Bila Nak Pakai Mode Auto Pada DSLR

bila nak pakai mode auto Bila Nak Pakai Mode Auto Pada DSLR

Biasa tak dengar ayat ni?  “kalau pakai mode auto, baik tak payah beli dslr”. Mesti pernah dengar dari blog ni mana-mana kan? Sebenarnya auto-mode ni ada kegunaannya. Jurutera-jurutera yang buat DSLR ni bukan saja-saja nak letak auto-mode. Boleh kata semua DSLR ada auto-mode, kecuali model yang dikhususkan untuk profesional.

Seperti yang aku pernah terangkan pada entri Panduan Memilih Exposure Mode, ada beberapa jenis exposure mode yang terdapat pada DSLR:

Auto –  dari nama dah tau ni mode auto, 100% dikawal oleh kamera.

P – ni auto jugak, tapi masih boleh ubah setting seperti aperture dan shutter speed.

S – semi auto, kamera akan kawal aperture, shutter dikawal pengguna.

A – semi auto, kamera kawal shutter, pengguna kawal Aperture.

M – manual sepenuhnya.

Persoalannya, bila nak guna Auto-Mode?

1. Budak Baru Belajar.

Kalau korang baru pertama kali guna DSLR, menggunakan mode M ada sesuatu yang agak mencabar. Lagi-lagi bila tak ada orang yang nak ajar. Dalam kes ini, mode auto adalah guru korang. Gunakan mode P dan snap beberapa gambar, lepas tu korang tengok shutter speed dan aperture yang digunakan oleh kamera tadi. Jadi bila korang pakai M mode, korang dah tau berapa nilai aperture dan shutter untuk mendapatkan gambar yang seimbang tahap pendedahan cahaya @ exposure.

mode dial on nikon d40 dslr Bila Nak Pakai Mode Auto Pada DSLR

Selain “Auto” dan mode “P”, mode yang berbentuk icon seperti icon gunung dan bunga juga merupakan mode auto

 

2. Terdesak.

Mode auto jugak boleh digunakan dalam situasi yang memerlukan korang snap dengan cepat. Contohnya masa kat lapangan terbang korang terjumpa dengan artis terkenal dan korang nak ambik gambar artis tu. Takkan nak tunggu korang setting aperture, shutter speed, ISO, metering tu semua. Gunakan saja mode P atau Auto. Exposure dan white balance tu belakang kira, sebab yang penting pada masa tu gambar yang korang ambik jelas.

3. Suruh orang lain ambik gambar.

Ni biasa berlaku kat aku sendiri. Bila suruh kawan ambik gambar je, mesti gambar aku akan blur. Perlu diingat, tak semua orang pandai menggunakan DSLR. Jadi sebelum bagi kamera kat kawan korang, tukar ke mode auto. Walaupun gambar tu tak secantik bila pakai manual, tapi korang masih boleh edit dalam photoshop atau photoscape. Tapi kalau dah blur, memang tak boleh nak buat apa. So nak gambar tak cantik tapi masih boleh edit atau yang blur, pilih sendiri..hehe..

*****

Tak salah sebenarnya nak guna mode auto untuk belajar dan pada masa yang sama tak ada orang nak ajar. Yang salahnya pakai mode auto dan tak belajar macam mana nak guna mode semi-auto atau manual. Buat apa beli kamera mahal kalau setakat nak pakai auto. Betul tak?

 

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. Panduan Memilih Exposure Mode
  2. Pemilik DSLR Tangkap Gambar Anjing Terbang
  3. Bila aku sudah bosan…
  4. 8 Teknik Shot Sunset / Sunrise
  5. Melukis Dengan Cahaya
  6. Custom Bokeh
  7. Elak Gambar Blur Dengan Tips-Tips Ini
  8. 3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca
  9. Brand DSLR Mana Yang Paling Bagus?
  10. Upgrade Kamera/Lens, Antara Nafsu dan Keperluan

25 Comments to “Bila Nak Pakai Mode Auto Pada DSLR”

#1 Posted by ariff (24 July, 2011 at 3:30 pm )

tangkap gambar untuk travel guna P je. Nak cepat.
Entri Terkini ariff – Durian Dua Ulas RM20My Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 24th, 2011:

aku pun selalu pakai P kalau nak cepat, melainkan ada job wedding baru pakai manual…

#2 Posted by Faaein Talip Roy (24 July, 2011 at 3:30 pm )

selalu jugak guna mode auto.. mode P tu lah.. hehehe.. masih lagi tak mahir nak kawal apperture ngan shutter.. white balance lagi.. hmmm… =( Entri Terkini Faaein Talip Roy – Rindukan Ketenangan ItuMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 24th, 2011:

dalam blog ni banyak diajar nak setting aperture dan shutter, cuba baca..hehe..

#3 Posted by Faris Syazwan (24 July, 2011 at 7:04 pm )

tak berapa mahir lagi pakai mode selain auto.. tapi proses pembelajaran masih diteruskan..
buat kelas free leh??hahaha
Entri Terkini Faris Syazwan – I’m Back With Hot Story!!!!!My Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 24th, 2011:

kalau tinggal dekat2 boleh je kelas free.. kalau jauh blog ni boleh kira kelas jgk.. ;)

#4 Posted by faizul (25 July, 2011 at 12:55 am )

kadang-kadang bagi membe amik gamba kita guna auto pun bole blur jugak. :( Entri Terkini faizul – Jangan Putus Sahabat, Putus Saudara Kerana PolitikMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 25th, 2011:

haha, itu takleh tolong dah.. :)

#5 Posted by akubiomed (25 July, 2011 at 9:14 am )

Baru ambil DSLR jenama Canon yang untuk level entri. Masih belajar mode-mode yang ada padanya. Eksperimen pertama adalah gambar model car Lamborghini Murcielago LP640. Harap bro dapat beri komen sedikit :-) Entri Terkini akubiomed – Lamborghini Murcielago LP640 KoningMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 25th, 2011:

ok, nnti komen..hehe..

#6 Posted by Fauzi Nor (26 July, 2011 at 12:54 am )

Bro, blog kau terbaik la…

Serious.. aku suka.. hahaha
Entri Terkini Fauzi Nor – Bapak Ayam KLMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 26th, 2011:

terima kasih atas pujian itu..hehe..

#7 Posted by rahman sallehin (27 July, 2011 at 11:19 pm )

Aku first week jak guna Auto and mun dalam keadaan nyuruh orang lain ngambik gambar. Hehehe.
Before ngambik DSLR, aku dah baca perihal semua mode jadi memang alu stick kat Manual jak-jak.
Gik blaja bah.
Entri Terkini rahman sallehin – Tough Life In ChildhoodMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 28th, 2011:

sik nya Manual jak, kadang A pun ok… melainkan mun lighting tricky baruk pkei M.. biasa kmk camyalah..hehe..

#8 Posted by aiE (31 July, 2011 at 11:20 am )

baru nampak blog abg…
info yg sgt bgus utk dpelajari..
bleh laa blaja d blog abg nie nnti..
;) ;)

[Reply]

#9 Posted by Mus (1 August, 2011 at 2:55 pm )

biasa dengan mode P
mmg kena explore lebih lagi ni..
Entri Terkini Mus – Kami Sayang HannahMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on August 1st, 2011:

dslr boleh menghasilkan gambar yg sangat cantik kalau kita pandai setting.. tak rugi explore ;)

#10 Posted by qaseh (2 January, 2012 at 7:19 pm )

harap blog ni dpt diterus kan….besh ada blog bole sy belajar tentang kamera dslr…sy br beli canon 550d kit 2 lens efs 18-135mm…

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 3rd, 2012:

insyaAllah selagi masih bernafas memang akan diteruskan ;)

#11 Posted by mnhisyam (10 January, 2012 at 9:41 am )

nk mencelah boleh…
kadang2 cuba gak pakai auto(AV/TV)…tapi…erk…hasil tak seperti yang diharapkan…tak tau mana silap…mungkin sbb tak pernah guna kot…asek taroh kat ‘M’ je…tu yang jd dungu sket bila pakai outo…huhuhu…

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 11th, 2012:

bergantung pada situasi, ada masa sesuai guna AV/TV… tp biasanya PRO pun guna AV/TV dalam keadaan tertentu..

#12 Posted by mango (10 February, 2012 at 9:18 am )

hii..bole x ajar cara nk guna camera ini dgn betul??? i baru je beli tp xberapa nk taw guna..need someone to teach me…

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 10th, 2012:

boleh je.. tapi khatam dulu blog ni, pastu boleh tanya soalan kat FB page dan twitter, juga boleh add kat YM ;)

#13 Posted by CeritaSekupang (21 February, 2012 at 11:51 pm )

blog yang baik untuk mereka yang baru dalam bidang dslr… terima kasih … :D

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 22nd, 2012:

sama2 :)








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: