Jom Berkenalan Dengan Amoi Comel Ni

4706485639 db5af2fd92 Jom Berkenalan Dengan Amoi Comel Ni

Suprise!!! Haha… Buang tabiat kejap 20x20 big smile Jom Berkenalan Dengan Amoi Comel Ni

First of all, aku nak ucapkan terima kasih kat korang semua yang rajin vote gambar “Amoi” untuk kategori “Picture of The Year”. Semasa entri ni ditulis, gambar Amoi yang aku beri tajuk “Aren’t She Cute” berada ada kedudukan ke-9. Dalam pada tu, ramai pulak yang mesej aku bertanyakan siapakah Amoi? Jadi atas permintaan ramai, mari kita berkenalan dengan Amoi..hehe

Amoi ni anak buah aku yang pertama (anak kazen). Nama sebenar Amoi ialah Kamilia. Nama pendek pulak K-mi, tapi biasanya ktorang panggil Amoi je sebab muka macam anak Cina. Sebenarnya aku jarang-jarang jumpa budak ni, boleh kata dalam setahun tak sampai 5 kali jumpa. Biasanya jumpa masa raya dan kenduri saudara mara. Amoi memang budak yang fotogenik, tapi kena tengok mood dia jugak. Kalau kena pada masa, boleh dapat shot yang menarik seperti gambar pada entri “Model-model cilik dan comel”. Aku tak nak cakap banyak, just nak share beberapa gambar Amoi yang aku culik dari facebook kazen aku…hehe.

Read the rest of this entry »

Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Mac

fotochantek1 Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Mac

Salam semua… Lama tak jumpa..hehe.

Alhamdulillah Projek FotoChantek 2011 masih berjalan seperti biasa walaupun kebelakangan ni sibuk dengan tugasan menembak orang kawin, tapi tembak tak mati ye, tembak pakai dslr je..haha.

Untuk bulan Mac, tema agak senang iaitu Kucing. Rasanya ramai antara korang ada kucing di rumah, so takda masalah nak snap satu dua gambar. Kalau nak tau, kat rumah aku ni pun ada berbelas-belas ekor kucing, bukan kucing aku, tapi ayah aku. Sebenarnya aku tak suka kucing atau memelihara mana-mana haiwan. Bukan sebab benci, cuma tak nak rasa sedih bila haiwan yg aku pelihara tu mati. Walaupun lelaki, tapi aku memang sensitif bila tengok haiwan-haiwan yang comel ni mati  20x20 too sad Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Mac .

Jadi untuk bulan ni, rata-rata gambar yang di submit memang cantik-cantik belaka, ada nilai seni. Cuma ada beberapa perkara yang aku nak sentuh:

Read the rest of this entry »

Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Januari

Bokeh Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Januari

Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kat mereka yang menyertai “Projek FotoChantek 2011″. Seperti mana yang korang tau, tema pada bulan Januari  ialah “Bokeh”. Untuk pengetahuan korang, ini merupakan projek dan bukannya kontest. Kenapa projek? Sebab aku nak pastikan korang join atas nama “passion” dalam bidang fotografi dan bukannya hadiah semata-mata. Lagipun aku tidaklah menjanjikan hadiah yang lumayan dan meletakkan syarat seperti tag kawan, jadi followers dan buat entri khas. Korang cuma perlu upload gambar ke fanpage TarmiziShukri’s Blog, itu sahaja.

Jadi tanpa buang masa, pemenang untuk bulan Januari jatuh kepada:

Read the rest of this entry »

PROJEK FOTOCHANTEK 2011

projek fotochantek 2011 PROJEK FOTOCHANTEK 2011

 

{ Syarat-Syarat Penyertaan }

 

1. Setiap peserta dihadkan menghantar MAKSIMUM 2 gambar sahaja. Jika terlebih, 2 gambar pertama sahaja akan dinilai, selebihnya akan dibuang oleh admin.

2. Gambar hendaklah dimuat naik di fanpage TarmiziShukri’s Blog. Peserta boleh memuat naik gambar selewat-lewatnya pada 25 haribulan pada setiap bulan. Penyertaan yang lambat akan ditolak.

3. Pihak admin akan mengumpul gambar yang korang upload ke dalam satu folder yang akan diberi nama “Projek FotoChantek 2011 (Bulan -Tema)”.

4. Setiap peserta dikehendaki “promote” gambar masing-masing dengan apa-apa cara selagi tidak menyalahi undang-undang kerajaan Malaysia. Kalau korang tak nak promote pun tak apa, tapi markah kuranglah sebab markah bergantung kepada bilangan like yang korang dapat.

5. Peserta yang memiliki blog digalakkan meletakkan banner “Projek FotoChantek 2011″ di blog masing-masing. Kalau rajin, buatlah entri mengenai projek ini. Kalau ada buat entri tu, bagi link kepada pihak admin.

6. Peserta yang tiada blog hanya perlu share kewujudan fanpage TarmiziShukri’s Blog di akaun facebook masing-masing.

7. Pemenang pada setiap bulan akan dinilai berdasarkan penilaian juri (70%) dan bilangan like (20%). Tetapi jika gambar yang memiliki bilangan like tidak berjaya menambat hati juri, bilangan like akan diabaikan.

8. Itu je kot 20x20 big smile PROJEK FOTOCHANTEK 2011

 

{ Hadiah }

Walaupun ini hanya projek dan bukannya kontest, pihak kami akan menyediakan hadiah bulanan untuk memberi galakkan kepada peserta-peserta projek.

Pemenang setiap bulan akan mendapat wang tunai bernilai RM10. Untuk hadiah utama hadiah berupa sebuah kamera digital dari Canon/Sony.

Page 2 of 212