Canon bakal mengeluarkan DSLR yang difokuskan untuk beginner iaitu Canon 650d yang bakal didatangkan dengan skrin sentuh dan wifi. Skrin sentuh pada kamera digital adalah satu perkara yang biasa, tapi skrin sentuh untuk DSLR? Rasanya ni kali pertama kali dengar, betulkan kalau saya salah.
Selain dari skrin sentuh dan wifi, ciri-ciri Canon 650d adalah 18.5 mp CMOS sensor dan menggunakan prosessor DIGIC 5 yang sekarang ini digunakan pada Canon 5D Mark III. Ciri-ciri lain seperti 9 cross-type AF, dan continuos Auto Focus ketika mengambil video dan ketika menggunakan Live View.
Dijangka akan mula dilancarkan pada 8 Jun dan harga pasaran masih belum diketahui, tapi disebabkan Canon 650d merupakan DSLR dalam kategori entry level, mungkin sekitar RM2500++. Lensa baru juga akan turut diperkenalkan iaitu 40mm pancake dan 18-135mm IS.
Pendapat saya DSLR dengan skrin sentuh adalah sangat cool sebagai alternatif untuk review gambar secara contohnya dan bukan menggantikan terus penggunaan button pada DSLR.
UPDATE 9 Jun 2012: Harga Canon 650D (sumber amazon.com)
Canon EOS 640D (Body Only) – RM 2716
Canon EOS 640D + 18-55mm – RM 2960
Canon EOS 640D + 18-135mm – RM 3836
p/s – sejak jual Sony a550, banyak pulak model-model DSLR yang mempunyai ciri-ciri menarik keluar, menduga iman betullah 🙂
mengetahui letak wifi di camera canon Eos 650D dimana ya
tengah dalam pertimbangan nak beli camera
touch screen more nampak trendy…tak nampak pro,mcm kamera yg body kaler2 jugak..i am canonian,but i dont like this
saya cdg nak beli 650d..katanya boleh tahan juga….tanya tarmizi..sesuai tak guna untuk cari makan?
mana2 kamera pun boleh.. nak cari makan ilmu di dada kena cukupkan dulu 😉
non sono troppo esperto di Windows, ma prova Security Box… è in italiano, la versione gratuita è introvabile perchè la casa di produzione ha cessato di diurtibsirlo, ma c'è una vecchia versione in italiano, perfettamente funzionante, disponibile .
Menarik Dan tertarik
aku xnk komen pe2.. aku nk komen ttg blog ko ni.. makin cantik.. sesuai dengan innity ko tu .. syabas bro.. nice template 🙂
thanks bro.. lama tak nampak 🙂
touchscreen ada keburukan… kat situ kita tekan2.. kat situ juga hidung melekat… klu hidung/pipi yg brminyak mcm saya ni… gerenti, screen yg crystal clear lama2 kotor. kotor yg amat bangat… Lekat filter pun xguna, kotoran kumpul kat tepi2.. (*@&*!&(!@
Setuju..sangat2 tak selesa.. biarlah tekan2 kat tepi skrin.. hehehe
Baru jer member cerita pasal canon 650D ni. Bila dengar dia cakap touch skrin. Aku pun jadi teruja juga la. Boleh cair dibuat untuk membeli model ini.
Kalau guna touch screen nampak macam tak pro.hihi.
Kawan saya cakap.
takda kena mengena dgn pro ke tak.. klu mcm tu kalau drive takyah pegang stereng, tak pro 🙂
Di racun lagi kepala aku ni. ARH! makin dilemma mana nak pilih. D5100 atau 600D atau 650D ?
@.@
Got to cek ki out.
http://youtu.be/SfSbb3bb_N4
Canon Rebel T4i/650D preview by Jared Polin.
nohorom canggih! nice entry bro! maklumat bru utk rini.
Skrin sesentuh jenis capacitive screen bukanlah sesuatu yang mustahil sejak di pelopor oleh iPhone.