
Salam semua… Kebelakangan ni aku agak sibuk membuat persiapan raya. Maklumlah tahun lepas aku beraya di perantauan, so raya kali ni biar happening sikit, nak menebus raya tahun lepas..hehe. Dah masuk hari ke-3 aku dan adik-adikku mengecat rumah. Tak siap-siap jugak, padahal rumah ni takla besar mana pun, tapi mungkin sebab rumah lama dan rumah pusaka ni pun lama dah terbiar tak diservis. So nak mengecat rumah lama macam rumah aku ni memang agak leceh.
Dalam semingggu nak raya ni aku jarang online, rumah pun tunggang langgang, kucing peliharaan pun sampai mati sebab takda orang peduli
. Aku online sekarang pun tangan masih bercat, tak sempat nak basuh. Laptop ni lagilah, macam dah kena conteng oleh budak umur 3 tahun dengan watercolor..hehe.. Kesian inspiron 6400 aku ni, lepas raya ni aku “kalerkan” ko pulak ye.
Kalau rumah masih tunggang langgang, shopping tak payah cakaplah, memang takkan sempat punya. Baru semalam ayah aku ajak keluar, itu pun aku sempat beli songkok je. Tapi tak kisah sangat, dah besar kan, feel raya tu takda sangat. Cukup sekadar songkok dan sehelai baju raya.
Cuma raya kali ni agak sunyi tanpa nenekda yang dah pergi. Biasanya time macam ni nenek akan duduk kat dapur menganyam ketupat. Pastu aku dan adik-adik akan menyibuk nak menganyam, tapi dalam menyibuk tu nenek layan jugak cucu-cucunya ni, sampai aku sendiri pandai menganyam ketupat. Banyak betul yang aku rindu sejak ketiadaan nenekda, leteran, masakan, kuih muih, senyum dan raut wajahnya.
Begitulah sedikit sebanyak cerita Tarmizi Shukri dalam bulan Ramadhan ni. Tapi siapalah aku nak cerita kisah peribadi kat blog. Aku bukanlah sefames, Khai dan Ariff Shah, diorg ni kalau post dua tiga ayat pun berderet yang akan komen. Blog aku ni berapa kerat je nak komen..hehe.. Anyway terima kasih kepada pengomen dah stalker setia blog ni. Tanpa korang, ranking blog ni taklah naik mencanak dari juta-juta bulan lepas ke 777950 (setakat 8.35pm, 3 September 2010). Kepada mereka yang request tutorial dan tips fotografi, aku akan cuba tunaikan request korang lepas raya, harap sabar menunggu.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.. Raya elok-elok, jangan mabuk-mabuk..hehe..
p/s- ramai yang tanya progress “30 Hari Ramadhan”. Projek masih berjalan cuma aku agak lost sikit..hehe.. gambar pun dah bercampur-campur, rasanya lepas raya kot aku publish, maybe lambat sikit sebab nak check dulu tarikh gambar diambil.
Tiada Entri Yang Berkaitan





3 Comments to “Entri Menjelang Lebaran”