
Seperti yang dijanjikan, hari ni aku nak tunjuk cara-cara nak buat custom bokeh. Pada asalnya aku nak buat sendiri tutorial ni, tapi terjumpa pulak video yang aku rasa agak bagus untuk korang ikut. Jadi tak perlu kot aku nak terangkan satu persatu apa yang korang kena buat. Kali ni aku just nak tekankan cara nak shot sahaja.
Apa yang korang kena buat ialah:
1. Untuk hasil yang terbaik, korang kena pakai prime lens kerana prime lens mempunyai bukaan aperture yang besar. Contoh lens seperti 50mm 1.8. Lagi kecik nilai F (makin besar bukaan aperture) lagi bagus.
2. Guna tripod untuk elak ke’blur’an pada gambar.
3. Set mode kepada manual.
4. Gunakan nilai aperture yang paling kecil seperti F1.4 atau F1.8. Kalau korang guna kitlens 18-55mm, setkan kepada F3.5.
5.Perhatikan meter exposure, ubah shutter speed sehingga meter exposure menunjukkan nilai “0″.6.
6. Kalau dah siap setting, korang boleh test dengan menekan shutter. Tapi pastikan korang menggunakan self timer atau shutter remote supaya tak berlaku gegaran pada kamera.
7. Tengok hasil pada kamera.
8. Ubah shutter speed sehingga korang dapat hasil yang memuaskan hati dah sanubari korang..hehe.
Dan hasilnya..






Dengan custom bokeh, korang boleh buat apa-apa bentuk bergantung kepada kreativiti. Pastu cuba cari sumber cahaya yang menarik. Gambar di atas salah satu contoh yang simple je. So kalau dah try tu, boleh send link kat ruangan komen. Kita tengok siapa yang paling kreatif, manalah tau aku bermurah hati nak bagi hadiah untuk yang paling kreatif
Related posts:





10 Comments to “Custom Bokeh”