
Pada 26 Oktober 2011 (Selasa), komuniti Lensa Malaya yang sebelum ni dikenali sebagai Photoskool telah menganjurkan outing yang bertemakan “Pagi di Kuala Lumpur”. Seperti biasa kalau ada outing macam ni memang aku takkan melepaskan peluang.
Lagipun yang datang bukanlah calang-calang orang, tak lain tak bukan Sifu Saiful Nang. Bagi yang tak pernah jumpa SN ni, aku sangat-sangat menggalakkan korang pegi kalau SN buat outing.
Banyak ilmu korang dapat, serius aku tak tipu. Tiap kali SN bagi tips, korang akan rasa level ke’terer’an akan meningkat dengan tips yang diberikan. Aku taknak cakaplah kat sini, kalau nak pegi sendiri..hehe..
Kat sini aku tunjuk sikit gambar yang aku ambik masa outing haritu, tapi tak banyak, sikit je sebab masa tu aku dah blur habis nak ambik apa.
Read the rest of this entry »
Posted in Fotografi Oleh TarmiziShukri pada October 28th, 2011 | 21 Comments »

Semalam aku ada bagitau kat fanpage yang aku akan update blog dalam “sedikit masa lagi”. Sekarang dah hampir 12 jam, entri baru nak publish.. Sori ya
Ramai yang tanya bila nak buat entri pasal tips fotografi. Terus terang cakap, aku tak tau nak cerita apa dah. Kalau ada pun, mengambil masa jugak nak siap. Tapi masa aku sekarang agak terhad, tak macam sebelum ni.
Walaupun kelas master aku jumaat sabtu je, banyak masa dicuri sebab terpaksa ulang alik dari Tanjung Malim ke Melaka tiap minggu. TM ke KL 1 jam, KL ke Melaka pulak lebih kurang 2 jam. Seminggu kena habiskan masa 6 jam atas bas, sebulan? Kiralah sendiri..huhu.
Baiklah, secara ringkasnya, entri kali ni mengenai perkara-perkara yang aku belajar sejak hari pertama pegang DSLR. Semuanya datang dari pengalaman sendiri. Kalau korang cari kat internet, ramai fotografer luar negara buat entri macam ni, ada yang buat sampai 100. Aku larat buat 20 je, nanti minggu depan buat 2o lagi ye ..hehe
Read the rest of this entry »
Posted in Fotografi Oleh TarmiziShukri pada October 15th, 2011 | 23 Comments »

Pastinya semalam korang mengikuti perkembangan Perhimpunan Bersih 2.0. Aku sendiri menyertai “perang” di twitter, siap follow Ambiga lagi semata-mata nak menyaksikan satu detik keruntuhan keharmonian di negara kita. Sebelum aku cakap lebih panjang, kat sini aku nak bagitau, aku tak sokong mana-mana pihak, apa lagi nak mendaftar sebagai pengundi. Jadi harap entri kali ni tak ada komen yang mengaitkan aku dengan Bersih atau Patriot. Kalau ada komen yang berbaur politik kat blog ni, aku akan banned korang selama-lamanya. Sebabnya aku bukan nak cerita pasal perhimpunan tu pun.
Masa aku tengok gambar-gambar di google semalam, memang agak kecewalah, takda gambar yang betul-betul “bernyawa”, sehingga kawan aku terjumpa gambar-gambar ini di Aljazeera.net. Seriusly, bila aku tengok gambar-gambar ni, rasa seperti berada di perhimpunan tersebut. Ini yang dikatakan “photojournalism”, salah satu cabang dalam fotografi.
Read the rest of this entry »
Posted in Fotografi, Out Of Topic Oleh TarmiziShukri pada July 10th, 2011 | 13 Comments »

Beberapa minggu yang lepas, ada yang tanya tentang white balance. Cuma aku tak ingat siapa namanya. Jadi dalam masa yang ada ni, aku akan terangkan dengan ringkas apa itu white balance.
White balance atau dalam bahasa melayunya, putih seimbang? Er..macam tak kena je ayat tu..hehe
Dipendekkan cerita, white balance mengawal warna gambar yang korang ambik dan menentukan “suhu” gambar tersebut. White balance yang salah akan menyebabkan gambar menjadi kebiru-biruan atau kemerah-merahan. Untuk memastikan gambar yang diambil tidak kelihatan kebiru-biruan atau kemerah-merahan, korang kena tau pilih setting white balance yang sesuai.
Objektif utama white balance ialah untuk mendapatkan tone warna yang semulajadi, seperti mana yang dilihat oleh mata kita.
Read the rest of this entry »
Posted in Fotografi, Kelas Fotografi Oleh TarmiziShukri pada June 27th, 2011 | 24 Comments »