap lagi singgah..hehe..

#9 Posted by Hafiez (21 October, 2010 at 2:32 pm )

Salam.

Nak tumpang tnya ni…. aku bru je oder Alpha 33. Tuk ni de Twin KIt Lens iaitu klu x silap 18mm – 55mm & 55mm – 200mm (rase nyer la cz lupa). oleh sebab buget, aku amik 1 je (yg ni pn lupa aku pilih yg mane….raasenyer 18mm – 55mm)

jd soalan nyer…..yg mane lebih bgs antara 2 ni tuk permulaan n tuk selamanya…

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 21st, 2010:

kalau ada bajet untuk ambik dua2 lens, better ambik dua skali. Tapi kalau mmg dah takda, 18-55mm dah cukup bagus. Bulan depan boleh angkat 55-200mm second hand, dlm rm300 boleh dapat dah. Susah nak cakap mana yang bagus sebab lens ni bergantung pada style masing2. Macam aku dulu pun beli twin lens (18-70mm & 55-200). Last2 aku banyak pakai 18-70 sebab aku prefer ambik landscape, 55-200mm jarang sangat pakai, sampai berkulat.. So guna je apa yang ada, kalau rasa 55mm tak cukup jauh, baru angkat 55-200mm.. ok?

#10 Posted by shefrie (23 October, 2010 at 10:44 am )

salam bro..sy da ader bag pack..tp cm besar sgt..so igt nak angkat porch beg jer..tgk brand KATA smart,,tp tol ker KATA ni brand israel?tulun2..

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 23rd, 2010:

Rasanya KATA ni asal england kalau tak silap. KATA memang smart & tahan lasak. Memang berbaloi kalau beli.

#11 Posted by aimi (26 October, 2010 at 3:53 pm )

“Kalau suka skodeng anak dara orang, beli telephoto, hehe..”

hahaha. ape daaa~

anyway, stuju ngn kenyataan yg beli lens jgn ikut kwn. :)

[Reply]

#12 Posted by Nizar (30 October, 2010 at 4:45 pm )

salam bro tarmizi..cdang nak angkat nikon d31000 lenskit 18-55mm..ok ke???nak guna untuk wedding abg sppu bulan dpan…lens apa yg sesuai??

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 30th, 2010:

apa2 kamera pun ok, yg penting kena buat research & contoh gambar wedding, so bila shot nnti dah ada idea kat kepala. 18-55mm dh cukup bagus, cuma kalau ada flash lagi cantik. Kalau boleh bawak partner untuk backup.

Nizar reply on October 30th, 2010:

thanks for reply..flash sb-600 agak2 brapa hrg??

TarmiziShukri reply on October 31st, 2010:

dalam lingkungan Rm750-800. Try buat research kat google.

#13 Posted by azam (3 November, 2010 at 9:13 pm )

salam bro..nak tanya skit..kalo guna raynox dcr 250 + kat kitlens 18-55mm mcm mana dia punya effect? objek yg kecil boleh nampak clear ke?

[Reply]

TarmiziShukri reply on November 4th, 2010:

raynox dcr 250 ni adapter untuk mengurangkan MFD (minimun focus distance). So boleh ambik gambar dalam jarak yg dekat @ macro. Boleh tengok contoh kat http://monochrome.sutic.nu/2010/09/02/raynox-dcr-250.html

#14 Posted by ajeeb (12 November, 2010 at 10:32 pm )

salam bro..sy beli a390 double kit lense (18-55 & 55-200)..so nk ty, cemane utk sy push d lens to the limits on how to take potraiture pics..?atau kne gak ad prime lens..

[Reply]

#15 Posted by TarmiziShukri (14 November, 2010 at 10:57 am )

Guna lens secara maksimum. Kitlens dah cukup bagus untuk cover mcm2 jenis shoot. Sampai masa nanti, kita akan tau sendiri limit lens tu, masa tu baru beli lens baru. Untuk potrait, 55-200mm sangat sesuai, zoom pada subjek (200mm) dan aperture yang rendah (f3.5) untuk dapatkan bokeh yang meletop…hehe..

[Reply]

azam reply on November 17th, 2010:

salam bro..zoom lens 75-300mm jenis ape yg bagus untuk sony? minolta, tamron, sigma or sony? boleh guna untuk aperture rendah ke?

TarmiziShukri reply on November 17th, 2010:

IQ (image quality) lebih kurang je. Cuma Sigma ni selalu “gear strip”. Kalau Tamron & Sony, aku suggest Tamron sbb IQ lebih sikit dari Sony. MFD (Minimun Focus Distance) pun lebih pendek, so kalau minat macro tu Tamron lagi ok. Minolta tak pasti sebab tak pernah cuba.

Ketiga-tiga lens agak “soft” bila zoom pada 300mm. Sony 55-200mm lebih baik kalau nak dibandingkan dengan 75-300mm. Tapi untuk aperture rendah, memang tak boleh lawan beercan.

So kalau nak beli 75-300mm, aku suggest Tamron & nak yang lebih baik ambik Sony 55-200mm, kalau ada duit lebih, beercan semestinya :)
Sample picture 55-200mm –> http://digs.by/bZXj8c

#16 Posted by azam (18 November, 2010 at 12:19 am )

betul tu bro..beercan boleh constant f4 @210mm..hehe.mmg sesuai la utk portrait. tp aku minat ambik gambar jauh sbb tu nak cari 75-300mm. mmg ramai yg prefer 55-200mm.

[Reply]

TarmiziShukri reply on November 18th, 2010:

oh..hehe, kalau camtu ambik Tamron je.

#17 Posted by haziq (29 November, 2010 at 8:55 pm )

salam,
nak tumpang tanyer..nak kene beli ker blower ngan lens pen walaupun nikon d3000 dah ader Dust Reduction System??? :((

[Reply]

TarmiziShukri reply on November 30th, 2010:

ye, kena beli jugak, sbb DRS tu untuk sensor, bukan untuk lens..

#18 Posted by haziq (3 December, 2010 at 5:56 pm )

kalau kita selalu bersihkan lens dengan menggunakan blower dan lens pen, boleh tak cegah pertumbuhan fungus???

[Reply]

TarmiziShukri reply on December 3rd, 2010:

biasa fungus tumbuh di dalam lens.. letak dalam drybox atau bekas kedap udara + silica gel untuk elak fungus membiak. Tapi kalau ada duit, lebih baik pkai drybox. Lagipun harga drybox lebih kurang sama dengan kos nak bersihkan fungus.

#19 Posted by rizman (6 December, 2010 at 10:12 pm )

boleh citer kat saya tak pasal auto fokus motor??

[Reply]

#20 Posted by zulkis (6 January, 2011 at 2:16 pm )

Thanks bor for your info…
Entri Terkini zulkis – Almari Antik No 11 – Open for saleMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 6th, 2011:

sama2 :)

#21 Posted by hakimiy (10 January, 2011 at 6:00 pm )

tumpang lalu..sye pndatng bru, bru nk strt nk blaja men dslr nie..

nk tnye!sye bru bli 450D…klu nk ambk pic weeding lens ape yg ssuai…

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 11th, 2011:

Kitlens 18-55mm pun dah ok. Kalau ada 18-105mm lagi bagus. Lens tak kisah sangat, apa2 lens pun boleh. Yang penting flash, sebab wedding biasanya indoor.

hakimiy reply on January 14th, 2011:

salam..sye dh gune lens 18-55mm..emang x puas la gune..zoom pn x joh…
and than sye pn dh gune lens 18-105(pinjam je) trbaik la cukup puas ati.
tp mahal la..klu saudara blh tlng kt ane blh dpt hga lens 18-105mm under rm 1k?

TarmiziShukri reply on January 14th, 2011:

try cari kat Photomalaysia. Kat situ banyak jual second hand. Kalau nak cari yang baru, boleh pegi shashinki.com.

#22 Posted by aie (27 January, 2011 at 7:50 pm )

salam

just nak tanye bro, tele-converter lens tu untuk ape? sambung2 kan lens ke? and setiap ‘tc’ tu ade function2 yg berbeza ek?

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 27th, 2011:

Fungsi teleconverter ialah untuk menggandakan focal length. Ada 2 jenis yang biasa d jual iaitu 1.4x dan 2.0x. Kalau kita pakai lens 50mm F1.8 + 2.0 teleconverter, lens 50mm tadi akan jadi 100mm F2.8. Bukan focal length je yg berganda, tapi nilai minimun aperture. :)

#23 Posted by leha (31 January, 2011 at 2:24 pm )

salam bro..kalau kit lens dh xbpe nk ok..nk ganti lens ape yer yg sesuai?

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 31st, 2011:

sekarang pakai lens apa? brand kamera?

#24 Posted by leha (31 January, 2011 at 5:21 pm )

canon 350d..lens tu ok,tp dh fungus..kne tukar mirror,tp sy simpan…baik beli lens lain jer

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 31st, 2011:

Hm.. kalau nak tukar kitlens, ambik lens 18-105mm. Kalau biasa ambik lowlight, Tamron 17-50mm pilihan terbaik.

#25 Posted by leha (31 January, 2011 at 8:14 pm )

kalu 18-105mm tu x la kot..bajet kureng..hehe..tamron ok ke? sy tak berapa tahu tamron tu

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 31st, 2011:

harga lebih kurang je. Klu bajet kurang ambik yang 18-55mm lah :)

#26 Posted by leha (31 January, 2011 at 9:43 pm )

hehe..ok2 tq bro..mane yer ok nk cr seken nye? :)

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 31st, 2011:

boleh try cari di photomalaysia.com atau shashinki.com. jangan cari kat mudah.com je, banyak kes kena tipu dah :((

#27 Posted by leha (1 February, 2011 at 10:28 am )

owh terima kasih ats nsht yer =)

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 1st, 2011:

sama-sama :)

#28 Posted by Upgrade Kamera/Lens, Antara Nafsu dan Keperluan | TarmiziShukri's Blog (4 February, 2011 at 11:52 am )

[...] pemandangan tapi korang rasa lens tak cukup “wide”, ketika itu korang pakai kitlens 18-55mm, dan korang dah pakai “zoom kaki” beberapa langkah ke belakang tapi masih tak cukup [...]

#29 Posted by Megapixel, Penting atau Tidak? | TarmiziShukri's Blog (9 March, 2011 at 2:41 pm )

[...] ada banyak faktor lain yang mempengaruhi kualiti sesuatu gambar seperti kualiti sensor, lens, software dan prosessor kamera. Sebab tu gambar yang diambil oleh kebanyakkan handphone tak [...]

#30 Posted by haziq (17 March, 2011 at 4:16 pm )

hai..boleh tnyer skit tk..kt mana nak dapat prime lens 50mm dgn hrga yang agak ‘baik’ untuk nikon..hehe

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 18th, 2011:

boleh terjah forum photomalaysia.com. kat situ memang syurga aksesori 2nd hand untuk pengguna2 nikon dan canon :)

#31 Posted by haziq (21 March, 2011 at 4:28 pm )

owkeyh2..trimas..blog nih banyak betul membantu..saya sentiasa menyokong..n__n

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 22nd, 2011:

sama2 haziq :)

#32 Posted by Masa Untuk Bertukar | TarmiziShukri's Blog (9 April, 2011 at 12:16 am )

[...] paling mahal pernah aku beli ialah DSLR Sony Alpha a300, 3 tahun lepas. Masa tu aku beli pakej twin lens, lepas tu campur filter dan aksesori lain, jumlahnya [...]

#33 Posted by haziq (15 April, 2011 at 8:43 am )

salam bro..nk tanyer..PRIME LENS ssuai tk utk shot wedding.. :oups:

[Reply]

TarmiziShukri reply on April 15th, 2011:

Semua lens sesuai sebenarnya, tp most of the time aku memang pakai prime lens, bokeh sedap & sharp :)

#34 Posted by haziq (16 April, 2011 at 8:07 am )

hurmm..antara speedlight dengan prime lens..mane satu yang lebih dperlukan utk shot wedding nih?? :oups:

[Reply]

#35 Posted by intan (18 April, 2011 at 12:31 pm )

salam…sy amik wedd job…sy gn nikon d60 and kid lens…sya rasa kit lens kurang jauh.cadang nak up lens…lens yang mana sesuai…tlg beri pendapat…dah pusing pk…

[Reply]

TarmiziShukri reply on April 18th, 2011:

kurang jauh? tak cukup zoom? kalau macam tu ambik 75-300mm.. tapi jarang2 org ambik wedding pakai zoom ni, biasanya wide je.. lainlah wedding tu dalam dewan besar..

#36 Posted by wanzi (20 May, 2011 at 7:59 pm )

terima kasih sudi kongsi info lense ni…. sebelum ni terfikir juga lense apa yang paling sesuai setiap event……
Entri Terkini wanzi – Ashton Kutcher kickMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on May 21st, 2011:

Sama2, thanks sebab sudi singgah ;)

#37 Posted by canonion (24 June, 2011 at 1:22 am )

salam..

aku nak tanya kalo aku beli lens Canon EF-S 17-85mm sesuai x utk weeding..ada outdoor ngan indoor..

sori aku newbie ag..

[Reply]

TarmiziShukri reply on June 25th, 2011:

sesuai tak sesuai tu bergantung pd diri sendiri. mcm aku sendiri, lebih selesa dengan 50mm kalau shot wedding.. ada orang suka dgm 10-20mm.. pendek kata, jenis lens yg nak diguna tu kena ikut style masing-masing..

#38 Posted by encikbeliau (25 June, 2011 at 1:04 pm )

Assalamualaikum ,

|Member aku nak jual lense canon 55-200mm , nak tanya bro yg pakar nih.. lense camnih kita leh amik gambar jenis camne ye ?
Entri Terkini encikbeliau – Payment Kedua Dari IntelliLinksMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on June 25th, 2011:

biasanya sesuai untuk ambik potrait.. mana-mana pun boleh sebenarnya, ikut kreativiti kita, ada yg pakai lens 55-200mm utk ambik landscape..

#39 Posted by hymeezam (30 June, 2011 at 11:39 pm )

T.Q entri ni dah lame nak tau…
;)

[Reply]

#40 Posted by hymeezam (1 July, 2011 at 3:57 am )

slm bro nak tnya boleh terang kan Canon EF 28-200mm f/3.5-5.6 USM AutoFocus Wide Angle Telephoto Zoom Lens , boleh pakai wide n telephoto ke….??

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 3rd, 2011:

kalau tengok dari range memang boleh.. 28 wide, 200mm telephoto.

#41 Posted by ariff (12 July, 2011 at 8:26 pm )

assalamulaikum, saya baru nak join group foto ni,saya cadang nak beli canon 7d,apa pendapat abg

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 14th, 2011:

rembat je mana yang dapat, dslr semuanya sama, tp jangan bergantung pada gear semata-mata, kita sendiri kena rajin cari ilmu :)

#42 Posted by Zulis (13 August, 2011 at 5:39 pm )

Assalm bro nak tya….
Lens sony 50-200mm bp harget market price yg baru dan 2nd,ada mber nak tolak rm450 2nd nya…

[Reply]

TarmiziShukri reply on August 13th, 2011:

Sony 50-200mm ada 2 jenis, model lama SAL – rm300-350 klu 2nd. SAM pulak dalam RM400..

#43 Posted by Zulis (13 August, 2011 at 8:32 pm )

Thks bro nak tya lg masa amik gmbr sunset tu bro guna lens bp mm

[Reply]

TarmiziShukri reply on August 13th, 2011:

pakai kitlens je, 18-70mm..

#44 Posted by [email protected] (10 September, 2011 at 4:55 pm )

konnichiwa ogenki desu..??? ;)

[Reply]

#45 Posted by Fandi (13 September, 2011 at 2:47 pm )

salam bro, lens tamron 18-200, nikon d3100 boleh pki ker, maksud aku dgn autofokus nyer berfungsi gak.

[Reply]

TarmiziShukri reply on September 14th, 2011:

rasanya tamron ada build in motor utk body nikon… kalau ada boleh pakai..

#46 Posted by Fandi (13 September, 2011 at 2:56 pm )

bro, ade YM tak, sng nk tnya2, huhuhu

[Reply]

TarmiziShukri reply on September 14th, 2011:

ym id – geckofuzz

#47 Posted by Minkle (4 October, 2011 at 7:44 am )

Tumpang tnya ek…bley x. Sy shoot landscpe dgn kit lens , coz tis coming frday we all ada sunset chlnge r..tp x taw nak pkai lens apa…cokn da ada da, tripod da ada.. Remote da ada..lens xtaw lg r…erkk bley x ajar settng? Tq tuan

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 4th, 2011:

xda masalah nak shoot landscape pakai kitlens, yang penting kena pandai kawal aperture dan shutter… rasanya dah ada entri pasal sunset & cara kawal exposure (shutter + aperture + ISO).. cuba cari..

#48 Posted by jojo malik (11 October, 2011 at 2:02 pm )

Salam Bro, saya baru guna Canon 550d dgn kits lens 18-55mm dan sekarang saya nak cuba dapatkan lens 18-200mm, di antara Sigma 18-200mm OS dgn Tamron 18-200mm XR Di II LD perbezaanya adalah harga, pertanyaan saya yang manakah gambarnya lebih qualiti, sharp dan stabil, serta adakah sesuai digunakan CPL filter dgn lens tersebut? Saya nak belajar mengambil gambar landscape dan juga gambar indoor yang menarik dan cantik menggunakan lens tersebut. Terima kasih.

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 11th, 2011:

aku tak galakkan sangat pakai lens 18-200mm mana2 brand pun.. sekarang dah ada 18-55mm kan? baik ambik 55-200mm atau 75-300mm.. lens yang range besar macam 18-200 mm biasanya kurang sharp..

#49 Posted by jojo malik (11 October, 2011 at 4:16 pm )

terima kasih bro, tapi antara sigma dengan tamron yang mana sesuai untuk 550d saya?

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 11th, 2011:

kalau macam tu.. pilih tamron

#50 Posted by jojo malik (13 October, 2011 at 3:54 pm )

bro..sori bila deh survey dlm internet jadi pening, nak tanya soalan sama, diantara tamron 55-200mm dengan canon EF 55-200mm is, yang mana agak-gaknya patut saya ambik?

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 14th, 2011:

lens yang ada is tu ada stabilizer, kalau body takda stabilizer, better ambik lens yang ada is..

#51 Posted by bob (25 October, 2011 at 9:10 am )

Salam bro, nk tya.. Nikon d5100 sesuai tak dgn lens AF-S VR Zoom-Nikkor 70-300mm f/4.5-5.6G IF-ED? Mcmna nk tau lens tu ori ker tak?

[Reply]

#52 Posted by bob (25 October, 2011 at 9:29 am )

lens yg sesuai bagi Nikon d5100?
Suka snap gmbr potrait, family, candid…landscape. any cadangan? masih newbie ..

[Reply]

#53 Posted by mohd wildan (14 November, 2011 at 2:49 am )

Salam

[Reply]

#54 Posted by Sal (15 November, 2011 at 2:52 pm )

Salam… Baru ja jmpa blog ni. Slps da mula beli dslr, thanks, so much information i got.
Nk tya,sya beli canon 1100d.. Nk tmbh lens yg sya bole guna utk melancong dan hiking mcm daki gunung….multipurpose dn tak perlu ssh2 asik mau tukar… Bole tak suggest sya lens yg sesuai. Mcmana dgn 18-200mm.. ? Worth it ke dan bole ngam ka dgn sya pya camera… ? Thanks in advance ya.. :-)

[Reply]

TarmiziShukri reply on November 16th, 2011:

travel lens 18-200mm memang sangat sesuai ;)

#55 Posted by az (16 November, 2011 at 6:16 pm )

Salam…nak tnya saya pki lens 18mm-55mm kit & 55mm-200mm untuk wedding… terpaksa susah skit tukar2 lens..nanti ade budget bru bli 18mm-200mm..bro rase ape lens sy patut bli akan dtg..sme ade yg sya plan atau 50mm 1.8G………….TQ

[Reply]

TarmiziShukri reply on November 16th, 2011:

pakai nikon kan? kalau utk wedding ambik 18-105mm…

aznizahaziz reply on November 17th, 2011:

ooo itu da kira ok yer…ok TQ

#56 Posted by kuronofu91 (28 November, 2011 at 3:49 pm )

Saya suka semua jenis shot…jd memang target beli prime lens n telephoto nanti….huhuh

[Reply]

#57 Posted by kimi (30 November, 2011 at 12:18 am )

salam..
bro nk tanya…
tamron lenses blh masuk dgn nikon ke? d5100….
utk zoom yg prefer lense jenis apa below rm1000…

[Reply]

TarmiziShukri reply on November 30th, 2011:

tamron boleh masuk nikon. kalau below 1k, tamron 70-300mm dah ok kot..

kimi reply on November 30th, 2011:

t/kasih bro…

#58 Posted by kimi (30 November, 2011 at 3:03 pm )

kalo Minolta 75-300mm f4.5-5.6 lens Big Beercan Series ok ke utk d5100?
price below 1k used..

[Reply]

TarmiziShukri reply on November 30th, 2011:

minolta utk sony je..

#59 Posted by kimi (5 December, 2011 at 10:21 am )

salam…
blh x tolong
terang kan serba sedikit @ ringkas, lense yg ada no af, ed vr,atau seumpamanya ?

saya agak keliru, sbb ada yg murah n mahal…

[Reply]

#60 Posted by Lens Mana Yang Sesuai | TarmiziShukri's Blog (8 December, 2011 at 1:34 pm )

[...] seperti wedding, landscape, potrait dan sebagainya. Rasanya aku dah cerita serba ringkas pada entri “Jenis-Jenis Lensa”. Tapi takpa, kat sini aku akan kongsikan sedikit lens yang sesuai untuk keadaan [...]

#61 Posted by Tips Ambik Gambar Gerhana Bulan | TarmiziShukri's Blog (10 December, 2011 at 2:41 pm )

[...] Lens yang sesuai untuk ambik gambar bulan secara closeup ialah 500mm, tapi aku percaya tak semua yang ada lens ni. Jadi boleh guna 55-200mm atau 75-300mm yang mana aku percaya kebanyakkan ada lens ni. [...]

#62 Posted by atiq (11 December, 2011 at 12:26 am )

salam.nak tnye skit pasal speedlite, sy pakai canon 1100D,ok tk klau guna speedlite yn560?

[Reply]

TarmiziShukri reply on December 12th, 2011:

sebaiknya guna flash yang sama brand dengan body, tapi kalau tak cukup bajet, mana2 flash pun ok ;)

#63 Posted by SHAH SHINIGAMI (12 December, 2011 at 2:45 am )

Salam… Bro tanya skit kalau SONY SLT a77 bley x pakai lens Tamron 18-270mm dgn Minolta 50mm f1.7? Pasal lens minolta tu k x ? atau bermasalah sbb umur dia dah tua.

[Reply]

TarmiziShukri reply on December 12th, 2011:

tamron & minolta boleh masuk, tp kena beli converter dulu. minolta takda masalah walaupun umur dah tua. still superb berbanding lens2 baru dari sony

#64 Posted by ali (14 December, 2011 at 2:36 pm )

Bro, salam…

Saya nak beli lens 18-135mm is canon, lens ni sesuai ke untuk ambil gambar landscap dan gambar kahwin, sharp? baru belajar guna dslr….

[Reply]

TarmiziShukri reply on December 14th, 2011:

yup, sesuai ;)

#65 Posted by sid (27 December, 2011 at 2:03 pm )

salam wak.
aku nak beli Sony 55-200mm tuk Alpha 390.
ok tak?
kat mana nak cari yg budget ni dgn speedlite yg ok tuk Alpha 390 tu jugak.
klu cari kat ekdai mmg takde budget lansung.
la ni ade lense 18/50mm jer
tgh nak upgrade sikit lagi.
boleh tgk gambo kat blog aku tu.
arap dpt membantu yer.
Entri Terkini sid – Colmar Tropicale : Our Short and Leisure VacationMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on December 30th, 2011:

55-200 bajet telefoto yang bagus.. speedlight try cari kat shashinki.com

#66 Posted by firdaus (27 December, 2011 at 4:20 pm )

ilmu fotografi yang berguna.terima kasih. :)

[Reply]

#67 Posted by norfizah (1 January, 2012 at 12:31 am )

salam.nak tanya. kalau utk sony @200, lense ape yg boleh masuk? nak cari 2nd je, katner ek..
dan yg mana bagus?
tq

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 2nd, 2012:

cuba pegi forum alphanatics.com

#68 Posted by Deckadha (1 January, 2012 at 8:03 pm )

Sile le singgah n komen kt sini… http://www.panoramio.com/deckadha ngn fb…search je deckadha

[Reply]

#69 Posted by zac brikes (3 January, 2012 at 3:43 pm )

saya nak beli lens tapi tak tahu nak guna lens apa tapi saya nak shot gamrap lanscape dan model saya bajet dalan rm1500

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 5th, 2012:

try tamron 17-50mm 2.8

#70 Posted by jass (6 January, 2012 at 7:07 am )

nk tanya?klu dslr canon 550d pakai lens Canon ef 50mm f1.4,sesuai x?ke gambar nye jadi cembung cam pkai fisheye?ad suggestion pkai fit lens yg mne tuk dslr 550d ea?

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 6th, 2012:

50mm xkan cembung.. jgn risau :)

#71 Posted by hasril (9 January, 2012 at 3:56 pm )

tumpang dapatkan pendapat bro tarmizi…
boleh tak terangkan ttg lens nie..dan adakah
sesuai untuk saya yang newbie nie….saya
menggunakan sony a33.

Sigma 70-300 F4-5.6 APO

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 9th, 2012:

kalau sony jangan risau, selagi mount sony, apa2 lens boleh masuk..

[...] panorama ni . Macam mana nak hasilkan wide angle view? Wide angle view boleh dihasilkan menggunakan wide angle lens atau pun kamera yang mempunyai mode panorama. Tapi DSLR aku takde mode panorama dan aku pulak takde [...]

#73 Posted by jiji (14 January, 2012 at 11:12 am )

salam bro,sy ade lens 17-50 mm..(tamron) ape yg kelebihanye kt lens ni ek?..dlu sy beli kamera siap dpt lens ni..(beli kat mber)..

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 14th, 2012:

takde komen, salah satu kitlens terbaik ;)

#74 Posted by znal (17 January, 2012 at 1:03 pm )

salam bro,sye bru je ambk canon 660d cadang nk ikut mber g outing ade ape2 cadangan utk lens tak..

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 17th, 2012:

maksimakan apa yang ada ;)

#75 Posted by han (29 January, 2012 at 2:10 pm )

salam.. bro. thanx untuk info…. err.. bro ada info pasal nd filter.. kwn dok cari jumpa baca xpaham…
Entri Terkini han – taman botaniMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 29th, 2012:

nnti aku buat entri pasal filter ;)

#76 Posted by Aksesori DSLR (DSLR Combo) | TarmiziShukri's Blog (30 January, 2012 at 12:33 am )

[...] dah beli, sekarang nak beli apa lagi ye? Flash atau lens? Kalau lens nak beli yang mana satu?” Pastinya soalan ini akan bermain-main di kepala lepas [...]

#77 Posted by Apa itu DSLT? | TarmiziShukri's Blog (16 February, 2012 at 5:19 am )

[...] ketika mengambil video menggunakan DSLT. Disebabkan kepantasan DSLT dalam focusing, sesetengah lens tak sesuai untuk DSLT. Contohnya kalau korang pakai Sony a55, lens seperti SAL 18-70mm dan SAL [...]

#78 Posted by rasyidtayib (21 February, 2012 at 10:30 pm )

Brooo…nak tnyalah,sya bru aje beli Canon 60D ( BODY ) & leans guna EF 24 – 70mm f2.8 L USM,PERLU KE…? Sya guna speedlight sediada dibody kemara…..cukup ke power nyaa? dan perlu ke ..battery grip utk sokongan power,

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 22nd, 2012:

speedlight perlu kalau selalu ambik gambar indoor, bateri grip tu tak perlu sangat, melainkan selalu ambik potrait..

#79 Posted by mimi (27 February, 2012 at 11:44 pm )

bro nk tanya,kitlens sy canon 18-55mm x blh AF la…blh repair x?kalau repai brapa budgetnya?

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 29th, 2012:

boleh repair, bajet dalam 100-150 kalau tak silap

#80 Posted by Luci-el (4 March, 2012 at 12:56 am )

Salam bro…Mungkin sya telah ketinggalan, sya nak tnya, Nikon D90 apa2 lens sesuai tak contoh kalau saya guna lens SIGMA 70 300mm F4 5.6 DG Macro..

[Reply]

#81 Posted by afiq (8 March, 2012 at 9:47 pm )

salam bro…sy nk tanya btoi ka klau camera canon lens pakai jenis len cntohnya tamron, bleh rosak camera ke?..canon center yang ckap..ada efek kt camera x?

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 10th, 2012:

mitos je kot.. ramai je kwn sy yg pakai canon berlensakan sigma..

#82 Posted by krom stoner (18 March, 2012 at 10:18 pm )

kalo sy yg suka shoot utk majlis p’khawinan,p’mandangan,binatang2 apa lans yg paling sesuai dgn hrg yg b’patutan?

[Reply]

#83 Posted by luci- (20 March, 2012 at 11:00 pm )

kamek pakey nikon D5100..Mun kamek mok pakey lens 70-300mm, apa brand sesuai utk D5100 kamek..TQ…

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 24th, 2012:

try tamron..

#84 Posted by nash (21 March, 2012 at 9:07 pm )

salam….bro nak tanya saya guna D3100 Lens Masih guna 18-55mm.. tapi nak shoot weding
1) boleh tak saya gunakan lens 18-55mm untuk weding?

2)lens yang patut saya beli untuk weding?

3)kalau lens 50mm 1.8g ok tak untuk outdoor?

tolong komen sikit nak beli lens yang mana….
=(

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 24th, 2012:

saya akan reply soalan ni pada entry seterusnya..

#85 Posted by khairul (29 March, 2012 at 4:50 pm )

slm, selain harga, apa beza 50mm f/1.8D dengan 50mm f/1.8G

[Reply]

#86 Posted by wanie (24 April, 2012 at 1:43 am )

salam…
saya nk tnya yer..kalo sy nk amik pic untuk tudung sahaja prime lens ke paling ok?
sbb sy nk amik untuk blogshop tudung sy..warna2 yg sy amik mesti xcantik pon…huhuhu..
boleh tlg ajar x?
ke sebab dslr sy cuma dslr d5000 sahaja??

[Reply]

TarmiziShukri reply on April 26th, 2012:

wasalam, kalau nak warna lebih menarik, kena tau cara setting white balance, lagi satu tukar color mode kepada vivid dan exposure kena balance ;)
p/s-takda kaitan dengan kamera apa yang awak pakai

#87 Posted by Amer Asyraf (1 May, 2012 at 10:44 pm )

Bro!!.. antara bnyak2 lens.. yang mana uke.. sbb orang macam ak nie.. x suka guna lens banyak2… so syorkan kat ak… yang mana satu lens sesuai aku guna.. sbb photography nie hobby ja bg ak., thans…..

Mr 23.
Entri Terkini Amer Asyraf – Guna µTorrent Untuk Cari Movie & File SebagainyaMy Profile

[Reply]

#88 Posted by naufal (5 May, 2012 at 10:03 pm )

salam..
sy nk tahu kedai yg mnjadi pilihan area kl..
satu lg d5100 ngn d90 yg mne lg bgus.. :oups:

[Reply]

#89 Posted by luci-el (12 May, 2012 at 1:08 am )

Apa 70mm-300mm zoom lense paling sesuai untuk Nikon d5100?.Nikon D5100 body xda motor..

[Reply]








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: