
Setelah hampir 4 tahun berblogging, aku cuma pernah join satu pertandingan iaitu “Education Blogging” peringkat kebangsaan dan dapat tempat ke-7. Kali ni aku mencuba nasib lagi dalam “Social Media Award” dalam kategori “Best Photography Blog”.
Kalau korang rasa aku layak menang untuk kategori ni, harap boleh bagi sokongan dengan menyedekahkan undian korang..
Cara-cara mengundi:
1. Pergi ke website Social Media Awards dan daftar untuk melayakkan korang mengundi.
2. Lepas daftar (1 minit je) pergi pada bahagian Category dan cari Best Photography Blog.
3. Undi tarmizishukri.com
Lepas undi tu promote-promote la kat kawan untuk undi blog ni ye. THANKS A LOT!!
Posted in Blogging, Kontest Oleh TarmiziShukri pada January 23rd, 2012 | 27 Comments »

Pejam celik pejam celik kita dah sampai bulan Julai rupanya. Rasanya baru je semalam aku dapat idea nak buat Projek FotoChantek ni. Idea yang mulanya untuk diri sendiri tapi difikirkan ada baiknya ajak pembaca blog ni join sekali. Sama-sama meningkatkan kualiti dari hasil hobi yang mahal. Baru berbaloi, betul tak?
Sebelum aku umumkan pemenang untuk bulan ni, aku nak jelaskan sikit isu hadiah yang tertangguh. Setakat ini sudah ada 5 pemenang, tapi cuma ada 2 orang je yang dah bagi maklumat yang aku nak. So aku tak boleh bagi hadiahnya kat mereka yang tak bagi maklumat ni. Antara sebabnya, lepas menang senyap je, terus tak ikut perkembangan projek dari blog ni. Jadi aku ambik keputusan untuk bagi hadiah sehingga habis projek ni.
Perlu diulangi, apa yang aku buat ni bukan kontest, tapi lebih kepada projek, hadiah tu aku beri sebab taknak korang rasa tak berbaloi bila join projek ni. Sebenarnya objektif projek fotochantek ialah nak meningkatkan skill fotografi melalui komen-komen yang aku beri setiap bulan.
Read the rest of this entry »
Posted in Kontest Oleh TarmiziShukri pada July 4th, 2011 | 11 Comments »

Salam 1Dunia.
Wah, sungguh pantas masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku umumkan pemenang untuk bulan Mac. Kepada mereka yang menyertai Projek FotoChantek 2011 dari awal hingga sekarang, tahniah diucapkan.
Untuk tema bulan April iaitu “Kanak-Kanak Riang”, apa yang aku harapkan dari gambar-gambar yang korang hantar sebenarnya secara jelas ditunjukkan pada tema yang aku beri. Gambar kanak-kanak yang ada mood “riang”. Tak kisahlah kanak-kanak tu tengah buat apa, asalkan ada mood atau ekspresi keriangan.
Bulan ni aku takda banyak nak komen, cuma korang masih perlu baiki komposisi (composition). Kalau tak tau apa tu composition, korang boleh cuba cari kat blog/website fotografi. Dalam bulan ni jugak aku akan buat entri mengenai composition bersama entri yang dah tergangguh lama iaitu Asas Penggunaan Flash dan Raw editing. So korang tunggu je
Baiklah, tanpa membuang masa, gambar yang menepati tema pada bulan ini ialah:
Read the rest of this entry »
Posted in Kontest Oleh TarmiziShukri pada May 3rd, 2011 | 14 Comments »

Suprise!!! Haha… Buang tabiat kejap
First of all, aku nak ucapkan terima kasih kat korang semua yang rajin vote gambar “Amoi” untuk kategori “Picture of The Year”. Semasa entri ni ditulis, gambar Amoi yang aku beri tajuk “Aren’t She Cute” berada ada kedudukan ke-9. Dalam pada tu, ramai pulak yang mesej aku bertanyakan siapakah Amoi? Jadi atas permintaan ramai, mari kita berkenalan dengan Amoi..hehe
Amoi ni anak buah aku yang pertama (anak kazen). Nama sebenar Amoi ialah Kamilia. Nama pendek pulak K-mi, tapi biasanya ktorang panggil Amoi je sebab muka macam anak Cina. Sebenarnya aku jarang-jarang jumpa budak ni, boleh kata dalam setahun tak sampai 5 kali jumpa. Biasanya jumpa masa raya dan kenduri saudara mara. Amoi memang budak yang fotogenik, tapi kena tengok mood dia jugak. Kalau kena pada masa, boleh dapat shot yang menarik seperti gambar pada entri “Model-model cilik dan comel”. Aku tak nak cakap banyak, just nak share beberapa gambar Amoi yang aku culik dari facebook kazen aku…hehe.
Read the rest of this entry »
Posted in Kontest, Personal Oleh TarmiziShukri pada April 28th, 2011 | 14 Comments »