+ credit divephotoguide.com
Assalamualaikum wbt.. 8)
Dalam kesibukan yang teramat sangat ni, aku akan cuba menjawab beberapa soalan dari pembaca TarmiziShukri.Com. Entri kali ni berkisar tentang RAW, apa itu RAW dan kelebihan bila kita tangkap gambar menggunakan RAW.
+ entri request dari sayaNisa
Apa itu RAW?
Kebiasaannya bila kita tangkap gambar, kamera akan proses gambar yang kita ambik tadi mengikut setting yang ditetapkan di dalam kamera tersebut (white balance, contrast, color mode, etc) dan disimpan sebagai format JPEG. Tapi untuk format RAW, gambar yang kita ambil tidak akan diproses atau hanya diproses secara minima (unedited & uncompressed). Sebab itu dinamakan RAW image atau dalam Bahasa Melayu, imej mentah.
Semestinya RAW mempunyai banyak kelebihan. Antaranya:
- Kualiti imej yang lebih baik setelah di save ke JPEG, berbanding JPEG yang diproses oleh kamera.
- Jika sesuatu gambar terlalu terang atau gelap, korang boleh ubah nilai exposure dan brightness sehingga gambar atau imej menjadi terang tanpa mengganggu kualiti gambar tersebut. Kalau JPEG, noise akan terhasil bila korang cuba nak naikkan brightness sama ada menggunakan tool level atau curve.
- Boleh tukar white balance dalam komputer.
Sementara kelemahan RAW pulak:
- Saiz fail yang besar iaitu 3 kali ganda dari saiz fail JPEG. Contohnya, kalau kamera korang 10mp, file JPEG yang terhasil biasanya bersaiz 3mb, jadi fail RAW akan bersaiz 9mb.
- Masa yang agak lama untuk diproses, melainkan korang dah pro tahap gaban dan ultraman..hehe..
Untuk mengedit fail berformat RAW, korang boleh gunakan software yang diberi semasa korang beli kamera, biasanya DSLR yang ada, kamera kompak aku tak pasti, tapi rasanya ada sebab masa aku beli kamera kompak fujifilm, memang ada software untuk edit RAW.
+ interface Adobe Camera RAW
Kalau takda, bolehlah pakai software alternatif seperti Adobe Camera RAW, Adobe Lightroom dan Aperture bagi pengguna Mac. Biasanya aku pakai Adobe Camera RAW je.
Secara peribadi, aku lebih suka shot dalam RAW terutama bila shot gambar landskap dan wedding. Kadang-kadang gambar silap exposure dan white balance. So dengan RAW, senang-senang je aku boleh repair tanpa mengganggu kualiti gambar tersebut. Tapi kalau setakat nak snap2 biasa je macam tengah lepak dengan kawan, pakai JPEG pun dah ok.
Entri seterusnya aku akan tunjuk cara untuk edit imej RAW menggunakan Adobe Camera RAW. So tunggu ye π
p/s – maaf kalau entri kali ni ringkas sangat π
Slmt tgh hari
If camera (fuji s2980) setting automatic save dlm jpeg format, ada option lain tak nak tukar ke raq format?
dah try explore tp still format jpeg je yg ada.
Time post editing to ada perasan if tweak exposure or brightness kt lightroom or photoshop noise akan keluar..
kacau la mcm tuh
dari spec dia takda raw.. so mmg takleh tukar..
Boleh ke file JPEG convert g RAW?huhu
bro ape kata ko sertakan sekali link untuk dapat kan software mcm adobe camera raw tu, sofware adobe illustrator tu ker, ok tak, janji free download, huhuhuhuu
bukan apa, nanti blog aku kena cop blog cetak rompak software.. tu yang tak bagi link, tapi kalau nak cari, boleh je pegi kat piratebay & laman2 torrent yang lain π
toce-toce !
Heee π
terima kasih yerk. setiap entri dari blog ni takk pernah mengecewakan.
cewaah, bodek pulak da.
sama2, kembang hidung.. π
HAHA. :love:
topik yg dah lama aku tunggu..lagi2 next entry pasal edit dalam adobe camera raw. dah lama nak belajar. cepat2 buat entry tu k π
Ok, sedikit masa lagi π
Di pengimejan x-ray mengunakan imej digital mudah edit dengan aplikasi khas tidak perlu berulang ambil imej x-ray untuk mengurang dos radiasi kepada pesakit
apa kata akubiomed buat entri pasal pengimejan x-ray. nak tau jugak macam mana proses imej x-ray tu & software yang digunakan.. π