Sebenarnya lama dah aku nak redesign blog ni memandangkan dah setahun lebih design yang sama. Tapi atas faktor kesibukan dan kemalasan, tertangguhlah sampai berbulan-bulan. Ada yang cakap, kenapa tak tukar je template? Bukan tak nak tukar, tapi aku sayang theme ni sebab banyak dah aku ubahsuai. Kalau nak tau, nama template yang aku guna ni ialah “Divine Sunset”.
+ Divine Sunset
Atas batas-batas masa, aku sempat design header je, tu pun design ala kadar. Cuti sem Januari nanti baru aku redesign sepenuhnya blog ni. Tema dan konsep mungkin ala-ala vintage. Tengoklah macam mana nanti, harap-harap idea masa design nanti mencurah-curah.
Entri kali ni 100% dikarang menggunakan ipad semasa aku dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Batu Caves untuk wedding assignment. Memang senang bila dah ada tablet ni, ada idea je boleh terus karang guna apps wordpress walaupun takda internet.
+ Semasa entri ini ditulis
Selain itu jugak, aku akan buang widget Google Friend Connect sebab tak lama lagi wordpress dah tak support GFC untuk platform selain blogger. Alternatif lain ialah korang boleh guna plugin “RSS Feed Reader”, boleh install kat Google Chrome. Untuk Firefox aku tak jumpa pulak plugin yang sama.
“RSS Feed Reader” ni sangat memudahkan aku melihat update dari blog-blog yang aku subscribe. Tak perlu kot aku cerita panjang, try sendiri
+ feed reader terbaik setakat ni
Rasanya dah agak lama tak update pasal tips fotografi ni. InsyaAllah ada masa terluang aku cuba update, sekarang sibuk dengan final projek untuk sem ni dan projek-projek PixelPecah Studio. Tahun ni kena kerja bagai nak gila sebab tahun depan kalau boleh nak daftar PixelPecah Studio dan dirikan studio fotografi/grafik sendiri. InsyaAllah.
Kalau korang ada tips yang best nak dikongsikan kat sini, aku amat mengalu-alukan jadi penulis jemputan. Sebagai balasan, blog korang akan diiklankan secara percuma di blog ni selama sebulan yang purata 600-1000 UV sehari.
So amacam header blog baru ni, ok tak?
Related posts:








19 Comments to “Header Baru”