Asas-Asas Komposisi Dalam Fotografi

asas asas komposisi Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi

Lama dah rasanya aku tak buat entri pasal fotografi. Jadi untuk kali ni, aku nak cerita sikit pasal asas-asas komposisi dalam fotografi. Lagipun ramai yang tanya apa itu komposisi (composition) sebab aku selalu sebut masa komen gambar-gambar untuk Projek FotoChantek 2011.

Seperti biasa jugak, aku akan guna ayat-ayat yang senang dan pendek. Jadi siapa-siapa yang tak faham, boleh tanya terus di ruangan komen k?

Apa itu komposisi (Composition)

Secara ringkasnya, komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik. Kalau korang ambik seni, mesti tau kan apa itu elemen seni. Yang tak tau tu, elemen seni ni seperti garisan, warna, tekstur, bentuk, ruang dan banyak lagilah.

Penting ke komposisi?

Ish, pentinglah. Komposisilah yang membezakan antara satu gambar dengan gambar yang lain, yang membezakan berapa tinggi nilai seni sesuatu gambar.

Asas-asas Komposisi

Ada banyak, tapi untuk asas, aku cerita 6 je:

1. Rule of Third

5949863258 60ea9e5a46 Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi

Ni merupakan peraturan komposisi yang paling selalu fotografer guna.  Caranya dengan meletakkan subjek pada kawasan garis yang bersilang. Garisan tu korang kena imagine sendiri, tapi kebanyakkan kamera sekarang memang ada setting untuk memaparkan garisan tu, pandai-pandailah cari sendiri.

2. Keseimbangan

5949844382 97451a2784 Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi

Cara meletakkan subjek lebih kurang sama seperti Rule of Third, cuma ada subjek lain untuk menyeimbangkan subjek utama.

3. Garisan

5949287977 5261da69ac Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi

Garisan merupakan satu elemen yang kuat, boleh memberi kesan yang mendalam pada sesuatu gambar. Tapi kita kena pandai letak garisan tu kat mana, kalau di tempat yang betul, garisan akan bertindak menarik mata kita untuk melihat lebih mendalam dan menghayati foto yang kita ambil.

4. Simetri

5949288843 92b70679f3 Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi

Tidak seperti Rule of Third, subjek diletakkan di tengah-tengah untuk menampakkan persamaan kiri dan kanan. Tapi subjek kena kuat, kalau tak subjek akan kelihatan tenggelam.

5. Kedalaman/ Depth

5949292391 51bd729315 Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi

credit: photographymad.com

Setiap gambar yang kita ambil dipaparkan dalam 2 dimensi. Tapi dengan bermain dengan foreground dan background, kita boleh mewujudkan depth atau kedalaman yang akan membuatkan foto yang kita ambil bersifat 3 dimensi. Ayat mudahnya “tak flat”.

6. Framing

5949850468 9214f03ddc Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi

credit: hmpixphototips.blogspot.com

Korang boleh guna objek sekeliling untuk mengasingkan (isolate) subjek utama dengan persekitaran. Macam gambar kat atas, subjek diasingkan dengan menggunakan subjek di kiri dan kanan yang blur.

*****

Itulah serba sedikit tentang komposisi. Kalau korang nak belajar lebih lanjut lagi, google je “composition in photography”. Ada banyak lagi jenis-jenis komposisi sebenarnya. Yang aku tunjuk kat atas hanyalah asas dan biasa digunakan oleh aku sendiri. Kalau ada soalan, seperti biasa boleh tanya kat ruangan komen atau di fanpage TarmiziShukri’s Blog.

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. 3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca
  2. Projek Fotografi Sempena Ramadhan
  3. Unsur Freemason Dalam Sambutan Aidilfitri
  4. Semua Dalam Satu Dengan Digsby
  5. Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Jun
  6. Street Shooting Bersama Saiful Nang
  7. Elak Gambar Blur Dengan Tips-Tips Ini

19 Comments to “Asas-Asas Komposisi Dalam Fotografi”

#1 Posted by mijie (18 July, 2011 at 7:17 pm )

salam perkenalan, kebetulan pula nama kita sama dan mempunyai minat yg sama, fotografi….memang banyak ilmu dalam ni yg boleh sy baca, terima kasih kerana perkongsian ni..1st time masuk blog ni
Entri Terkini mijie – Wordless Wednesday #3 – Menulis dekat mata dengan pensilMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 19th, 2011:

thanks sudi singgah :)

#2 Posted by akubiomed (19 July, 2011 at 1:17 am )

Sudah terbiasa setiap kali ambil gambar mesti subjek di tengah-tengah :-) Liat benar hendak buang tabiat buruk ini
Entri Terkini akubiomed – Teknik foto HDR dengan PicnikMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 19th, 2011:

hehe, takpe, lepas ni pakai rule of third..

#3 Posted by izzah (19 July, 2011 at 4:26 pm )

.. ape rule of third tu?..
Entri Terkini izzah – Alhamdulillah dpt gk msok universitas.My Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 19th, 2011:

kat situ kan ada penerangan ringkas mengenai ROT..

#4 Posted by abdul hadi (19 July, 2011 at 11:01 pm )

Salam….
menarik sungguh blog awk.dapat informasi ttg fotografi.saya pn photographer sambilan.blh blaja la dari awk ye =)
Entri Terkini abdul hadi – My Bakery Shop ‘D Bread Station (Segamat)’My Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 19th, 2011:

sama2 kita belajar, saya pun masih baru lagi dalam bidang ni.. ;)

#5 Posted by Amirez (22 July, 2011 at 4:36 pm )

yang pasal Depth tu kurang faham sikit. macam mana nampak 3D tu ye?
Entri Terkini Amirez – Alhamdulillah Badan Dah SihatMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 22nd, 2011:

gambar tu seolah2 timbul.. foreground & background seolah2 ada jarak walaupun gambar tu 2d je sebenarnya..

#6 Posted by shaharil (22 July, 2011 at 10:40 pm )

Owh… Rupanya banyak lagi teknik nak ambil gambar mengikut komposisi ini. Selalu guna simetri je..
Entri Terkini shaharil – Buffered Earning SHAHARIL.com #1My Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 23rd, 2011:

yup, setiap satu beri impak berbeza pada gambar yg kita ambik..

[...] cuba sampaikan untuk tema bulan ni ialah bagaimana satu objek yang biasa boleh nampak cantik dengan teknik penggunaan kamera yang [...]

#8 Posted by Puteri Diana Zulkiffli (21 November, 2011 at 9:14 am )

assalamualaikum,
hyep! sy budak baru blaja tok ambek gmbr! ambek gmbr pon just tok majlis2 biasa! itu pon ala kadar je! asas yg sll sy gunekan seperti yg d tunjukan oleh saudara :
1) rule of third
2) simetri (sikit2)
3) framing
4) keseimbangan ( jarang2 gune sbb x brp pandai sgt )
5) garisan ( sy ase nk buat, tp x brp nk pandai )

dgn entry ni, sy baru tau ape itu keseimbangan, garisan, framing, simetri & rule of third yg sebena2nya! tp, ape2 pon entry yg saudara paparkan ini, amat sy hargai! krn dpt m’bantu sy utk lbh mengenali & membaiki ape yg perlu! :) ape2 pon, thanx a lot of this entry! wassalam

credit : Puteri Diana Zulkiffli (puterinoralyadianazulkiffli.bs.com)
Entri Terkini Puteri Diana Zulkiffli – Hai Hai Bye ByeMy Profile

[Reply]

#9 Posted by qaseh_kaysara (2 January, 2012 at 7:31 pm )

thanks adakan blog ini..susah nk cr blog pasal photgrafi in malay…tahniah bang menggunakan bahasa yg mudah utk kta faham…terus kan usaha…i follow….

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 3rd, 2012:

thanks qaseh_kaysara.. jgn lupa like fanpage skali ;)

#10 Posted by eez (30 March, 2012 at 9:57 pm )

terima kasih……………. mudah sy nk faham bahasa yg awak gunakan ni… tahniah yer dik….. akk suka baca blog adik yg mudah dan senang faham ni…. teruskan usaha adik yer…. sebab akk nak baca lagi.. =)
Entri Terkini eez – …Terukir di bintang……….My Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 30th, 2012:

hehe, thanks kakak :)

#11 Posted by cactus (18 April, 2012 at 5:03 pm )

Assalamualaikum. Saya baru belajar pasal fotografi. Saya kurang paham mengenai kedalaman/depth.Bolehkah tarmiziShukri terangkan atau bagi contoh lain yang mudah untuk saya faham.TQ

[Reply]








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: