
Filter adalah salah satu aksesori wajib. Fungsi utama filter adalah melindungi lens dari anasir-anasir jahat seperti pasir, debu atau cap jari dari mencemar kesucian lens. Filter ada banyak jenis dan setiap jenis filter ada fungsi dan kelebihan sendiri. Jom kita tengok.
UV Filter

Ni filter paling common, semua yang beli DSLR ada lens ni. Biasanya masa korang beli DSLR filter akan diberi secara percuma (cap ayam), takpun salesman akan bagi diskaun baik punya. Fungsi UV filter ialah menapis sinar UV dari merosakkan lens dan sensor kamera.
Namun kamera DSLR sekarang kebanyakkan dah ada “UV coating” pada sensor dan lens. So penggunaan UV filter pada masa sekarang hanyalah berfungsi untuk mengelakkan lens dari terkena debu/pasir/cap jari.
Circular Polarizer Filter (CPL)

CPL filter berfungsi untuk menaikkan saturation, maksudnya kalau langit biru, birunya akan lebih biru kalau pakai CPL (ayat apakah ini?..haha). Fungsi kedua ialah membuang pantulan atau reflection pada cermin lutsinar atau air. So bila orang ambik gambar ikan dalam kolam contohnya, pantulan cahaya pada air kolam takkan kelihatan, menjadikan gambar ikan lebih jelas.

Neutral Density Filter (ND)

ND filter pulak bolehlah disamakan seperti kaca mata hitam. Kalau korang tengok warna ND filter pun memang kaler hitam. Fungsi utama ialah mengurangkan cahaya yang masuk supaya korang boleh menggunakan teknik “slowshutter” pada siang hari.
ND filter digredkan bermula ND2 dan paling tinggi ND8192. Makin tinggi nilai ND filter, makin kurang cahaya yang masuk. Tapi kalau korang nak beli, beli ND8 dah cukup. Takpun beli adjustable ND filter yang mana korang boleh ubah nilai dari ND2 sampai ND400. Cuma harga memang nenek mahal..hehe.

+ gambar kiri tanpa menggunakan ND filter, kanan ada ND filter + slowshutter (credit : blog.snapsort.com)
Infrared Filter (IR)

IR filter menapis spektrum warna lain dan hanya membenarkan cahaya infra merah menembusinya. Gambar akan jadi kemerah-merahan dan korang perlu buat sedikit editing dalam Photoshop untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Seriusly teknik ini memang sangat cool, korang boleh tengok contoh gambar infrared dalam entri “12 Imej Memukau Infrared Photography”
*****
Antara brand filter yang aku rekemen ialah Hoya, Cokin, B+W, Carl Zeiss atau Kenko. Brand lain aku tak pasti sebab tak pernah guna, cuma nasihat aku, jangan beli filter cap ayam sebab biasanya filter cap ayam akan menjejaskan kualiti gambar. Rugi je kan beli lens mahal-mahal lepas tu letak filter murah. Umpama beli laptop yang skrin high resolution, pastu tempek screen protector yang harga RM10.
TIPS: untuk korang yang bercadang nak beli DSLR, aku cadangkan korang terus ambik CPL filter. Kalau korang beli 2 lens sekaligus, beli satu je CPL, lens lain boleh pakai UV filter. Tak perlu beli untuk setiap lens melainkan korang ada banyak duit

