
+thanks to Mr Nizar & Mimi
Nak buat watermark ni senang je. Korang hanya perlu tau nak gunakan software-software seperti Photoshop dan Illustrator. Untuk kali ni, aku akan tunjukkan macam mana nak buat watermark menggunakan Illustrator. Mungkin ada yang akan tanya, apa beza buat watermark dengan Photoshop dan Illustrator? Pada pendapat aku, Illustrator ni sesuai untuk design asas seperti line, shape dan sebagainya manakala Photoshop lebih kepada efek seperti shadow, glow effect dan banyak lagi. Kalau korang dah biasa guna kedua-dua software tersebut korang akan tau sendiri perbezaannya.
Read the rest of this entry »
Posted in Illustrator Oleh TarmiziShukri pada November 9th, 2010 | 13 Comments »

Setelah tertangguh agak lama dan atas permintaan ramai, hari ni aku akan buat tutorial photoshop yang pertama. Aku harap pembaca-pembaca blog ni dah tau tool-tool asas photoshop seperti brush, crop dan sebagainya sebab tutorial ni sesuai untuk intermediate dan ke atas. So hari ni aku nak ajar macam mana nak membetulkan gambar dimana subjeknya gelap manakala background atau latarbelakangnya terang. Gambar kat bawah menunjukkan gambar sebelum diedit dan selepas proses editing.

Biasanya untuk “mencerahkan” gambar, ramai yang pakai brightness. Tak salah, cuma bila pakai brightness, background akan jadi “overexpose”, so langit akan jadi putih, sangat tak lawa seperti gambar di bawah.
Read the rest of this entry »
Posted in Photoshop Oleh TarmiziShukri pada October 25th, 2010 | 12 Comments »

Lens adalah komponen penting pada sesebuah kamera. Kualiti imej yang kita ambil menggunakan kamera boleh dikatakan banyak bergantung kepada lens yang digunakan. Walaupun korang ada kamera 100 megapixel sekalipun atau dslr yang berharga puluhan ribu, imej atau gambar yang terhasil masih bergantung kepada lens. Kalau sebelum ni aku ada bagi tips untuk penjagaaan kamera, kali ni aku nak tekankan penjagaan lens.
Lens kena dijaga dan diservis secara kerap. Kalau boleh, setiap kali korang gunakan kamera, lens kena “diservis”. Untuk mencuci lens, perlu ada peralatan khas. Kalau ada habuk, tak boleh main tiup pakai mulut je. Kalau terkena jari, jangan lap pakai baju atau tudung awek korang..hehe.. Antara peralatan untuk mencuci lens ialah seperti blower, lenspen, cotton bud, dan liquid yang khas untuk lens. So aku akan tunjuk secara ringkas macam mana nak cuci lens dengan betul.
Read the rest of this entry »
Posted in Tutorial Oleh TarmiziShukri pada August 20th, 2010 | 16 Comments »