TarmiziShukri's Blog

  • Utama
  • Tips Fotografi
  • Bengkel
  • Arkib
Home » Fotografi » Elak Gambar Blur Dengan Tips-Tips Ini

Elak Gambar Blur Dengan Tips-Tips Ini

Oleh Tarmizi Shukri 18 Comments

Kongsi:
Facebook10
Twitter0
Pinterest0

SONY DSC

Dalam 2-3 hari ni aku akan berkampung kat tepi sungai Sarawak di tengah-tengah bandaraya Kuching untuk menyaksikan salah satu acara tahunan yang mendapat tempat di “World Event” iaitu “Sarawak Regatta”. Tapi sebelum tu aku nak share sikit tips-tips untuk mengelakkan gambar blur.

Dalam bidang fotografi, banyak kesilapan seperti underexposure, overexposure, framing dan banyak lagi boleh diperbetulkan dengan software2 seperti Adobe photoshop, Adobe lightroom, Gimp dan banyak lagi. Tapi bila dah blur, memang susah nak sharp’kan balik. Walaupun ada banyak cara nak sharp’kan gambar seperti Unsharp Mask, hasilnya masih tidak memuaskan. So cara yang terbaik ialah untuk elakkan gambar atau imej menjadi blur.

Antara tips2 untuk mengelakkan gambar blur;

1. Pegang kamera dengan cara yang betul

Pegang kamera dengan cara yang betul untuk mengelakkan camera shake. Camera shake bukanlah sejenis minuman, tapi berlaku bila shutter ditekan dan pada masa yang sama tangan korang  pun bergerak sama. Untuk mengelak camera shake, ikut step-step berikut;

  • pastikan lengan atau siku rapat ke bahagian dada.
  • tarik nafas dan tahan.
  • tekan shutter separuh untuk fokus pada objek sampai ada bunyi “bep!”
  • tekan shutter sepenuhnya
  • lepas nafas (betul ke ayat aku ni?)
  • tengok gambar yang dah korang ambik, kalau tak sharp cari sungai berdekatan dan campak je kamera tu kat sungai. Hehe..

2. Gunakan Tripod

“The Ultimate Tool” untuk mengelakkan gambar blur. Tapi hanya sesuai digunakan untuk shot objek-objek statik seperti landskap dan gambar potret yang tidak melibatkan pergerakan yang banyak seperti gambar formal.

3. Shutter Release

Walaupun korang dah guna tripod, tapi gegaran ketika menekan shutter masih boleh menyebabkan camera shake. Untuk mengatasi masalah ini, pakai remote shutter release. Kalau takda remote, boleh setkan timer kat kamera korang.

4. Shutter speed yang sesuai

Entri yang lepas aku dah cerita pasal shutter speed. Untuk gambar yang sharp, korang kena guna shutter yang tidak kurang 1/60 (handheld). Lagi satu, elakkan shutter speed yang kurang berbanding focal length.

  • Focal length 50mm=shutter speed  1/60 dan ke atas.
  • Focal length 125mm=shutter speed  1/125 dan ke atas.
  • Focal length 200mm=shutter speed 1/250 dan ke atas.

5. Aperture tinggi

Bila korang gunakan aperture yang rendah seperti f1.8, area fokus akan menjadi kecik menyebabkan amat sukar nak fokus pada sesuatu objek seterusnya menyebabkan gambar blur. Aku sendiri pun kadang-kadang selalu dapat gambar blur sebab guna aperture rendah. Jadi, guna aperture yang tinggi seperti f8.0 supaya subjek fokus sepenuhnya. Jangan risau kalau gambar korang kurang bokehnya sebab lebih baik takda bokeh dari gambar blur.

*****

Harap korang dapat follow 5 tips yang aku bagi, kalau ada istilah atau terms yang korang tak faham jangan malu bertanya & aku suggest korang baca tips2 yang aku dah tulis sebelum ni, terutamanya Asas-asas Fotografi sebab semuanya ada kaitan. Selamat Mencuba 🙂

Related

Filed Under: Fotografi30/07/2010

About Tarmizi Shukri

Founder, jurugambar & pereka bentuk grafik separuh masa di bawah label PikselPecah Studio. Separuh masa lagi merupakan pelajar peringkat Sarjana ni UPSI. Sangat suka tempe & kari ayam. ---> Facebook Page | Twitter

Ruang Sembang

  1. AidielRezza says

    01/04/2015 at 7:32 PM

    mcmmna nk ubah aperture klau guna nikon d60…ble ajar?

    Reply
  2. Apish says

    12/03/2015 at 2:39 PM

    Salam..Sy nk tanye.mcm mne nak setting menggunakan mod manual utk mengambil gambar orang yang bermain bowling dalam keadaan gambar sharp dan mengelakkan daripada gambar pergerakan seseorang ataupun objek itu menjadi blur.harap mintak tolong ajar.
    1. nixon d7000
    2. canon eos 600d

    Reply
  3. Nurul Oktavia Agri says

    26/04/2013 at 6:10 PM

    Yang tau tolong bantu aku dong . Kok slr saya canon600D kalo ngejepret suka ngeblur dan gak bisa pake autofokus. kalo pake manual focus hasilnya ngeblur semua dan susah ngedapatin fokusnya. cara perbaikinya gimana ya ? makasih:)

    Reply
  4. budak baru says

    19/02/2013 at 12:47 AM

    maaf bertanya . macam mana nak tukar shutter speed tu ek? *tersangat blur* mohon diajar . 🙂

    Reply
    • TarmiziShukri says

      19/02/2013 at 5:25 PM

      rujuk manual 🙂

      Reply
  5. yana says

    16/06/2011 at 11:50 AM

    so perlu ke resize kat photoscape tu? sbab kalau compact plg besar pn baru 1mb…dslr nk cecah 5mb…resize pun saya tgok mb dia tk jd kecik pun…boleh buat tuto standard resize yg mizi selalu buat? thank you 🙂

    Reply
  6. Yana says

    03/06/2011 at 12:23 PM

    kalau gambo yang upload kat blog pecah-pecah pulak camana? ada yg kata kena buat akaun flickr & upload through flickr barulah cantik or boleh setting kat mana2? tengok gambo mizi semua clear je…kat blog ni kata kena resize dulu…so album tk penuh especially domain free

    Reply
    • TarmiziShukri says

      03/06/2011 at 8:56 PM

      tak jugak, pastikan jgn compress kecik sangat.. gambar kat blog ni pun x memang ada dari flickr, tp kebanyakkan upload trus..

      Reply
  7. efa says

    02/06/2011 at 6:33 PM

    thnx 4 the tips, no 1 ya mcm dari nikon pun website, ngeeee 😛
    Entri Terkini efa – Tourist Guide di KuchingMy Profile

    Reply
    • TarmiziShukri says

      02/06/2011 at 6:45 PM

      oh, kebetulan kot, sbb semua tips kmk tulis secara sepontan & dari pengalaman..

      Reply
  8. dean says

    16/04/2011 at 10:18 AM

    nice tips bro..thanx..sgt2 membantu:-)

    Reply
    • TarmiziShukri says

      16/04/2011 at 8:56 PM

      sama2 🙂

      Reply
  9. saiful says

    14/04/2011 at 12:08 AM

    kalau gambar blur pada wajah muka atau separuh badan selepas menangkap gambar, apa yang perlu dibuat semasa nak edit.

    Reply
    • TarmiziShukri says

      14/04/2011 at 11:50 AM

      bergantung pada tahap ke’blur’an. kalau blur ckit boleh repair pakai sharpening tool.. kalau blur banyak, tak boleh buat apa dah 🙂

      Reply
  10. tarmizishukri says

    30/07/2010 at 7:08 AM

    InsyaAllah kalau cuaca tak panas sgt 🙂

    Reply

Sepatah Dua Kata Boleh?: Cancel reply

CommentLuv badgeShow more posts

tips fotografi terbaik

# Entri Popular Minggu Ini

Kategori

Media Sosial

4,442 Peminat Setia
4,220
0
222
0

Penulis

Untitled-1

Tukang tangkap gambar & penulis di blog ini. Lagi mengenai penulis.

Instagram

Twitter

Tweets by @tarmizishukri
© 2009 - 2014 · Hakcipta Terpelihara · TarmiziShukri's Blog ·