DSLR Untuk Beginner

Kongsi:

dslr untuk beginner DSLR Untuk Beginner

+photo courtesy of Sulaiman Alriyami

Kebanyakkan mereka yang nak beli DSLR selalu keliru DSLR mana satu yang sesuai untuk mereka. Ada kes seorang member aku, langsung takda pengalaman guna DSLR, bila nak beli, terus beli model yang advance. Last-last kamera tu dia jual dan tukar dengan digital kamera. Padan muka, aku suruh beli model untuk beginner taknak dengar, berlagak sangat beli yang advance..haha..

Baiklah, entri kali ni akan beri sedikit panduan untuk beginnner/newbie beli DSLR pertama. Sebelum kita pilih model DSLR, jom tengok dulu apa ciri-ciri yang perlu korang ambik berat masa nak beli kamera pertama.

1. Mudah digunakan

Interface kena menarik, senang dan tak serabut. Nak pegi kat mana-mana setting pun tak susah. So far yang aku tengok Sony memang terbaik dalam user interface yang mesra pengguna.

2. Live View

Live View bukanlah fungsi yang wajib, tapi dari pengalaman aku, LV memang diperlukan dalam keadaan tertentu, terutama bila nak shoot pada sudut yang sukar. Lainlah korang jenis yang tak kisah menonggeng di khalayak ramai.

3. Harga Murah

Biasanya untuk entry level DSLR, korang boleh dapat dalam harga sekitar RM2500. Aku tak galakkan korang beli kamera yang mahal. Lebih baik invest untuk akserosi seperti lens atau flash.

4. Brand Kamera Member

Pilih brand yang kebanyakkan member korang pakai. Contohnya kalau ramai member yang pakai Canon, korang beli Canon. Jadi senang korang nak mintak ajar atau berkongsi aksesori. Make sense right?

Korang boleh baca entri “Nak beli mana satu?” untuk tips-tips yang lebih lengkap.

Antara DSLR yang aku rekemen untuk beginner adalah seperti berikut. Harga bawah rm2500.

1. Canon 1100D/1000D

canon eos 1100d DSLR Untuk Beginner

2. Nikon D5100/D3100

nikond51001 DSLR Untuk Beginner

3. Sony A550/A500

Ada banyak lagi brand macam Pentax, Olympus dan Lumix. Cuma masalah dengan brand-brand ni adalah aksesori 3rd party yang limited. So agak susah kalau korang cari lens, flash atau aksesori lain untuk brand-brand ini.

sony alpha a500 DSLR Untuk Beginner

Lepas beli kamera tu, jangan lupa baca manual. DSLR bukanlah macam mesin basuh, tak baca manual pun korang boleh guna. So please read your manual. Tak payah pegi internet atau pegi kedai buku cari majalah fotografi, khatam dulu manual. Manual tu umpama “muqaddam”. Tak khatam muqaddam, macam mana nak baca Al-Quran? Betul tak?

Lagi satu, bagi yang tak cukup bajet, korang boleh beli second hand DSLR. Jangan risau beli DSLR second hand sebab kebanyakkan DSLR second hand masih dalam keadaan baik. Boleh rujuk entri “Tips Beli Kamera Terpakai”.

Apa-apa pun, dalam memilih DSLR, yang paling penting ialah keselesaan. Kalau korang pegang DSLR tu dan korang rasa selesa, abaikan tips-tips yang aku bagi, terus beli DSLR tu. Itulah yang aku buat masa beli DSLR pertama 4 tahun lepas. Mulanya aku memang nak ambik Nikon d40x, tapi bila pegang Sony A300, rasa selesa sangat bila pegang, dan aku terus grab Sony A300 walaupun mulanya Nikon d40x tu idaman aku.

Mengenai aksesori pulak, aku akan buat dalam entri seterusnya. Aku akan cuba guide korang untuk pilih aksesori DSLR sama ada lens, battery grip, atau flash yang patut korang beli dulu.

Harap entri ringkas ni sedikit sebanyak membantu korang untuk beli DSLR pertama. Adios icon smile DSLR Untuk Beginner

Ruang Sembang

  1. Sofia says

    Tnye cket mane nak carik sony A3000 sbb mostly kedai sye pergi semua jual canon or nikon…

  2. shahira says

    nak tanya, kalau ni kan yang dslr untuk beginner dalam tahun 2012 kan? kalau sekarang ni (2014) ada tak dslr untuk beginner but harga dalam lingkungan rm1500 – rm1800? thanks :)

  3. Lee Yana says

    Salam,
    Saya berminat untuk tahu mengenai penggunaan bateri tiruan. Boleh dijelaskan secara terperinci kerana saya masih baru di dalam dunia fotografi.

    Terima kasih.

    • says

      Saya tak pasti pasal bateri tiruan sebab susah nak kesan. Kalau taknak guna ori boleh cuba bateri dari pengeluar 3rd party mcm Octopus. Tapi seeloknya beli ori.

  4. Arimeera says

    Sy nak tau pasal flash. Cri2 ap yg perlu ad pd flash tu. And kalau sy ni pengguna nikon d5000, ap suggestion yg terbaik utk pilih flash.

  5. Arash_luqman says

    Bro…saya pminat wide lens..tapi xda yg mnckupi bajet..heheh:…bley suggest wide angle bawah 1k…tq bro..!!

  6. azli says

    salam..nak tanya sikit, kalau kita tangkap gambar, mcm mana nak jadikan gambar tu hak milik kita sendiri, takut diciplak orng lain plak..

  7. Zie says

    Assalam, bro nak tanya sikit.

    Skrg sy dah ada Canon eos 1000d, 18-55mm tp skrg ni sy nak tambah zoom n flash..sy selalu guna amik gmbr kenduri kendara,majlis kawin n memang suka amik gmbr kengkawan la katakan…skrg ni plak mcm nak buat part time job jer.. kekdg org puji hasil gmbr yg sy amik tu cantik (bukan nak puji diri) mungkin sbb minat..
    boleh tak suggest lens yg sesuai mengikut bajet n yg penting kualiti..

  8. says

    As Salam, Fuji X-S1 ni DSLR or bukan?

    Ni belipun barang 2nd. Sebab masa beli tu si penjual bawa Fuji X-S1 (Made in Japan) dengan Nikon D3200 (Made In Taiwan). Tapi masa test2 tu. Adik saya kata Fuji X-S1 gambar dia lagi nampak neutral berbanding Nikon D3200. Mula-mula tu memang niat nak angkut Nikon D3200. Tapi last2 ambil Fuji X-S1. Agak2 ok tak kamera ni?

    sebab dok survey aksesori untuk kamera ni kat internet. Tapi kamera fuji ni limited aksesori la pula.
    Entri Terkini M’Rie R’Nie – FAQ SPM(U) dan Persendirian (MAC01/2013)My Profile

  9. irsyam says

    salam,
    saya br beli canon 650D. dok pikir2 tadi nk lens 18-55 or 135. sekarang dah amik yg 55 sekali terasa nak tukar 135 la plk apa pandangn saudara better 18-55 or terus pakai 135. saya baru nk pakai dslr so mmg newbie la boleh katakan.huhuhu

  10. says

  11. nazihah says

    salam..bro. Nikon D3200 ok x untuk beginner?? Atau bro leh cadangkan jenama dslr lain yg sesuai untuk beginner.

  12. maiaidris says

    salam.. sy baru na start bjinak dgn dslr ni. sy bcadang na beli CANON EOS 650(18-55MM). oke ke x ? rlly appreciate if boleh bagi pndapat.

  13. Aidil says

    Salam tuan, saya ni baru beli canon 1100d, melalui pemahaman saya, shutter tu adalah kelajuan kamera snap gamabar dan aperture tu kawalan cahaya masuk, kalau rendah aperturenye maka banyak cahaya yg masuk, kedua-duanye macam nak sama fungsinye, yang mana lebih penting untuk dikawal supaya dapat kualiti gambar yg cantik? terime kasih tuan

  14. faris says

    as salam?? nikon coolpix l810 keluaran terbaru nikon adakah sesuai untuk beginner?? n mmg murah.. :[

  15. mirol says

    sya bru lps bli camera DSLR..sy nk bljar mngenai camera nh…ad group or tempat yg sy bley bljar ttg camera nh..

  16. iera says

    Canon EOS 1100D & Nikon D3100 , mana best? x nk dgr pape nk uolz jwb salah satu je.. plz….. spec sume da thu tp still dlm dlema! nk nikon d3100 tp ada bce2 depa ckp x de auto focus n ketinggalan.. fuh! canon ok cume spec dea kurang dr nikon~~ :)

  17. diya says

    salam.. nak tnye klau 60d ssuai ke untk entry lvel y zero tntang DSLR ni? sy da sankut dngan 60d ni huhuhu..

  18. syam says

    salam.. tnya skit antara d3100 @ d5100 better ambek yang mana.. ada mmber2 ckp beli d3100.. tapi beza harga dgn d5100 xlah jauh sgt.. mohon pndpt.. :((

  19. MH says

    Salam, hi im still a student. and dlm rundingan, parent nak beli kn Canon 1100d for me. Ni kira first time lah mok beli dslr so, kira match x if I own a Canon 1100d sbb org ckp yg im just too young to own one. So I choose to ask yg pro lah about this. Jadi whats on your mind about this? :)

  20. badrul says

    salam bro TS , mmber sy ni dia bru nk maen kamera dslr , pas tu dia nk angkat d90 satu, pd pndpat TS, sesuai x beginner pkai d90 sbb ad org kate colour d90 x lawa…tolong sy.. :8

    • says

      bukan tak sesuai sbb kaler tak lawa.. kaler tu boleh set sendiri. cuma d90 tu agak advance utk beginner.. kalau baru lagi, ambik model yang paling basic..

  21. zahid says

    Salam,
    Soalan 1. streets photos. Kalau subject benda bila shoot, senang. kalau people mcm mana pulak. Kadang rasa segan selalu, scene dah cantik tapi. dia tengok kita dgn pandangan “apahal mamat dok ambik gambar ni”.
    So how do you overcome this. Mintak izin ke kita nak ambik gambar or just shoot dulu baru bagitau. (kena marah)
    Kat pasar mlm banyak scene2 yg best, kena dgn warna & lighting, tapi mostly org tengok semacam sj kita dok snap sana sini. How.
    Bagi tips2 sikit. Or aku muka tak malu. main redah je.
    Ye la zaman digital ni. Nanti dia ingat kita nak keluarkan gambar dia dlm papagomo pulak.

    • says

      rasanya bukan sebab NX11 ni mirrorless, tp bentuk & fungsi mcm dslr.. sesuai kot utk yang nak kamera ringan mcm akak. cuma satu je, aksesori 3rd party terutama lens tak ada.

      kalau rasa takda plan nak tambah lens, boleh kot beli, tapi kalau ada, better cuba brand lain.. sony a55 mungkin? kecik & ringan jugak.. ;)

  22. says

    memang minat DSLR ni since 2009 sbb ikut adik makcik outing..
    2011 baru dapat..beli bukan sebab trend tapi sebab minat..manual dah baca tapi tetap tak cekap guna..mak tak bagi bwk keluar camera ni..lol..tak tahu nak shoot ape..haha luahan hatiku
    Entri Terkini Ahmad Uzair – Info : Kapsul Tahun 2011My Profile

  23. zahid says

    Bagus tips2 yg saudara berikkan. Bahasa yg mudah dan senang di pahami. Sy baru dlm ambik gambaq ni. Kamera pun yg point & shoot shj (super zoom). MMg nak upgrade ke full DSLR dlm masa terdekat ni. Sblm tu sy nak kena paham istilah2 mekanikal photographer ni. Dan cuba sendiri menggunakan kamera yg dah ada ni. Agak2 dah paham basic2. Saya akan teruskan dgn membeli kamera lain.

    Fuji camera X series (X10 & X100) mmg mahal. dekat2 3K. Dlm februari fuji keluar X series baru X S1 (sensor sama dgn X 10) tapi super zoom. . Koman2 pun harga mesti cecah 3K. Mungkin saudara pernah guna x series atau pun tahu serba sedikit pasal fuji X series. Sbb bg saya salah kelebihan yg saya tengok ialah sensor yg ada pada x series ni. (wlpn x berapa pasti X series ni utk apa – zoom? gambar.ISO? dsbnya). Bila bandingkan features dgn kamera taraf DSLR. lebih kurang sama, lebih nya X zoom yg tinggi.
    Adakah kamera spt ini buleh di pertimbangkan bersama kamera DSLR?

    • says

      tak semestinya kena pakai dslr.. setiap kamera ada kelebihan. contoh macam fuji X S1, sesuai untuk mereka yang ambik gambar hidupan liar, sebab jarak zoom sangat jauh, kalau dslr mungkin kena cari lens 400mm & harga confirm mahal.

      so kat sini, nak beli kamera tanya dulu kat diri sendiri, “aku nak shoot apa?”

  24. Shukhoi says

    Hello bro, Selamat siang petang dan malam. Nak tanya, A500 tu ISO dia ok ke?

    Saya skrg ni pakai A390, ISO A390 bila tggi sikit noise jelas sangat la. Sedih betul (Bt muka 30sen) bila kwn ajak kluar jln2 amb gmbr waktu malam.

    • Shukhoi says

      Tak tentu, saya selalu tukar ISO sens depend dgn keadaan. Tapi sekitar ISO 1600 camtu dah jelas. 800 masih boleh terima. 3200 nampak kertas pasir dah. Skrg tgh cari body yg bgs sikit, A55 dlm kepala skrg. Ada nasihat? :)

      • says

        so far aku pakai a550 ok kot iso, tapi 1600 limit, lepas tu noise mmg banyak. a55 rasanya takda masalah kalau 1600. Tapi better beli prime lens mcm 50mm 1.8, so tak perlu pakai iso sampai 1600 ;)

  25. 7th_heaven says

    tq bro…sume tips yg diberi mmg berguna…sy baru nk bli dslr…tp skrg sony ada model SLT…(contoh a35)…utk entry level gak…cam nikon d3100 & canon eos1100d…adakah kamera slt lbih bgus dr dslr…tq…

  26. bad says

    wow , trima kasih atas sgala tips2 yg dibrikan , sy dh beli satu nikon d5100 baru sekali kitlens , lebih kurang 6 bulan lepas , sy sbenarnya peminat macro ,boleh x tarmizishukri cadangkan lens macro apa yang sesuai utk kamera sy ??terima kasih :D

  27. abbas says

    Dah beli 500D. igt nk upgrade cmera.
    tp tgh konpius nk bli 50mm dlu ke.. speedlite dlu..
    emm agak2 incik Tarmizi mna yg patut beli dulu?? mnta tnjuk ajar^^,

Sepatah Dua Kata Boleh?:

CommentLuv badge